✨BAB 17✨

4K 381 38
                                    

The bala telah pun selamat sampai dimalaysia setelah sebulan berada di Itali. Kepulangan mereka disambut oleh keluarga Red Evil.

Dayyan dan Hadara tinggal dirumah mereka sendiri untuk mendapatkan privasi.

Hadara duduk disofa dengan mata berkaca. Telefon bimbit ditangan terjatuh apabila dia melihat gambar yang telah dikirim oleh seseorang.

"Manjaa." Dayyan pulang dari bekerja terus memeluk bahu Hadara dan mencium pipi Hadara.

Dayyan menjilat bibirnya apabila merasakan air dibibirnya.

"Masin. Eh manja letak garam kat pipi ke?" Tanya Dayyan. Hadara memandang wajah Dayyan dengan mata berkaca.

"Ya Allah manja. Kenapa ni? Siapa buat manja?" Tanya Dayyan sambil mengusap bahu Hadara.

"Kau explain ni kat aku." Kata Hadara lalu memberikan telefon bimbitnya kepada Dayyan.

Dayyan tergamam saat melihat gambar dia dan Wadiya sedang berpelukan di hadapan pejabatnya.

"Ma-manja ni semua-

"APA!?" nada suara Hadara naik seoktaf.

"Apa kau cuba explain? Cakaplah." Kata Hadara dengan air matanya.

"Manja tak ni semua fitnah. Baby rak buat pun." Kata Dayyan ingin meyakini Hadara.

"Kau tak payah tipu aku. Kau senyum time peluk perempuan tu, baju yang kau pakai dengan gambar tu sama!" Kata Hadara terus dia berdiri.

"Manja percaya lah baby tak buat." Dayyan menarik tangan Hadara. Hadara pantas merentap tangannya.

"Lepas! Kau kalau kau nak balik sangat dengan ex girlfriend kau pergi lah! Ingat aku heran? Hah!? Tak payah buat aku macam ni!"

"Manja..." Dayyan hilang kata-kata.

"Kau dengan adik kau dengan pakcik kau semua sama. Munafik." Hadara terus mendaki anak tangga lalu bilik dituju. Terdengar hempasan pintu bilik.

Dayyan jatuh terduduk diruang tamu. Dia sangat-sangat buntu. Apa yang terjadi? Macam mana gambar ini boleh ada?

Wadiya tersenyum sinis melihat gambar yang telah diedit dengan sendiri.

"Prinsip aku, kalau aku nak, aku dapat." Kata Wadiya dengan senyuman sinis.

"So Dayyan, aku akan make sure Dara benci kau dan kau akan jadi milik aku." Kata Wadiya lalu tersenyum sendiri.

Dayyan duduk dihadapan pintu bilik tidurnya. Sudah berkali-kali pintu diketuk namun Hadara enggan membuka.

"M-manja...hiks hiks, bukalah pintu." Dayyan mengetuk perlahan pintu.

Hadara berdiri dibalkoni, sayup-sayup dia mendengar rintihan Dayyan. Angin bertiup membuatkan rambutnya bertembangan.

Flashback.

"Dara dah dapatkan gambar tu?" Hadara menjawab panggilan telefon dari Wadiya.

"Wadiya, apa kau cuba nak buat sebenarnya?" Tanya Hadara air mata cuba ditahan.

"Well, macam awak nampak. Dayyan masih cintakan saya. So awak jangan rasa diri awak istimewa sangatlah. Dia masih perlukan kekasih hati dia yang lama." Kata Wadiya lalu tergelak sinis dihujung.

"Kau dengar sini Wadiya, kau jangan cuba rosakkan rumah tangga aku, kalau tak. Kau siap dengan aku. Aku dah lama tak bunuh orang jangan sampai kau manusia seterusnya." Ugutan Hadara hanya mendapat tawaan besar dari Wadiya.

"Ye ye and saya yakin Dayyan akan pertahankan saya. Ouh okey lah saya pergi dulu, nak lunch dengan Dayyan byeee." Wadiya menamatkan panggilan. Hadara menahan amarah.

Telefon bimbitnya dicampak lalu dia menjerit melepaskan geram.

"ARGHHHHH!"

Endflashback.

Hadara mengesat air matanya. Masih lagi mendengar suara Dayyan merintih.

"Manja, bukalah pintu ni. Baby tak buat semua tu hiks hiks." Rintih Dayyan. Hadara masih keras hati

Dayyan diluar bilik masih menangis. Tika ini dia hanya berfikir untuk memberi penjelasan.

Beberapa minit kemudian Hadara membuka pintu. Dayyan terus berdiri dan melihat Hadara memakai tudung juga beg roda disebelah.

"Manja nak pergi mana?" Tanya Dayyan sambil menggosok hidungnya yang merah akibat menangis. Wajahnya merah selepas menangis di hadapan pintu.

"Balik rumah umi." Kata Hadara. Dayyan mula cemas namun riak wajah ditahan.

"Kenapa? Manja nak tinggal baby? Manja dah tak sayang baby ke?" Tanya Dayyan dengan bersungguh-sungguh. Bahu Hadara dipegang.

"Baby fikir apa baby dah buat. Manja nak cari ketenangan." Kata Hadara lalu melangkah melepasi Dayyan.

"Manja, baby tak buat!" Hadara tidak menghiraukan kata-kata Dayyan terus sahaja turun bersama begnya.

Dayyan mengerut dahi lalu mengejar isterinya.

"Manja baby betul-betul tak buat. Manja percaya baby please." Kata Dayyan sambil mengejar langkah Hadara yang sedang menuruni anak tangga.

"Cukup Dayyan Evano. Aku dah banyak kali tersakiti, ini bukan kali pertama aku disakiti. Hati aku sakit pun dulu bukan orang lain pun, keturunan kau jugak. Tak mustahil kau sama je macam diaorang." Kata Hadara lalu memasukkan beg dalam bonet. Dia terus masuk ke dalam perut kereta.

"Manja percaya baby tak buat." Dayyan masih bersungguh-sungguh menahan Hadara dari pergi.

Namun apakan daya? Akhirnya kereta Hadara meluncur keluar dari perkarangan rumah. Dayyan jatuh terduduk.

Air mata jantannya membasahi lagi wajah tampannya. Hati bagaikan kosong melihat mutiaranya pergi.
.
.
.
Hadara akhirnya sampai dirumah ibundanya,iaitu Tiara. Kereta diparkir lalu dia melangkah masuk.

"Assalamualaikum." Masuk sahaja dia di dalam rumah itu terlihat Wadiya yang berpurdah duduk diruang tamu. Wadiya senyum disebalik purdah itu. Terlihat matanya sepet.

"Sial lah perempuan ni ada kat sini."bisik hati Hadara. Matanya bagaikan ada api yang membara apabila memandang Wadiya.

"Anak beruk?" Tiara menegur dengan cara memegang lengan Hadara.

"Umi." Hadara mengucup tangan Tiara.

"Asal kau balik ni?" Tanya Tiara.

"Umi tak suka Dara balik ke? Halau ke ni? K lah." Baru sahaja ingin melangkah pergi tangan Hadara di tarik.

"Eh kau ni nak majok pulak. Takde lah kau an dah bahagia ni kenapa balik? Siap bawa luggage ni." Kata Tiara lalu memandang beg roda Hadara.

"Nanti malam orang cite. Dara naik dulu." Kata Hadara lalu mendaki anak tangga.

"Kenapa tu baby?" Hayziel datang memeluk Tiara dari belakang.

"Anak abang tu balik dengan muka masam. Siap bawak luggage. Dia main sorok-sorok dengan laki dia ke? Macam kita dulu?" Kata Tiara sambil membalas pelukkan suaminya.

"Eh apa lah babygirl ni. Takkan dia nak buat perangai sampai bawak luggage? Ingat perangai dia teruk sangat ke macam baby? Ajak main sorok-sorok tapi gi sorok sampai Itali. Gila nak menang." Kata Hayziel lalu mencuit hidung Tiara.

"Eyy abang ni gigit kang!" Tiara memuncung bibir.

"Muncung bibir tu, abang cium kang." Kata Hayziel. Tiara mencebik.

"Aunty Tiara, Diya masuk bilik dulu ya." Pamit Wadiya. Hayziel terkejut.

"Okey." Kata Tiara. Wadiya pantas mendaki anak tangga dan masuk ke biliknya.

"Kenapa tak cakap ada Wadiya?" Kata Hayziel. Tiara tertawa.

"Saja nak bagi abang manja muehehe." Kata Tiara lalu merangkul leher suaminya.

"Ouh kalau nak manja jangan kat sini. Bilik jom." Hayziel mencempung tubuh isterinya.

"ABANG!" Tiara menjerit. Hayziel tertawa besar.

TBC

VOTE AND COMMENTS.

TROUBLE MAKER LOVE:YANDARA(COMPLETE)Where stories live. Discover now