❤ 14 ❤

2.2K 33 0
                                    

Menjadi rutin dan kebiasaan Iris Medina untuk bangun awal, bersiap, menunaikan solat lalu turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Pada pagi itu, Iris Medina menyediakan mi goreng beserta air kopi panas.

Jarum jam hampir menunjukkan lapan suku pagi, namun Iris Medina hairan kerana Tengku Rayyan Mikael masih belum turun. 'Tak siap lagi ke? Lambatnya. Dah pukul berapa ni? Takkan tak bangun lagi kot.'

Iris Medina kepelikan. Jarang sekali Tengku Rayyan Mikael bangun lewat waktu hari bekerja.

Iris Medina menarik kerusi lalu duduk di meja makan. Piring dicapai, mi goreng dicedoknya. Air kopi panas buatannya sebentar tadi dituang ke dalam cawan yang tersedia. 'Aku makan dulu lah. Nak tunggu anak Tengku seorang ni lambat aku masuk kerja. Dia bos, tak apa lah.'

Baru sahaja satu sudu mi goreng disua ke mulut, sudu diletakkan kembali ke atas meja.

'Tak boleh jadi ni'

Terus sahaja tangga didaki. Bilik Tengku Rayyan Mikael menjadi destinasi.

Pintu bilik Tengku Rayyan Mikael diketuk.

Satu kali, tiada sahutan.

Kali kedua, tiada sahutan juga.

Kali ketiga, masih tiada sahutan.

Perlahan-lahan tombol pintu bilik Tengku Rayyan Mikael dipulas. Langkah diatur hingga dihadapan katil sambil bercekak pinggang.

'Tak bangun lagi? Lena betul tidur.'

Tengku Rayyan Mikael masih lena diulit mimpi sambil berselubung hampir menutup mukanya.

Bahu Tengku Rayyan Mikael ditolak lembut Iris Medina.

"Awak, bangunlah. Dah pukul berapa ni."

Tiada respon daripada Tengku Rayyan Mikael. Goncangan Iris Medina langsung tidak memberi kesan kepada Tengku Rayyan Mikael.

Tergerak hati Iris Medina ingin memegang dahi Tengku Rayyan Mikael. Terkejut Iris Medina apabila merasa dahi Tengku Rayyan Mikael yang panas tu.

"Ya Allah, panasnya. Awak demam ni."

Patutlah berkali-kali panggil tiada sahutan. Demam rupanya. Ini mesti sebab kena hujan semalam.

Terus sahaja Iris Medina melangkah keluar dari bilik tersebut. Telefon bimbitnya dicapai lalu satu panggilan dibuat.

"Helo, Assalamualaikum. Harini Tengku Rayyan dengan saya tak masuk office ya. Tengku Rayyan demam. Cancelkan semua appointment Tengku. Okay. Terima kasih."

Selesai sahaja membuat panggilan tersebut, terus Iris Medina ke dapur. Habis semua kabinet dapur digeledahnya, ingin mencari ubat tapi tak jumpa. Jadi, akhirnya Iris Medina membuat keputusan untuk keluar membeli ubat sekali membeli bahan masakan untuk membuat bubur.

**********

Perlahan-lahan matanya dicelikkan. Rasa berat kepala cuba ditahan. Telefon bimbit di meja sebelah katil cuba dicapai. Jam menunjukkan sudah pukul sebelas pagi. Hampir tengah hari.

"Sakitnya kepala. Rasa nak pecah. Iris mesti dah pergi kerja." Omel Tengku Rayyan Mikael lemah.

Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka perlahan dari luar. Kelihatan Iris Medina yang berpakaian ringkas sambil menatang sedulang makanan. Wajah Iris Medina yang lembut itu dipandang lama.

"Eh, awak dah sedar? Baguslah, saya dah masakkan bubur untuk awak. Makan, lepastu makan ubat."

Dulang makanan diletakkan disebelah katil. Wajah Iris Medina masih dipandang lama. Iris Medina yang tidak selesa ditenung lama itu berdehem.

Tengku PlayboyWhere stories live. Discover now