✨BAB 13✨

4.6K 452 39
                                    

Dayyan masuk ke dalam biliknya dengan langkah lemah longlai. Dia membuka tombol pintu lalu menolak daun pintu.

Kelibat Hadara dicari namun tiada dikatil.

"Manja." Dayyan memanggil nama Hadara.

"ARGHHHH!" Suara jeritan Hadara kedengaran.

"Manja!?" Dayyan bergerak ke bilik air. Pintu tidak berkunci terus dibuka.

"Ya Allah manja!" Terlihat Hadara duduk dibawah pancuran air dengan tangisan teresak-esak.

Dayyan menutup pili air dan segera mengambil tuala.

"Manja ya Allah kenapa ni!?" Tanya Dayyan sambil cuba membaluti tubuh Hadara dengan tuala.

"Tak payah dekat. Jauh!" Larang Hadara apabila Dayyan cuba memeluk tubuh Hadara.

"Kenapa ni manja?" Tahya Dayyan.

"Jangan dekat dengan aku! Aku kotor aku jijik!" Kata Hadara. Dayyan mengalirkan air mata.

"Ya Allah manja tak. Manja tak jijik tak kotor." Pujuk Dayyan. Hadara menggeleng dengan air matanya.

"Tak aku kotor. Aku tak layak jadi isteri kauu. Aku dah kotor!" Kata Hadara sambil menggosok kedua belah lengannya.

"Ya Allah tak manja tak. Manja isteri baby. Manja suci manja bersih. Jangan buat baby macam ni." Akhirnya Dayyan dapat memeluk tubuh Hadara. Dayyan membaluti tubuh isterinya dengan tuala lalu dicempung.

"Duduk sini. Manja pakai baju baby okey?" Kata Dayyan. Hadara hanya diam.

Dayyan kembali semula dengan t-shirt hitamnya dan seluar pendek Hadara.

Dayyan memakaikan pakaian tersebut pada tubuh Hadara. Hadara tidak beriak. Hanya pandangan kosong.

"Manja tidur okey?" Kata Dayyan lalu membaringkan perlahan-lahan tubuh Hadara juga diselimutkan.

"B-baby..." Panggil Hadara perlahan. Dayyan menoleh.

"T-teman." Kata Hadara. Dayyan tidak kuat melihat keadaan isterinya sekarang. Tidak seperti Hadara Tasneem yang dikenali.

"Baby nak mandi kejap. Manja rehat dulu okey." Kata Dayyan sambil mengesat air matanya. Hadara mengangguk lemah.

Dayyan berlalu ke dalam bilik air. Dia memandang dirinya dicermin.

"Kau memang cari nahas dengan aku Dayyish. Kau memang cari nahas." Ujar Dayyan sendirian.

Alisa duduk di birai katil memandang balkoni dibiliknya dengan pandangan kosong.

"Dayyish tak pernah cintakan dia!"

Alisa memejam mata meraup wajah. Kata-kata Dayyish kini memberi kesedaran kepadanya bahawa dia bukan sesiapa.

"Aku janji, aku jaga kau."

Kata-kata yang diungkapkan dulu selepas Dayyish melafazkan akad.

Dayyish masuk ke dalam bilik dan merebah diri dikatil.

Alisa mengesat air matanya yang jatuh. Pantas berpusing menghadap Dayyish.

"Kita bincang." Kata Alisa. Dayyish membuka mata memandang Alisa.

"Bincang apa?" Tanya Dayyish.

"Pasal kita." Kata Alisa. Dayyish meraup wajah.

"Apa yang nak dibincang kan?" Tanya Dayyan. Alisa menahan air matanya.

"Awak masih cintakan Dara?" Tanya Alisa.

"Kau dengar sendiri kan?" Jawab Dayyish.

"Dayyish kita kahwin almost 1 year. Takkan sikit pun awak takde rasa sayang dekat saya dan Damien?" Tanya Alisa dengan nada berharap.

TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)Where stories live. Discover now