the story begin

93 25 59
                                    

[Beomgyu pov]

Aku sangat seronok apabila bersama appa. Apabila aku sejuk, appa akan membaluti tubuh aku dengan mafela yang dipakai oleh appa.

Ketika aku sedang lapar, aku hanya mampu memerhati kedai makanan dari tempat yang kami duduki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ketika aku sedang lapar, aku hanya mampu memerhati kedai makanan dari tempat yang kami duduki.

Aku tidak mahu menyusahkan appa, jadi aku hanya diam sahaja jika aku lapar tetapi perut aku selalu berbunyi membuatkan appa tersedar.

Kami merupakan pengemis jalanan.

Appa dahulu ditipu oleh sebuah syarikat yang menyebabkan rumah, kereta dan semua keperluan yang kami miliki, ditarik semua oleh pihak bank.

Eomma pula meninggal dunia kerana sakit tetapi disebabkan appa tidak mampu untuk membeli ubat, akhirnya eomma telah pergi meninggalkan kami berdua.

Appa tidak dapat bekerja kerana status appa sangat teruk akibat ditipu itu. Ramai majikan menolak permohonan appa apabila appa ingin bekerja di mana mana tempat.

Pada suatu hari, appa berkata yang appa ingin membawa aku berjalan jalan.

Walaupun, pada hari yang sama juga, hujan turun.

Aku sangat seronok ketika itu.

Appa berhenti berjalan di hadapan rumah dan dimana ada satu papan tanda yang bertulis, House For Children.

Aku mengerutkan dahi kepada appa. Kenapa appa membawa aku ke sini?

Appa mula mencangkung, agar selaras dengan ketinggian aku.

"Gyu ah, appa nak minta maaf dekat kamu. Appa tak dapat nak tunaikan semua permintaan gyu, appa harap kamu maafkan appa, eo?"

"Apa appa cakap ni, appa dah tunaikan semua permintaan gyu lah. Dan, kenapa appa minta maaf dekat gyu? Appa mana ada buat salah."

Appa tersenyum nipis.

"Gyu anak appa, appa terpaksa pergi. Appa- appa minta maaf sekali lagi, gyu. Tolong, maafkan appa." Appa mula memeluk aku sambil menangis.

"Appa.. Kenapa appa menangis ni? Okay, okay gyu maafkan appa. Appa janganlah menangis.."

Appa mula menyarungkan mafela kuning kegemaran appa di leher aku.

"Appa, appa pergi dulu." Appa mula memeluk aku. Membuatkan aku pening, kenapa appa begini?

Appa nak pergi mana?

Appa mula meninggalkan aku. Dia berlalu pergi dengan payung kuning yang amat berjasa kepada kami berdua.

Appa tinggalkan aku kerana aku menyusahkan appa ke?

disebabkan wawa extremely excited, wawa double update !

umbrella ; choi beomgyu [✔️]Where stories live. Discover now