༊*SG·11˚

140 10 0
                                    

Semua makhluk ada di luar rumah aisar untuk mendengar penjelasan dari adhan tentang kejadian yang menimpa mereka berdua semalam.

" Apa yang dah jadi ni han?" soalan pertama keluar dari mulut aisar tapi mata melekat pada susuk tubuh adelyn yang sedang bermain basikal di luar pagar. Nasiblah kawasan rumah mereka kosong, tidaklah dia risau kerana kenderaan takkan masuk ke sini tanpa izin.

" Semalam aku tengah siram pokok bunga sambil nyanyi lagu--" belum habis adhan mula, sudah ada jembalang yang menyampuk.

" Cop! Cop! Cop! Sabar kejap! Qiqi nak berak lah" berkerut dahi zaqiu memegang punggungnya.

Berak jela kerja kau.

" Skip unimportant part Adhan!" adhan mengangguk mendengar arahan aisar.

" First, aku dengar Kalea menjerit dalam rumah, aku lari lah cari dia tapi dia takde dalam bilik. Masa aku masuk tu, bilik dah bersepah gila. Aku panggil-panggil Kalea then dia muncul kat belakang. Dia cakap dia ada dalam mini library kami je dan tak jerit pun." sampai di situ, adhan mengeluh.

" Tu bukan point kau kan?" soalan kedua pula datang dari mikael. Adhan mengangguk.

" Aku dapat 'hadiah' dari orang tu. Bangkai ayam"

" Dia tulis apa?" tanya shahmeel dengan tangan bersilang di dada. Soalan shahmeel mendatangkan tanda tanya kepada adhan. Berkerut dahinya bila shahmeel tahu dia dapat warning.

" Kau tak payah buat muka la kambing! Dia kan lawyer" seketika adhan mengangguk sambil menggosok leher. Lupa pulak sahabatnya itu seorang lawyer.

" Dia tulis sh--" percakapannya kembali terbantut kerana jeritan nyaring aisar.

Masing-masing melihat ke luar rumah serentak dengan jeritan aisar. Aisar terus memasang pecutan 50 ribu ke arah adelyn, diikuti dengan sahabatnya yang lain.

BUK!

" ADELYN AMMARAA!"

Adelyn Ammara sedang melayang ke atas kereta orang setelah basikalnya merempuh kereta bmw dari tepi. Badannya tergolek ke tepi tetapi dengan pantas dia bangun kembali ke basikalnya. Dia membongkok meminta maaf lalu mengambil kembali basikalnya. Seperti tiada apa yang berlaku.

Pemandu Kereta bmw itu pula tidak keluar tapi memecut laju setelah adelyn mengalih basikal ke tepi.

Dia membawa semula basikal ke arah aisar sebelum hilang pertimbangan di hujung pintu pagar rumah mereka. Sekali lagi badannya bergolek-golek di atas jalan tetapi di dalam kawasan rumah mereka.

" AMMARAAAAA!"

Berdegup laju jantungnya melihat sikap selamba isterinya yang masih membonceng basikal setelah melayang dan tergolek-golek tadi.

Nyawanya bagai direntap bila tubuh adelyn melayang ke atas bumbung kereta orang. Berdentum pula bunyinya.

Kau memang manusia paling rileks sekali Quin Adelyn Ammara!

" Kenapa muka abang merah-merah ni? Nak cendol ke?" soal adelyn dengan mata berkelip comel.

" Banyaklah awak punya cendol dekat UK ni! Mari sini!" badan adelyn dipusing untuk melihat jika ada luka dimana-mana. Adelyn hanya tersengih.

" Kenapa degil sangat ni sayang? Ammara tak sayang abang ke? Dah tak sabar nak tinggalkan abang?" Soal aisar sayu. Tidak boleh bayangkan hidupnya tanpa permaisuri hatinya ini.

" Apa abang cakap macam tu. Mestilah El sayang abang! Tak baik tau cakap macam tu" adelyn tersengih menampakkan seluruh giginya.

" Mari sini! Nak kena denda budak ni! Nakal sangat!" telinga adelyn di sebalik tudung sarung ditarik lembut. Tidak menyakitkan isterinya.

Adelyn memeluk pinggang aisar dengan senyuman tidak lekang dari bibir. Mahu ambil hati aisar semula.

" Haih. Naik darah abang kalau sayang degil macam ni hari-hari" aisar menggosok kepala adelyn. Tak boleh marah lama-lama nanti rindu.

" Janganlah darah tinggi bang. Nanti El kena jadi janda muda. Terpaksa lah El kawin dengan salah sorang kawan abang tu. Mika ke. Hm" muka dibuat-buat sedih, kononnya mengadu kepada aisar.

Dulu pun dia dah cakap dekat aisar nak kawin dengan mikael kan.

" Berani sayang nak dua kan abang? Abang ganggu sayang hari-hari pakai boxer comel tu. Biar sayang gila bayang" jawapan aisar menghasilkan gelak ketawa adelyn.

" Sekarang pun El dah gila bayang dekat suami El ni. I love you, Abang" Balas adelyn lalu mengeratkan pelukan pada pinggang lelaki itu.

" Selamanya El milik Abang" bisik aisar di telinga adelyn.

" Sikit-sikit dahlah! Kesian la sikit dekat aku yang single ni" Arian menyampuk bila pasangan itu ralit sangat bermesra. Dia ingat ni cerita dia ke? Ni cerita Adhan la. Melebih pulak.

" Ada apa ni? Apa yang single?" Zaqiu yang baru muncul setelah membuang dari tadi menayangkan wajah kosong. Blur.

" Itu lah kau! Berak je keje, kan dah melepas" adhan pula menyampuk.

" Aikk, baru muncul dah kena marah. Berak pon salah" cebik zaqiu.

Adhan termenung di belakang mereka semua. Mata memandang ke arah tempat adelyn dirempuh tadi. Pelik. Nak masuk dalam ni kena ada keizinan dari Aisar dan semestinya guard perlu menghubungi aisar dahulu tapi tadi dia boleh access masuk macam tu je.

" Sayang. Sayang masuk dalam dulu. Abang nak berbincang dengan dorang ni kejap" adelyn mengangguk lalu mendapat ciuman di dahi oleh aisar.

Sweet kan?

" Dapat trace tak?" Aisar memandang shahmeel dan adhan bersama soalan. Kerana hanya dua makhluk itu saja yang pakar dalam menggodam selain aisar sendiri.

" They look for us now" gumam adhan perlahan.

Aisar mengerutkan dahi. Memanglah dia cari kita, kalau tak dia tak bom rumah kau bodoh! Ingin saja dia memberitahu adhan berita itu tapi ditahan jua. Setakat ini hanya dia dan zaqiu yang tahu.

Baru saja kaki mahu masuk ke dalam rumah, Akeera datang bersama dulang air diikuti dengan Adelyn di belakang. Dia sudah berkenalan dengan kekasih adhan itu. Kalea Akeera namanya. Puteri Diraja Spain.

Adelyn mengajak Akeera ke taman bunganya selepas meletakkan dulang air. Mereka membelek dan berbual di taman itu sehingga bunyi dentuman dan peluru memenuhi atmosfera.

Akeera memeluk adelyn lalu membawa adelyn ke belakang rumah untuk berlindung.

" Akeera, anak akak ada kat dalam! Akak kena selamatkan dorang!" adelyn menggongcang bahu akeera.

" Tak boleh akak. Tak selamat! Jantan-jantan tu mesti akan selamatkan anak-anak akak!" balas akeera penuh kerisauan.

Akeera mengangkat kepala bila kelibat kasut ada di hadapan mereka berdua. Membulat matanya memandang seorang lelaki bertubuh sasa mengacu pistol ke arah mereka berdua. Hanya pelukan hangat dapat dia rasa sebelum keduanya pengsan kerana ubat tidur yang ditekup pada hidung masing-masing.

Rumah yang tadinya seperti medan perang kini sunyi.

" Aikk! Hilang? Dia pakai kuasa Naruto ke?" Gumam Zaqiu perlahan.

Adhan dan Aisar mencari pasangan masing-masing dengan wajah memerah. Gigi diketap kuat bila menyedari kehilangan dua wanita itu. Ailyn yang sedang menangis sedang ditenangkan oleh Aisy. Aisy memeluk ailyn di dalam dakapan penuh kasih sayang.

" Kita kena cepat! Dia dah gunakan kelemahan kita sebagai umpan!" desak adhan kuat.

Geram bila kedua orang penting dalam hidupnya menjadi cagaran untuk mereka menghadapi musuh. Apa yang dengki sangat dorang ni?

" Kau dah boleh inform pasukan kau untuk get ready tangkap musuh" Suara mendatar aisar dibalas dengan anggukan oleh adhan.

" Let's get work everyone!" Arian berkata sambil memusing cincin keramatnya penuh licik.

Zaqiu pula sudah tersenyum sinis, dia sukakan permainan ini. Mikael hanya diam memikirkan cara untuk mereka bertindak. Shahmeel pula sedang berangan mahu menyumbat penjahat ke dalam penjara. Mesti dapat duit ni.

Mereka sedang diincar oleh musuh yang sama. Lagi ramai yang membantu, lagi cepat kes ini habis. 

OG | | SWEET GUARDIANKde žijí příběhy. Začni objevovat