PROLOG

4.7K 136 13
                                    

LAJU kaki kecil melangkah lari ke hujung koridor. Sedar akan kelewatan dirinya ke kelas. Pintu kayu diketuk beberapa kali sebelum bibir munggil tersenyum memberi salam.

"Assalamualaikum..." Tersenyum sengih Mayra Qalishah apabila melihat wajah garang guru kelasnya.

"Sorry lambat cikguu, saya sakit perut rasa nak tercirit tadi. Emergency-emergency." Mayra melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam kelas sambil menggaru kepalanya kekok.

"Banyaklah alasan kamu! Dah duduk cepat. Aku ni nak mengajar pun tak senang." Marah cikgu Salina dengan jelingan sebelum kembali menyambung menulis nota di papan putih.

JAM tangan ditenung sekilas sebelum badannya kembali menyandar di balkoni kaki lima. Penat dirinya menunggu setia sang kawan yang masih ditahan oleh cikgu Salina. Entah apa yang dibebelkan oleh guru itu pun dia tak tahu. Yang penting dia sudah bosan menunggu sahabat karibnya. Sesekali matanya bertembung dengan anak mata Mayra sehingga menyebabkan wajah Mayra berubah merah akibat menahan tawa. Tak kelakar pun, cuma tindakan drastik apabila melihat kawan sendiri kena marah.

Lima minit kemudian, cikgu Salina keluar dari kelas diikuti Mayra dari belakang. Langkah kaki berhenti dihadapan jejaka kacak yang sedari tadi menunggunnya.

"Kenapa kau tunggu aku?" Soal Mayra Qalishah. Keningnya diangkat beberapa kali sambil tersenyum riang. Suka mendapat perhatian lelaki itu. Lelaki yang dia kagumi dalam diam.

Kaiser Gabriel.

Lelaki yang dikenalinya sejak berumur 7 tahun dan kini umur mereka telah berginjak 17 tahun. Kaiser Gabriel mempunyai wajah yang cukup tampan. Sekilas lihat saja sudah cukup membuat kaum hawa jatuh hati padanya. Bukan sahaja rupawan tetapi juga cendikiawan. Dia lahir dengan kesempurnaan, membawa aura yang cukup menarik.

Kaiser Gabriel mengeluh perlahan sebelum dahi bersih wanita dihadapannya dijentik kuat.

"Argh! Sakit bodo." Menunduk Mayra menahan sakit didahi. Wajah tampan Kaiser dipandang tajam sebelum dia mengacah-acah menumbuk wajah lelaki dihadapannya. Nak carut lebih-lebih tak boleh, maklumlah crush. Hehehe...

"Tak penat ke pura-pura bodo? Kau ni bijak Mayra tapi sengal kau tak boleh bincang. Kau tak ingat ke semalam kau text aku suruh teman kau balik rumah waktu rehat?" Tangannya mula mencekak pinggang. Tanda-tanda dia bakal meletus.

Mayra tersenyum sengih.

"Aku saja je tipu. Aku bukan nak ajak kau balik tapi nak ajak kau lepak dekat Starbuck. Aku dah lama kempunan nak minum green tea." Tipu Mayra. Dia bukan suka sangat minum green tea tetapi dia hanya mahu meluangkan masa bersama lelaki itu. Saja dia menyebut air green tea kerana tahu Kaiser sangat menyukai minuman tersebut.

Kaiser menjeling Mayra sebelum mengangguk setuju akan permintaannya. Tuh kan! Kalau sebut green tea Kaiser tak kan tolak punya!!













AIR green tea disedut lama. Ahh...best jugak dapat air sejuk-sejuk tengahari macam ni lagi-lagi bila dapat dating dengan crush! Auch!! Seronoknya hati kita!!

Tersenyum sunging bibir Mayra.

Kaiser hanya menggeleng kepala. Apa benda entah yang tengah budak ni tengah angan-angankan. Dia bukan baru kenal Mayra, kalau tengok si Mayra tu tersenyum macam mak lampir sorang-sorang mesti tengah berangan.

Meja diketuk hujung jari. Mencari perhatian gadis itu.

Mayra terus memandang wajah Arsel. Senyuman masih kekal di bibir sambil mengigit penyedut minuman. Kening tebal terbentuk elok itu diangkat seolah-olah bertanya mengapa kepada Kaiser.

COMIENZO | OGWhere stories live. Discover now