✨BAB 22✨

4.6K 464 48
                                    

Hadara melekapkan tuala basah dikepala Dayyan. Suhu badan Dayyan tika ini sangat tinggi.

"Baby rehat tau. Manja turun bawah. Family dah tunggu tu." Kata Hadara.

Hari ini semua ahli keluarga berkumpul untuk mengadakan makan bersama, termasuk jugak keluarga Taufyq.

Dayyan merengek tidak mahu melepaskan si wanita yang digelar manja.

"M-manja duduk lah sini teman baby." Kata Dayyan sambil memeluk erat tubuh Hadara.

"Manja turun bawah kejap ambil makanan untuk baby. Nanti baby nak makan ubat lagi." Pujuk Hadara. Dayyan menggeleng merengek.

"Ada kena tendang dengan aku ni kang." Kata Hadara perlahan.

Dayyan mencebik lalu melepaskan tubuh Hadara.

Hadara berdiri dan melabuhkan ciuman pada bibir Dayyan.

"Jangan lama-lama tau." Ujar Dayyan dengan mata kuyu. Hadara menggumam perlahan lalu tersenyum.

Tubuh Dayyan sangat lemah. Dia tidak larat ingin melakukan apa-apa. Semuanya dibantu oleh Hadara.

Hadara melangkah turun dari anak tangga terakhir, langkahnya dituju ke arah meja makan.

"Acewahhh ini yang tak boleh berenggang tu kan?" Usik Adrian.

"Hey jangan usik orang. Makan." Kata Ayra. Adrian mencebik.

"Nak udang tak?" Tanya Ayra.

"Nak nak,kopek letak sini." Kata Adrian sambil menunjukkan pinggannya.

"Eyyy dah besar besar nak kena kopek kan." Ejek Waaiz. Adrian menjeling.

"Biarlah sibuk jee." Kata Adrian.

"Mana anak tapir daddy?" Tanya Daniel.

"Halah daddy ni tanya lagi. Dah sah sah lah mamat tapir tu baring tak sihat. Daddy tahu kan dia kalau sakit memang tak boleh bangun. Ibarat dah ma-mhph!" Mulut Fawwaz disumbat dengan nasi oleh Nadiah.

"Apa ibu ni!?" Fawwaz mencebik.

"Sudah sudah. Makan." Kata Lalisa.

"Dara nak ambil makanan untuk Dayyan dulu." Kata Hadara.

Dayyan terbaring lemah dan merasakan ada seseorang menindih tubuhnya.

Mata dibuka perlahan walaupun dia tidak larat namun dipaksa.

"Wadiya?" Lemah Dayyan berkata.

"Shhh. Jangan bising. Hari ni saya nak buat awak jadi milik saya." Kata Wadiya lalu mencabut tudung dan purdahnya.

Dayyan sudah menggeleng. Dia tiada tenaga untuk melawan. Tangannya perlahan-lahan ingin menolak Wadiya.

"Jangan melawan boleh tak!?" Kata Wadiya dengan tegas namun berbisik.

"Lepaskan aku!" Kata Dayyan dengan lemah.

"Shhh awak takde tenaga sayang. So awak enjoy je okey?" Kata Wadiya sambil tersenyum sinis.

"Hoi katak bawah tempurung makan ler kamu nengok menda?" Kata Adrian pada Talhah yang termenung.

"Diya mana?" Tanya Talhah. Semua melihat sekeliling.

"Toilet rasanya." Kata Wardah. Talhah tidak sedap hati.

Hadara menatang dulang berisi makanan. Berjalan perlahan ke meja makan untuk mengambil lauk.

"Ha kau mesti nak makan dengan Dayyan kan? Nak ikut." Kata Fawwaz sambil memuncung bibir.

"Sebelum aku stapler bibir kamu baik kau betulkan bibir kamu. Serupa itik!" Kata Firaz. Fawwaz mencebik.

TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)Where stories live. Discover now