Pagi Itu Alisa hanya duduk di dalam perpustakaan mini di rumahnya. Segala persiapan untuk Majlis perkhawinannya sudah sempurna tunggu harinya sahaja.
"Assalamualaikum papa" Tengku Asyraf menyalam tangan Tuan Eriq. Dia datang ke rumah Tuan Eriq kerana Alisa tiada di Kafe selalunya dia masuk sahaja Alisa sudah ada di kaunter ataupun sedang menikmati 'lattenya'.
"Waalaikumsalam Asy. Cari Alisa ye ?" Soal Tuan Eriq .
"Haah pa selalunya Alisa dah ada kat kafe waktu ni" jawap Tengku Asyraf.
"Dia pergi lambat sikit katanya Penat semalam banyak kerja buat" ujar Eriq lalu tersenyum.
"Mana dia pa ? Tidur lagi ke ?"
"Ade kat dalam rumah tu dalam perpustakaan mini dia . Asy pergi tingkat dua lepastu pintu yang hujung sekali" ujar Eriq.
"Okay terima kasih papa asy minta izin nak naik kejap ye nak jumpa Alisa" Tengku Asyraf memandang Tuan Eriq yang sedang membetulkan tali lehernya.
"Yela papa nak pergi kerja dah ni" Tuan Eriq tersenyum manis. Sopan betul menantunya ini. Tengku Asyraf mengerutkan dahinya. Bukan ke Tuan Eriq dah serahkan syarikat tu dekat Danial?
"Bukan kerja. Papa saje nak tengok-tengok syarikat tu. Nanti ada projek besar kat Perak. Itu papa ingat nak bantu si Danial" ujar Tuan Eriq. Dia nampak muka Tengku Asyraf seperti memikirkan sesuatu dan dia tau apa yang bakal menantunya Itu fikirkan.
"I see"
"Papa pergi dulu ya? Assalamualaikum" Tuan Eriq terus melangkah keluar lalu mendekati kereta Range Rovernya. Tuan Eriq tidak risau kerana di rumah Itu ada makjah.
"Waalaikumsalam" jawap Tengku Asyraf perlahan.
Tengku Asyraf menaiki tangga dan terus pergi ke perpustakaan mini di tingkat dua.
TOK.. TOK
"masuk la, pintu tak kunci" ujar Alisa Tanpa mengalihkan pandangannya dari novel di tangan.
"Cak! Hehe .Hai gorgeous I miss you!!!" Ujar Tengku Asyraf lalu tersengih..
"ALLAH!!!" Alisa terus menghempas pintu itu. Kenapa papa tak bagi tau yang Tengku Asyraf datang?! Sudahlah dia tidak pakai tudung.
"Maaf!" Jerit Tengku Asyraf di luar. Dia menggosok hidungnya yang sakit akibat terkena pintu.
Alisa terus sahaja mencepai tuala yang tergantung di kerusi sebelahnya. Nasiblah dia ada letak tuala ni dalam perpustakaan mini ini. Pintu itu di buka lalu muka Tengku Asyraf yang tidak bersalah itu dipandang. Geramnya ya Allah...
"awak! kenapa tak call ?" Marah Alisa.
"Tak call ? Cuba check" Tengku Asyraf menjongketkan sebelah keningnya.
Alisa mengambil IPhone miliknya
70 missed call from monkey♡.Mesti dia terlalu leka baca novel. Sebab tu lah dia tak perasan yang Tengku Asyraf menelefonnya.
"Who's monkey?" Ujar Tengku Asyraf lalu menjongketkan keningnya untuk kali ke kedua.
"Er hehe sorry nanti saya rukar" Alisa mengenyitkan matanya lalu ketawa.
"Jom keluar nak ? Dua hari aku tak jumpa kau. Rindu...." Alisa membuat muka apabila Tengku Asyraf membuat suara manjanya.
"Kerja awak macam mana ?" Soal Alisa setahunya Tengku Asyraf tidak cuti hari Ini.
"Sekarang adik aku yang ganti tempat aku sementara , Ayah suruh lagi pun dia dah habis belajar" ujar Tengku Asyraf.
"Oh okay awak tunggu kat bawah .saya bersiap jap" terus Alisa menutup rapat pintu perpustakaan mini lalu masuk ke dalam biliknya.

YOU ARE READING
CINTA GADIS LATTE || ✓
RomanceNurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuanya dalam diri Alisa. Selalu di beri kasih sayang yang cukup dari keluarganya. Hidupnya tenang sampai...