CHAPTER 2

2K 92 3
                                    

BADAN disandarkan ke kerusi, kaki disilang santai diatas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BADAN disandarkan ke kerusi, kaki disilang santai diatas meja. Jari runcingnya naik memijat kepala sendiri. Keluhan kecil keluar dari bibir merah milik Kaiser.

Mata dipejamkan, memikirkan kejadian tadi. Otaknya bercelaru, memikirkan kebenaran dari semua kejadian tadi. Betul ke Mayra bunuh Tengku Marissa? Jika benar sekalipun, mengapa?

"Aku dah trace location dia." Seorang lelaki masuk ke dalam bilik kerja Kaiser bersama laptop separa terbuka ditangan. Dia melabuhkan punggung disebelah Kaiser. Laptop diletakkan diatas meja lalu dibuka luas.

Lantas, Kaiser terus bangun dari sandarannya. Laptop milik sahabatnya dipandang. Terbit satu senyuman dibibir lelaki itu.

"Kau memang terbaik Arman!" Ujarnya sambil menepuk bahu lelaki itu. Dia bangkit dari duduknya, jaket kulit berwarna hitam tergantung elok di pegangtung baju diambil lalu disarungkan pada tubuh tegapnya.

Dia berlalu pergi meninggalkan Arman yang masih terpinga-pinga. Jam dinding dilihat sekilas, 4.30 pagi. Kepala digeleng. Biar betul mamat ni? Tak penat ke tak tidur seharian?










MULUT diketap rapat menahan rasa sakit diperut. Urat-urat yang timbul dikepala menjadi saksi bahawa dia sedang menahan sakit yang teramat.

"Aku nak jahit luka kau ni." Ujar Lyana sambil menghulurkan lipatan kain tebal pada Mayra.

Mayra mengambil kain itu lalu dibawa ke mulutnya. Digigit kain itu rapat bagi menahan teriakan yang akan keluar dari mulutnya sebentar lagi. Peluh yang mengalir menitik didahi dilap oleh Lyana.

"Luka kau teruk. Kita kena pergi hospital ni Mayra. Aku hanya boleh hentikan bleeding je." Kedua belah tangannya menekan-nekan permukaan sekeliling luka tusukan itu.

Mayra tidak menjawab. Matanya hanya fokus pada Lyana.

"Aku mula." Ujar Lyana.

Sejujurnya, dia bukanlah mahir dalam hal-hal sebegini, bahkan sijil dari sekolah kedoktoran pun tiada. Yang dia ada adalah pengalaman menuntut ilmu pengubatan dari doktor pakar bedah yang sentiasa mengunjunginya di rumah pelacuran.

Tangan kecil itu menusuk jarum perlahan. Dijahit satu persatu dengan penuh teliti. Wajah Mayra lansung tidak dipandang selama proses menjahit, takut jika wajah kesakitan wanita itu menjadi penghalang kosentrasinya.

Setelah hampir setengah jam, proses menjahit diselesaikan. Kapas putih diletakkan diatas jahitan sebelum dililit dengan kain perban.

Kapas-kapas dan kain yang dipenuhi darah Mayra dikutip satu persatu lalu dimasukkan ke dalam plastic berwarna hitam.

Nasi goreng diatas side table diambil lalu dihulurkan pada Mayra bersama dengan secawan air kosong.

"Nah, makanlah. Darah kau dah banyak keluar. Muka kau pucat." Mayra menggeleng tidak mahu. Dia tiada selera makan, tubuhnya terasa penat dan lelah.

COMIENZO | OGWhere stories live. Discover now