CHAPTER 1

2.2K 80 1
                                    

Story ni slow sikit pada mulanya but trust me, it's worth it

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Story ni slow sikit pada mulanya but trust me, it's worth it.

"KAISER..." Tanpa sedar, dia mengucapkan nama yang pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dahulu. Mungkin masih bertakhta? Dia tidak tahu. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu.

Kepala digeleng lembut, cuba untuk tidak mengingati kisah pahit hidupnya. Meskipun kejadian itu sudah berlaku 10 tahun yang lalu, masih jelas diingatannya, rasa sakit itu juga tidak pernah hilang dilubuk hatinya.

Hari dimana dia ditendang dan dihancurkan oleh keluarga nya sendiri. Hari dimana segala kepercayaannya musnah, dan yang paling dia kesali ialah tiada seorang pun yang menyaksikan perkara itu melindunginya. Bahkan ibunya sendiri tidak mempertahankan dirinya.

Perit.

Air didalam gelas dihirup sehingga separuh. Bulan terang yang menghiasi pancaindra penglihatan direnung lama. Malam ini, akan menjadi sejarah buatnya.

Malam yang akan dipenuhi dengan darah. Jam dinding berbunyi menandakan telah masuk jam 12.00 malam. Masa untuk dia bertindak.



DERAPAN kaki memecah kesunyian malam. Pisau kerambit ditangan digengam erat. Entah mengapa, dia rasa tidak sedap hati. Malam ini, banglo mewah itu kelihatan sunyi. Tidak seperti biasa. Para pengawal yang sentiasa berjaga tidak kelihatan.

Kakinya bergerak menyelinap masuk kedalam banglo mewah itu melalui pintu belakang. Pistol dipinggang dicapai lalu diacukan kehadapan. Kakinya perlahan melangkah demi langkah menelusuri setiap ruangan mewah banglo.

Tetapi tiada sesiapa kelihatan.

Bunyi suara nyaring seseorang sedang menangis dari tingkat atas menarik perhatiannya. Anak tangga didaki dengan penuh berhati-hati, mengelakkan daripada sebarang bunyi terhasil.

Bunyi tawa seseorang mengilai membuatkan dia menoleh ke satu sudut, awalnya suara nyaring tawa itu datang. Di sudut itu, hanya ada sebuah pintu berwarna putih. Dia tahu pintu itu. Pintu bilik kerja bapanya.

"Semua harta kau milik aku! Milik aku! Bukannya milik anak perempuan murah kau!" Sayup-sayup kedengar suara disebalik pintu putih itu.

Dia mendekati pintu itu, celahan kecil terbuka dipintu tersebut memberikannya peluang untuk melihat keadaan didalam. Dalam beberapa detik, degupan jantung melaju. Terasa segala hormon adrenaline mengalir laju dalam darahnya.

Bilik itu dipenuhi darah, terlihat sekujur tubuh terbaring terlentang diatas carpet putih yang merah ditumpahi darah likat. Yang paling meruntuh hatinya ialah tubuh itu milik ibunya, Puan Aisya.

Dengan tatapan kosong, dia menolak daun pintu. Terlihat seorang wanita sedang menyelongkar almari besar, sedang mencuba membuka peti besi milik bapanya, Tengku Malik. Wanita itu berpaling kearahnya sebaik sahaja mendengar geseran besi pintu.

COMIENZO | OGWhere stories live. Discover now