Alisa hanya termenung di atas katil hospital. Tengku Asyraf pula keluar sebentar, katanya ada kerja mahu diselesaikan.
Argh bosannya ! Kalau ada Danish atau dua orang kembar tu best juga, boleh dia bergelak ketawa walaupun sakit perutnya Itu bila ketawa.
Kata doktor mungkin Alisa perlu menggunakan kerusi roda dahulu kerana kesan tikaman Itu dalam ,takut nanti jahitan terbuka kalau jalan. Sudahla dia ni lasak orangnya .."Assalamualaikum sayang. Sorry sebab lambat" Tengku Asyraf masuk lalu mengambil tempat di sebelah Alisa.
"Waalaikumsalam. Tak apa . Abang bila Lisa boleh keluar ! Bosan lah !" Alisa memuncungkan mulutnya.
"Soon gorgeous, dah sihat baru boleh keluar" ujar Tengku Asyraf lalu mencubit hidung mancung isterinya.
"Lisa sihat lah bang ! Lisa nak keluar" Alisa mula menangis.
Tengku Asyraf menjongketkan keningnya . Pelik juga dengan Alisa ni semenjak bangun dari koma emosi isterinya tidak stabil. Mata biru itu selalu sahaja berkaca.
"Kenapa wife Abang ni ,hm ? Abang tengok emosi macam tak stabil aje" soal Tengku Asyraf. Dia memegang kedua tangan isterinya.
"Tak tahu lah Abang. Lisa pon tak tahu kenapa" Alisa sendiri pun pelik dengan dirinya. Kejap mahu marah . Kejap-kejap mahu menangis . Pastu kadang-kadang mahu bermanja dengan suaminya.
"Abang Lisa ngantuk . Abang teman Lisa tau . Abang jangan keluar tau" mood manja Alisa sudah keluar! Tak apalah dengan suami sendiri. Kau orang yang tak ada suami tu duduk diam aje ye. Ehek!
"Ye sayang. I'm always with you . Don't worry okay ? Tidur ya sayang, Abang teman" tangan Alisa di genggam kuat. Tengku Asyraf memandang muka Alisa. Satu ciuman di hadiahkan di dahi si isteri.
Terus sahaja Alisa terlelap . Dalam diam dia tersenyum. Alhamdulillah sekarang semuanya sudah kembali okay. Lepas ini dia akan kawal egonya . Tak mahu pisang berbuah dua Kali. Sungguh tersiksa berjauhan dengan si suami.
.
"Alhamdulillah anak dan menantu kita dah selamat. Rumah tangga mereka pun sudah okay. Syukur " Puan Arissa tersenyum manis apabila teringat anak dan menantunya Itu. Di mata dia sendiri dia melihat Tengku Asyraf menangis teresak esak kerana Alisa ditikam dan disahkan koma. Sepanjang Alisa koma Tengku Asyraf menjadi seorang yang dingin sahaja. Kali terakhir dia melihat Tengku Asyraf menangis begitu semasa anaknya Itu kecil dahulu dan semasa neneknya meninggal.
"Alhamdulillah, Abang tahu mereka akan berbaik juga . Bila ego Bertemu ego jadilah satu perpisahan tapi ego akan runtuh apabila sayang melebihi segalanya" Tengku Aariz tersenyum. Semasa dia baru berkhawin bersama Arissa pun mereka pernah bergaduh sampai Arissa balik ke rumah orang tuanya tapi alhamdulillah hati Arissa lembut dia senang memaafkan orang .
"Tapi mereka lagi teruk dari kita dulu Kan bang"
"Puas abang pujung awak dulu, sebab tu lah kita dapat kembar" Encik Aariz ketawa. Sengaja mahu mengusik si isteri.
"Ish Abang ni !" Marah Arissa lalu menepuk peha suaminya.
"Ehem ehem!. Amboi ibu ayah ni !! Nak bersweet pergi masuk bilik sana lah !! Tak hormat orang langsung" marah Tengku Arfan lalu menjeling ibu dan ayahnya.
"Eleh Fan, carilah jodoh . Dah tua tapi tak ada jodoh. Harap muka hensem tapi tak ada orang nak !" Tengku Alya berkata sinis lalu ketawa.
Terus sahaja Tengku Arfan mendekati adiknya Itu. Dia mencempung tubuh Alya lalu membawa adiknya keluar.
"Fannnn turun kan lahhhh !!!!" Alya menjerit lalu kakinya meronta ronta mahu turun.
"Diam la pendek !"
Blushhhh
"TENGKU MOHD ARFAN !!" jerit Tengku Alya apabila Arfan mencampaknya ke dalam kolam. Sudah lah dia baru lepas mandi ! Menyesal pula cari gaduh!
"Best mandi ? Kalau ikutkan hati ni ,aku naik tingkat 2 pastu campak kau masuk ke kolam ni" Tengku Arfan tergelak apabila melihat muka Alya sudah merah menahan marah. Tiba-tiba ada satu idea jahat muncul. Alya tersenyum sinis.
"Arghh Fan sakit. Pe..perut aku" Alya sudah memegang besi tangga di kolam itu. Dia memegang perutnya.
Terus pucat muka Tengku Arfan apabila Alya berkata begitu. Terus dia mendekati adiknya Itu. Kalau Tengku Aariz tau ni mati dia!
"Wehhh Kau okay tak ni. Aduhhh sorry dik! mati aku kalau Ayah tahu !" Tengku Arfan sudah cemas.
"Sini tangan Kau ,aku tolong kau bangun, Cepat Aya!" Tengku Arfan menghulurkan tangannya kepada Tengku Alya.
Alya menyambut huluran tangan abangnya lalu tangan si Abang di tarik dengan kuat.
BLUSH!
"ARGHH!!"
Tengku Arfan sudah jatuh ke dalam kolam kerana di tarik oleh adiknya.
Siapa suruh cari pasal ! Salah orang lah kau nak cari pasal !Tengku Aariz dan Arissa hanya menggelengkan kepala. Mereka terus sahaja mendekati dua orang anaknya itu . Sehari tidak bergaduh, memang tak sah. Anak kembarnya pula sudah ketawa terguling-guling.
"Astagfirullah fan ,Aya apa ni !" Marah Arissa.
"Abang Campak aya tadi bu! Pastu aya tarikla fan masuk kolam ni. Revenge lah!" Alya tersengih.
"Kalau dah dalam kolam tu apa lagi ! Kita terjun lah !!" Tengku Aariz terus sahaja melompat masuk ke kolam. Kembar dua Orang tu apa lagi join sekali lah ayahnya Itu !.
"Astagfirullah ayahnya pon sama !" Arissa ketawa perlahan. Tak pernah berubah suaminya Itu .
Arissa hanya memerhati sahaja. Dia malas mahu mandi. Lagi pun sejuk, sudahla cuaca mendung.

YOU ARE READING
CINTA GADIS LATTE || ✓
RomanceNurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuanya dalam diri Alisa. Selalu di beri kasih sayang yang cukup dari keluarganya. Hidupnya tenang sampai...