𝑩𝑨𝑩 𝟑𝟖

2.4K 138 4
                                    

Adriana bangun dari baringannya. Tangan besar milik Zayne yang sedang memeluk perutnya dialihkan dengan berhati-hati. Niatnya bangun sebab nak pergi ke tandas. Tiba-tiba saja perutnya terasa sakit yang teramat. Dia mula meraba cadar katil. Basah. Air ketumban dah pecah ke?

Segera Adriana mengejut Zayne yang sedang tidur dalam posisi meniarap.

"Abang..."

"Hmm.."

"Sakit..."

"Hmm..."

PANG!

Satu tamparan selamat mendarat di pipi Zayne memandangkan suaminya itu susah nak bangun. Tapi hampeh. Tak bangun juga. Tidur mati agaknya.

Adriana yang gagal menahan sakit dan geram dengan suaminya, lantas dia menendang kuat pinggang Zayne sehingga suaminya jatuh dari katil.

"ADDUHHH!! Siapa pula yang buat tahi kat aku ni?! Sakit tahu tak?!" Zayne bangun sambil mengusap pinggangnya yang seperti mahu patah. Boleh tahan kuat juga kaki yang menendang pinggangnya sampai jatuh.

"Abang sakit.." Mata Adriana terpejam menahan sakit.

Diam. Zayne dengan rambut yang serabai menayangkan wajah 'blur'. Tak faham apa yang isterinya cuba sampaikan.

"Ha?"

"Riana nak beranaklah abang!!!" Jerit Adriana sehingga bergema satu bilik dengan suaranya.

Zayne masih lagi menayangkan wajah toya dia. Dia naik ke atas katil semula dengan tenang sebelum dia memerhati segenap wajah isterinya. Pandangannya berkalih pada cadar katil mereka yang sudah basah. Dahinya bergelumpur. Dia menaikkan tangannya ke arah cahaya lampu bilik untuk lihat dengan lebih jelas.

"Air apa ni Cherry?" 

"Sa.... Sakit abang.." Air mata di tubir mata Adriana mulai mengalir.

Barulah Zayne dapat mengagak punca isterinya begini. Mungkin baru dapat hidayah tadi. Zayne cuba untuk menenangkan isterinya. Mungkin lebih kepada menenangkan dirinya sendiri.

"Riana rasa nak beranak dah ni!"

"Be...beranak?! Cherry nak beranak dekat si...sini ke?!" Makin gelabah Zayne dibuatnya. Dia tidak pernah alami situasi seperti ini. Masa Zack lahir dulu pun dia sibuk main guli dekat rumah neneknya.

Zayne yang melihat wajah isterinya kian pucat terus mengambil hoodie dan joggerpants hitam lalu disarungkan pada tubuh badannya. Dia menukar pakaian isterinya kepada pakaian yang baharu juga.

"Wait here."

"Eh, abang nak pergi mana?"

Zayne berlalu ke cermin meja solek. Dicalit sedikit gel rambut pada tangannya, digosok lalu disapu pada rambutnya. Jemarinya ralit menyebak rambut supaya tampak kemas. Usai berpuas hati dengan rambutnya dia mendapatkan semula Adriana.

Adriana di atas katil terasa mahu baling saja bantal ke muka Zayne. Aku tengah sakit dekat sini kau sempat buat rambut kau dulu?!

"Ok done. Come."

Tangan kekar Zayne mencempung isterinya sebelum dimasukkan ke dalam kereta. Kereta Mc Laren 720S hitam mula bergerak meluncur laju di atas jalan raya.

Zayne cuba untuk menambah kelajuan namun kemahiran memandunya tidak sehebat isterinya. Pemanduannya boleh dikategorikan sebagai pemanduan yang berhemah kalau dibandingkan dengan Adriana

"Abang nanti singgah Cheras boleh?"

"Nak buat apa pula?" Soal Zayne cemas. Dia menoleh ke sisi sekilas. buat apa pula nak singgah-singgah ni?

Zara Adriana's AlbiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora