༊*SG·06˚

149 19 1
                                    

" Adhan."

Kerusi yang diduduki Aisar berpusing menghadap adhan yang berdiri tegak di depan meja kerjanya. Tangan disilangkan di hadapan bagi menghormati sang ketua.

Aisar kelihatan sangat berkuasa dan gagah di dalam posisi kaki bersilang dan kedua belah tangan terletak elok di atas pemegang kerusi. Wajah ketat menghiasi permandangan ditambah pula parut tajam di tepi dahi lebih menonjolkan keganasan pemiliknya.

" Ace King" sahut adhan bersama tubuh dibongkokkan sedikit.

" banyak perkara yang aku nak tanya kau"

Melihat wajah aisar yang menunduk pasrah membuatkan adhan gelisah setempat. Pasti ada perkara yang mengganggu fikiran aisar. Sesekali aisar memicit pelipis dan itu telah menyebabkan tangan adhan tidak duduk diam, sekejap menguis baju, sekejap mengetuk kepala.

" Kau ingat tak siapa kau? Atau nak aku yang tolong ingatkan untuk The Heir Of England?"

" I remember Ace King" Jawab Adhan penuh hormat.

Sejak awal penglibatan dirinya dengan Aisar, sudah termaktub dalam perjanjian bahawa Mereka perlu menghormati Aisar dan pasangan sebagai ketua. 

" Betul ke apa yang aku dengar ni adhan? Kau simpan perempuan? Kau tahu kan tatasusila group kita macam mana?" berkerut dahi adhan mendengar berita itu. Bila masa pula dia simpan perempuan?

" aku tak suka la berita macam ni han."

Adhan menggeleng laju. Mana ada dia simpan perempuan. Dia goodboy la!

" No! Mana ada aku simpan perempuan! Kau dapat info dari mana ni?"

" Ada anak buah cakap dia nampak kau bawak masuk perempuan dalam kondo. Sebabtu ke kau selalu gi tidur sana sekarang?"

Aisar memandang wajah terkejut adhan dengan pandangan tajam. Tidak suka jika adhan berbuat perangai sedemikian.

Ya, memang benar dia tahu jika adhan sedang mengejar seseorang namun tidaklah sampai membawa masuk ke kondo begitu. Status agamanya bukanlah tiket untuk adhan berbuat begitu kerana sudah termaktub di dalam etika The Phoenix yang tidak membenarkan wanita dibawa masuk sembarangan di dalam kawasan rumah apatah lagi kawasan kondo itu adalah sepenuhnya milik aisar. Hanya untuk berhati-hati supaya tiada musuh mengincar.

" No Ace! I-itu. Dia-. Dia-" tubir mata adhan bergenang sedikit. Tidak sanggup mahu melihat wajah kecewa aisar jika dia menuturkan sebaris nama yang tersemat di jiwa itu.

" Dia?" soal aisar bila bibir adhan sedikit bergetar.

" Han?" adhan menggeleng bila tersedar dari lamunannya.

" She's My Woman"

Sebaris ayat itu membuatkan aisar Terkaku ditempatnya. Mata berair adhan dipandang tanpa kata sebelum dia kembali tersedar tentang kebenaran sesuatu.

" Woman?" perkataan itu disebut dengan rasa marah teramat.

" Dia dah lama mati han! Jangan buat lawak kat sini!" adhan kembali menggeleng bersama air mata. 

Entah apa yang harus dia rasakan. Gembira namun Kecewa dalam masa yang sama. Gembira kerana rindu kini terubat, kecewa kerana perbuatan gadis itu dulu.

" Tak Is. She alive and healthy"

Sekali lagi aisar terkesima. Jadi bukan gadis yang selama ini dia anggap adhan mengejar itu?

Air mukanya berubah bengis. Dia kecewa dengan adhan!

" Jonadhan Lewis! Are you out of your mind?! dia pembelot! Dia pembunuh! Aku dah hilang anak aku! I almost lost my wife!" tempik aisar kuat. Tidak. Dia tidak akan menerima pembelot itu lagi ke dalam keluarganya.

OG | | SWEET GUARDIANWhere stories live. Discover now