confess !

74 24 30
                                    

"Gyu dah balik." Tuturku sambil tangan membuka ikatan tali kasut.

"Eomma." Panggil aku.

"Ya, Gyu? Kenapa anak eomma ni?" Eomma mengusap kepala aku.

"Hyejin ada keluar tak? Macam makan ke, minum air ke? Ada tak?"

"Ah, eomma lupa lah pasal Hyejin tu! Dari tadi eomma tak bagi dia makan minum semua. Biasanya kan kamu berdua sekolah, itu yang eomma lupa tu."

"Ah takpalah, biar Gyu yang bagi makan dekat Hyejin, okay? Eomma dah siap masak ke belum?"

"Dah. Eomma dah siap masak tadi. Pergi bagi makan ye dekat Hyejin tu."

"Okay eomma."

Tanpa menukar pakaian sekolah, aku memasuki bilik Hyejin.

"Urm, Hyejin ah. Saya datang ni nak bagi awak makan." Hyejin membuka matanya perlahan, tetapi apabila matanya melihat aku, auto dia memusingkan badannya.

"Hyejin ah, saya minta maaf sebab kiss awak semalam. Saya tak sengaja. Janganlah abaikan saya macam ni."

Hyejin hanya mendiamkan dirinya.

Kenapa aku marah Beomgyu? Sebab Beomgyu kiss aku? Bukan ke aku suka Beomgyu? Then, kenapa aku nak elakkan diri dari Beomgyu?

Sebab aku malu bila Beomgyu buat macam tu dekat aku. Sebab tu aku elakkan dari Beomgyu.

"Hyejin, awak dengar tak ni?"

Huh? Beomgyu ada cakap apa tadi?

"Okaylah, saya keluar dulu. Saya minta maaf tau, Hyejin." Beomgyu mula memegang tombol pintu.

"Beomgyu!"

"Ya?"

"Saya minta maaf sebab tak layan awak. Saya buat macam tu, b-bersebab."

"Tak apa. Yang penting awak dah maafkan saya." Beomgyu menghadiahkan senyuman.

"T-tak.. Awak k-kena tahu jugak sebab dia."

"Sebab dia apa?"

Hyejin memandang wajah Beomgyu lama. Ah, tidak! Aku tidak mahu merahsiakan perasaan aku ini lama lama!

Aku memandang sekali lagi wajah milik Beomgyu itu.

"Saya.. Saya s-sukakan awak. Saya t-tak layan awak selama ni, sebab saya malu bila awak kiss saya semalam. Saya-

Tiba tiba aku dipeluk erat oleh Beomgyu. Dia mengusap lembut kepala aku.

"Saya pun sama. Saya pun sukakan awak."

Aku terkedu.

"Saya pernah anggap awak adik saya dulu, tapi bila dah besar, saya rasa awak tak boleh jadi adik saya. Saya selalu cemburu bila tengok awak gelak gelak dengan Yeonjun tak pun dengan Soobin walaupun diaorang just kawan. Tapi, awak tak tahu.. Diaorang berdua pun sukakan awak."

Aku menolak tubuh Beomgyu.

"Diaorang sukakan saya?" Tanya ku dan dianggukkan Beomgyu tetapi dia memandang ke bawah.

Aku memegang tangan Beomgyu lalu aku mengusapnya.

"Walaupun diaorang sukakan saya, saya lebih terima awak. Sebab, awak confess dulu dari diaorang." Beomgyu memandang aku dengan pandangan tidak percaya.

Tangannya menyentuh dahi aku. "Awak demam lagi ni kan?"

Aku tergelak. "Ya, saya demam lagi. Saya demam cinta. Boleh tak awak peluk saya?"

Tanpa membuang masa, tubuhku dipeluk erat. Aku membalasnya.

"Awak.."

"Hm?"

"Disebabkan awak cakap yang awak kiss saya tu tak sengaja kan- urmm, boleh tak kalau awak- kiss saya dengan sengaja pula kali ni?"

Beomgyu ketawa bahagia. Dia menuruti kemahuan Hyejin.

Aku menarik tangan Beomgyu agar dia berbaring disebelah aku.

Maka, kitaorang tertidur dalam keadaan berpelukan dengan Beomgyu yang masih lagi memakai pakaian sekolah.

.
.
.

"Mana Beomgyu ni? Kenapa lama sangat dia bagi makanan dekat Hyejin tu." Puan Kim meletakkan remote tv ke atas meja lalu dia bergerak ke arah bilik Hyejin.

"Beomgyu? Hyejin?" Tutur Puan Kim disebalik pintu. Disebabkan tiada balasan dari dua orang itu, Puan Kim membuka pintu bilik tersebut.

Puan Kim terkejut. Ouh, tidur sekatil ya? Berpelukan pula tu.. Baru eomma faham cara budak zaman sekarang bagi makanan dekat orang sakit macam ni.

Puan Kim berlalu keluar.

umbrella ; choi beomgyu [✔️]Where stories live. Discover now