BAB 5

499 81 8
                                    

Tak mudah rupanya kerja di kedai bunga. Pagi-pagi lagi dia sudah dikerah untuk membuang duri bunga mawar. Selepas itu, dia disuruh menolong Lia yang menggubah bunga yang ditempah pelanggan.

"Okey ke, EZ?"

Soalan daripada Lia buat EZ yang termenung, tersentak sikit, "Okey cuma rasa bersalah sebab saya macam tak membantu pun."

"Tak apalah. Awak pun baru masuk kerja, takkan terus pandai. Yang penting awak nak belajar," balas Lia dengan senyuman nipis, "Tolong ambilkan baby breath putih dalam chiller. Kenal kan baby breath?"

"Kenal. Kenal..." EZ angguk kepala dan terus melangkah menuju ke chiller untuk mengambil bunga yang dipinta Lia.

"Lia, EZ... aku nak order air dari kafe depan, nak pesan apa-apa tak?" Tanya Didi, salah seorang pekerja kedai bunga itu.

"Iced caramel latte," jawab Lia, laju.

"EZ?"

EZ yang sedang membawa jambangan baby breath ke meja gubahan memandang Didi lalu dia ukir senyuman, "Jasmine green tea, iced."

"Huh?" Didi mengerutkan dahinya. Pilihan air yang dipinta EZ kedengaran pelik telinganya, "Air teh hijau yang wangi tu ke?"

EZ angguk kepala.

"EZ tak minum kopi ke?" Tanya Lia, ingin tahu.

"Minum je cuma bukan kegemaran," balas EZ dengan sengihan.

"Okey, dah siap order!" Ujar Didi, gembira sebelum dia kembali ke meja gubahannya.

"Eh, bukan kau nak order kat kafe depan ke?" Tanya Lia.

"Yelah. Aku order Whatsapp je. Harap-harap hari ni Ned yang hantar kopi," Didi dah tersenyum gedik. Dia dah lama minat pada Ned tapi lelaki itu terlalu jauh untuk digapai.

Ned? EZ mengerutkan dahi. Teringat anggukkan dan senyuman yang dihulurkan barista semalam. Entah-entah apa yang Aufa cakap tu betul... barista yang handsome banyak itu Mat Jaring!

Tapi Mat Jaring tu handsome ke? Entah, dia tak ingat. Lagipun rasanya Mat Jaring hari tu pakai pelitup muka.

"EZ!"

Terangkat bahu EZ apabila namanya diseru kuat, "Ya?"

Lia ketawa kecil melihat wajah terkejut EZ, "Minta tolong ambilkan gerbera pink dekat belakang. Lia lupa ambil."

"Okey, baik!" EZ laju menuju ke tempat penyimpanan bunga segar di belakang kedai.
.
.
.
.
.

"Order siapa ni?" Tanya Ned pada Firdaus yang sedang menyeduh kopi.

"Kedai bunga depan. Hari ni ada ekstra order. Green tea jasmine tapi aku tak buat lagi."

Ned angguk kepala sebelum uncang teh hijau jasmin itu diambil dari kotaknya.

"Siapa yang order? Lia ke?" Tanya Ned kemudiannya.

"Didi. Okey ka kelas kat atas?" Firdaus yang sedang mengisi susu di dalam cawan plastik bertanya pula.

Ned angguk, "Okey je. Sekarang baru teori. Nanti time praktikal, Adib suruh kau naik tolong dia."

"Hang awat tak tolong?"

"Adib sebut nama kau," jawab Ned ringkas. Padahal dia yang rasa tak selesa apabila beberapa orang wanita dalam kelas itu asyik memandangnya.

"Ha, yalah. Kalau macam tu, hang tolong hantaq order ni satgi noh."

Ned mengangguk saja. Suruhlah dia buat apa pun, asalkan tak suruh dia naik atas tolong Adib.

Firdaus dan Ned masing-masing tak bersuara selepas itu. Masing-masing tekun membuat pesanan minuman yang masuk.

"Malaikat lalu ke apa ni? Senyap sunyi je," Is yang baru keluar dari dapur menegur sebelum dia tiba-tiba angguk kepala, "Oh, patutlah! Bapak segala syaiton ada kelas."

Pecah ketawa Firdaus dan Ned mendengar ulasan Is. Tahu sangat siapa yang Is maksudkan.

"Hari ni sales macam sendu sikit, kan?"

Soalan Is hanya dijawab dengan anggukkan.

"Fokus sangat korang ni. Cuba bercakap dengan aku," rungut Is, sekadar berlelucon.

"Kena fokus. Sat lagi ayaq rasa lain. Ayaq kopi rasa strawberi, ayaq strawberi rasa kopi... tak ka naya kita?"

Is tersenyum nipis. Jawapan Firdaus itu buat dia rasa puas hati, "Ned..."

"Ya?"

"Adib ada cakap tak dengan kau pasal IG dengan Tik Tok?"

Ned geleng kepala sambil tangannya menutup cawan plastik yang berisi air teh hijau jasmin dengan penutupnya, "Kenapa dengan IG? Kenapa dengan Tik Tok?"

"Aku tahu hari tu kau cakap yang kau dah tak nak buat live kat Tik Tok dengan IG tapi... kami terpaksa nak minta tolong kau untuk buat live. Aku terpaksa akui apa yang Adib cakap, you have that talent. Kami buat live, content ala-ala kedai kopi lain- sendu mat engagement."

Ned terdiam sekejap. Dia dah agak sebenarnya tapi itulah, dia tak nak populariti menghanyutkan dirinya lagi.

"By the way, aku tak paksa. Adib pun. Kalau kau nak buat live dengan Daus pun kami okey. Tak nak buat pun tak apa. Kami cuma try nasib."

Kata-kata Is hanya disambut dengan anggukkan oleh Ned, "Aku fikir dulu, boleh?"

"Boleh," Is angguk setuju. Dia tak mahu terlalu memaksa kerana dia tahu, Ned juga tidak selesa dengan perhatian yang dia terima. Pelik, bukan? Ned pernah jadi pelakon, pernah dapat perhatian yang lebih lagi daripada sekarang tapi gaya Ned kala itu seolah-olah dia terlalu takut dengan perhatian manusia.

"Aku hantar order ni kejap," Ned mengangkat cup holder yang sudah berisi dengan minuman yang dipesan oleh Didi.

Is angguk kepala dan tak tunggu lama, Ned berlalu keluar dari kafe.

Is mengeluh sikit sebelum memandang Firdaus, "Aku dah bunuh mood kan dengan bangkitkan hal Tik Tok dan IG tu?"

Firdaus tersengih, "Tak pun cuma sebab kita tahu Ned tak nak buat live dah... jadi kita krik krik sikit. Aku faham apa yang hang nak sampaikan dan aku percaya, Ned pun faham."

Is hela nafas lalu dia angguk. Serba salah, itu yang dia rasakan sekarang tapi dia juga terpaksa. Sales kafe mereka semakin berkurangan, tambah lagi dengan banyak kedai kopi yang dibuka macam cendawan tumbuh selepas hujan. Dia takut andai suatu hari nanti, cawangan kedua GULP! Cafe ini terpaksa ditutup...
.
.
.
.
.
I have been busy dengan kerja hakiki, kucing sakit, sepupu kahwin, dan lain-lain.

Terima kasih yang sudi baca dan follow cerita ini 🥰

Putih-putih MelatiWhere stories live. Discover now