TEASER 1

820 44 21
                                    

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, akhirnya novel fizikal pertama saya akan diterbitkan dibawah Penerbit Dear Novels tidak lama lagi. Dengan nama pena saya ZEA AURA.

Sekarang saya nak kongsikan dengan reader yang sentiasa support saya dan mendoakan saya. Sekarang saya share teaser dulu. Cover pun bukan official lagi kalau tak silap😅


#akandatangdn
TAK MAHU KEHILANGAN (1)

“Kau tahu tak, bos baru dah masuk.”

Terus dahi Aireen berlapis. Bos baru dah masuk?

“Bila?”

“Hari ni. Sebab tulah yang kecoh tu,” jawab Diana, teruja.

“Apa yang menariknya? Bos baru aje pun.” Kepala digeleng perlahan.

“Bos baru kita tu muda lagi.”

“Muda? Ya ke?” Aireen seakan tidak percaya.

Jarang dia mendengar seorang pemuda memegang jawatan sebagai CEO bagi syarikat gergasi. Selalunya ia diuruskan oleh golongan yang berpengalaman.

“Yes, muda lagi. Baru habis studi.”

Aireen terlopong. Jika baru habis belajar bermakna masih muda lagilah.

“Bermakna muda daripada kitalah?” Aireen menebak.

“Tak, tua dua tahun.” Laju Diana menggeleng.

“Maknanya 29 tahunlah.” Aireen mengira jarak umur mereka.

“Pandai pun.”

“Mudanya,” komen Aireen.

“Tulah, kan. Dengar cerita, dia gantikan bapa dia. Sebelum ni orang kepercayaan syarikat yang urus selepas bapa dia jatuh sakit sejak empat tahun lalu.”

“Oh, patutlah. Bermakna bos kita ni anak pemilik empayar ni?”

“Yup, satu-satunya anak lelaki pemilik empayar ni.”

“Wah, banyak info kau tahu, kan?” Aireen menyindir.

“Saja pergi bergosip tadi. Nanti bos baru tu akan melawat bahagian kita. Dan yang lebih menariknya, bilik dia di hujung sana. Bahagian kita,” ujar Diana dengan nada yang lebih teruja. Siap tepuk tangan lagi.

Aireen hanya menggeleng kepala sambil mengulum senyum. “Gedik.”

“Gediklah... Untung-untung dapat jadi girlfriend bos.” Diana mula berangan. Dagunya ditongkat.

“Tak payah nak beranganlah, Diana. Dia tu siapa, kita ni siapa. Orang-orang macam kita ni siapa yang nak pandang? Dia tu hartawan, kita ni stafwan biasa aje,” tutur Aireen kembali menyambung kerjanya.

Ada ke stafwan? Hentam ajelah, Reen.

“Tapi, tak salah kalau berangan.” Diana tetap berdegil.

“Ikut suka kaulah. Aku tak rasa dia masih solo,” balas Aireen tanpa memandang Diana.

“Kenapa pula?” tanya Diana hairan.

“Sebab dia kan kaya, nak dapat perempuan yang cantik-cantik, bukannya susah pun.”

“Cakap ajelah kau nak.” Diana mengusik.

Wajah Diana yang tersengih panjang dipandang dengan renungan tajam. “Baik-baik sikit, eh?”

Diana cebir bibir.

“Selalunya anak orang kaya ni mata keranjang. Dan aku rasa bos baru kita tu tak terkecuali dalam golongan tu,” sambung Aireen dengan nada tanpa rasa bersalah.

“Amboi, kau... Tak berlapik bila bercakap. Nilah padahnya bila banyak sangat baca novel.” Giliran Diana mula menyindir.

“Apa? Tak betul ke apa yang novelis tulis? Bila orangnya kacak dan berduit, petik jari... beribu gadis datang beratur tau. Siapa tak nak lelaki yang duit berkepuk-kepuk?”

“Termasuk awak?”

Belum sempat Diana membalas, ada suara yang mencelah, membuatkan Diana dan Aireen tergamam. Perbualan mereka terus terhenti. Dengan wajah gugup, Aireen bangkit dan berdiri tegak.

Aireen tercengang. Alamak, mati aku!

#takmahukehilangan #zeaaura
#dearnovels #kedaibukudn

Tak Mahu Kehilangan (TERBIT)Where stories live. Discover now