bab 8

244 34 2
                                    


Sayup-sayup kedengaran bunyi bising vacuum dari dalam biliknya. Bunyinya bingit di segenap ruang biliknya. Si adik tengah mengemas. Hari Ahad memang hari kemas rumah dan adiknya, Maryam yang akan tolong bersihkan bilik dia. Kemudian Asad akan upah si adik Mekdi.

Bunyi buka tutup laci pula singgah di deria pendengaran Asad. Matanya masih lagi berat untuk dibuka. Tetapi kepalanya sudah bergerak berfikir secara spontan apabila bunyi laci masih kedengaran.

Puisi Mawar!

Asad terbangun dari tidurnya. Laju dia terduduk dari perbaringan.

Bunyi vacuum hilang, bunyi laci lesap, yang tinggal hanyalah bunyi helaian kertas yang dipegang oleh si adik. Puisi yang ditulisnya tentang Mawar.

Hening. Si adik fokus membaca sambil mata melirik si abang yang panik.

"Creepy." Ungkap si adik sepatah, namun berjaya membuat si abang tersentak hebat.

Maryam kembali memulangkan helaian kertas tersebut pada si abang. Tidak ingin berlama, gadis itu terus keluar dari bilik si abang. Semua kerja kemas-kemas tadi ditinggalkan. Dia masih tak boleh nak brain apa yang dia jumpa tadi. Puisi tentang Mawar. Banyak. Sehingga meremang bulu romanya.

Memanglah selama ini dia sokong kalau abang dia suka pada Mawar. Tapi dia tak tahu pula yang abang dia ni tulis puisi banyak-banyak dan asyik tulis tentang rasa cinta dia pada Mawar. Dia tak sangka pula yang si abang dia ni terlalu sukakan Mawar. Adakah abangnya telah obses pada perasaan cinta itu?

Telefon pintarnya yang berada di atas meja kopi di ruang tamu di ambil. Nombor Asad dicari dalam aplikasi chat Whatsapp.

Maryam

Adik minta maaf sebab tak sengaja selongkar barang abang. Tapi adik terkejut dengan apa yang adik jumpa.

Adik minta maaf kalau apa yang adik nak kata ni buat abang terasa.

Selama ni adik fikir abang suka dekat Mawar biasa-biasa je, tapi lepas nampak kertas-kertas tadi, adik rasa macam abang dah obses dengan perasaan cinta abang pada Mawar.

Jujur adik kata kalau ada orang lelaki buat macam tu kat adik, adik akan rasa creepy.

Adik minta maaf tapi adik harap sangat yang abang jangan sampai terlalu suka pada satu makhluk tu sampai lupa pada pencipta dia.

Adik minta maaf sekali lagi.

"Ibu, adik nak keluar kejap." Telefon dimasukkan ke dalam kocek seluar. Tudung yang tersadai atas kerusi diambil dan disarung ke kepala.

Si ibu yang sedang menjemur kain memandang wajah keruh si anak. Meskipun tertanya-tanya kenapa anak bongsunya beriak sebegitu rupa, kepalanya tetap mengangguk memberi keizinan. "Hati-hati keluar tu. Jangan pulang lewat."

Maryam menyalam tangan si ibu sebelum dia memandang bilik si abang sekilas. Dia mahu melapangkan fikiran sebentar.

 Dia mahu melapangkan fikiran sebentar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Teruntuk Cinta [C]Where stories live. Discover now