surprise

70 24 20
                                    

"Lihat itu, saya gembira sangat bila melihat Hyejin tersenyum. Sudah lama dia tidak tersenyum begitu, semenjak ayahnya meninggal dunia." Tutur eomma Hyejin, iaitu Puan Kim.

Mereka berada di sebalik tingkap kaca, memerhati kedua kanak kanak yang sedang seronok bermain di taman permainan.

"Oh, kesian dengan Hyejin." Tutur guru yang menjaga kanak kanak terbiar itu, Puan Jung.

"Ah, saya hampir lupa satu perkara. Puan setuju tak dengan permintaan saya tadi?" Puan Kim menatap wajah Puan Jung dengan berharap.

Puan Jung tersenyum. "Sudah semestinya saya setuju, puan."

"Terima kasih."

.
.
.

"Hyejin! Beomgyu! Mari sini!" Panggil eomma Hyejin.

Maka berlarilah dua orang kanak kanak kecil itu.

"Ya eomma? Kenapa?" Tanya Hyejin.

"Jom kita balik."

"Alaaaa, kejapnya Hyejin boleh main taman.."

"Alah, nanti kan Hyejin boleh main lagi. Janganlah sedih." Tutur Beomgyu lembut.

"Okaylah.. Bye, Beomgyu awak. Jom eomma, kita balik." Tutur Hyejin dengan tidak semangat lalu kakinya laju menaiki kereta.

"Eh, Hyejin ahh.. Kamu tak nak bawa Beomgyu kamu ni ikut ke?"

"Ikut pergi mana?"

"Balik rumah sama sama?" Kata kata dari Puan Kim itu membuatkan Hyejin melompat dari kereta.

"Jinjja?"

"Jinjja." Hyejin memandang wajah Beomgyu.

"Kenapa awak tak terkejut pun? Dia boleh ke ikut kita, eomma?"

"Saya dah tau." Tutur Beomgyu.

"Jinjja? Yeah!! Awak, sinilah duduk dengan kita! Jom, saya tak sabar nak tunjukkan rumah baru awak!"

Hyejin menarik tangan Beomgyu agar dapat masuk ke dalam kereta.

"Bye bye, saem jung!" Beomgyu melambaikan tangan kepada Puan Jung melalui tingkap kereta.

"Bye, Beomgyu ah!"

Mereka bertiga muka bergerak ke rumah baharu buat Beomgyu.

more double update ! ✨💫

umbrella ; choi beomgyu [✔️]Where stories live. Discover now