that's my umbrella !

80 22 27
                                    

[Beomgyu pov]

Aku mengambil nafas selepas menuruni tangga. Kemudian, aku menghendap dari dinding kerana ingin melihat siapa yang datang.

Aku melihat wajah budak perempuan yang asing itu. Wajahnya kelihatan seperti bosan.

Apabila budak perempuan itu berlalu pergi ke ruang tamu, aku dengan segera mengambil payung berwarna kuning kemudian aku naik ke atas.

[Hyejin pov]

Aku melihat kesan air menitik di lantai. Sah, inilah pencurinya!

Aku mengikuti arah air menitik tersebut. Aku melihat eomma melalui celahan tangga, nampaknya eomma takkan sedar yang aku dekat sini sebab eomma tengah berbual dengan perempuan tadi.

Sedang aku mengikuti itu, akhirnya aku sampai di depan pintu bilik. Aku memberanikan diri dengan masuk ke dalam bilik yang tidak berkunci itu.

Aku memandang geram ke arah budak lelaki itu. Berani betul, sudahlah mencuri kemudian dia letakkan pula dekat dalam almari dia!

"Yah! Kenapa awak curi payung saya!"

Terberhenti perbuatan budak lelaki itu. Kelihatan wajahnya menggigil.

"Pulangkan balik payung saya!" Aku mendekati budak lelaki itu sehinggakan dia mengundur dan badannya betul betul ke pintu almari.

Akhirnya, budak lelaki itu mengeluarkan payung tersebut. Aku ingin mengambil payung itu, tetapi dia menarik semula.

Akhirnya, pergaduhan berebut payung bermula.

Sedang sesi menarik payung itu, siku budak lelaki itu terkena almari lalu buku buku di dalam almari tersebut terkeluar dan kami berdua menjerit.

Eomma dan perempuan tadi segera naik ke atas apabila mendengar bunyi kami menjerit.

Aku berlari ke arah eomma. "Eomma, dia curi payung Hyejin!" Jariku menunjuk ke arah budak lelaki itu.

Budak lelaki itu bangun lalu dia mencapai payung tersebut dan dia menghulurkan kepada aku.

Aku merampas payung tersebut. Sudahlah mencuri, ada hati nak buat muka sedih!

Eomma mengemas buku buku yang berselerak itu.

Apabila eomma ingin memberi kepada budak lelaki itu, eomma secara tidak sengaja melihat isi kandungan buku tersebut.

Eomma memandang wajah budak lelaki tersebut dengan pandangan tidak percaya.

wahai readers sekalian, wawa created balik part ni dengan yang first chapter dan new toys sebab dia hilang.. jadi, yang pernah baca before, kalau part ni tak sama dengan yang haritu, sila maafkan wawa. i'm forgot 😭

umbrella ; choi beomgyu [✔️]Where stories live. Discover now