𝐀𝐫𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐚 | Episode 4

84 7 0
                                    

Arran William Raffael's POV

Aku hanya menggelengkan kepala apabila Emilia tidak sudah memeluk anak daranya setelah aku puas mencari Mia di sekitar airport. Gila tak risau? Sudahlah KLIA ini besar. Mia tu pula bukannya tahu keadaan sekeliling dia memandangkan dia tak pernah jejakkan kaki ke Malaysia lagi. Dahlah anak dara Ryan dengan Em yang seorang itu je. Satu-satunya puteri dalam keluarga Raffael memandangkan kami semua jarang ada keturunan perempuan.

"Mummy risau betul anak dara mummy ni kena culik."

"Mulut tu signora."

"Ish betul lah! Kau tengoklah Mia ni, sayang. Dengan aiskrim sundaenya, dengan McD nya. Mana Mia dapat?"

"Ada kakak tu belanja tadi sebab dia terlanggar Mia."

"Ish! Mia merayap sampai mana sayang?"

"Dahlah tu Em. Mia elok je kan?"

"You jumpa Mia dekat mana?"

Aku terdiam sekejap mengenangkan kejadian tadi. Nak tergelak pun ada. Ada ke patut dia cakap aku ni Adryan? Punyalah lain muka aku dengan Mia. Sudahnya aku hanya tergelak dan ianya mengundang kepada pandangan pelik yang diberikan oleh keluarga itu kepada aku.

"Kau dah kenapa? Gila ke, Ran?"

"Takdelah. Aku teringat kejadian Mia kena culik tadi aduhai."

Aku hanya gelengkan kepala sahaja apabila Adryan pula jadi Emilia. Habis disoal siasatnya anak dia tu. Macamlah Mia tu kena culik sungguh. Kalau betul pun, berani ke? Mia tu kalau dah datang berani dia, Adryan pun sanggup biarkan je. Mia mungkin mula-mula pemalu, senyap sahaja. Datang perangai dia yang sebijik perangai mummy dengan daddy dia, mahunya lintang-pukang penculik tu kejap lagi. Gila lah penculik tu nak cari pasal dengan pewaris sulung Raffael dan juga Fayyan.

"Ryan, tak pernah lagilah aku jumpa penculik yang belikan budak yang dia nak culik aiskrim, Mcd apa semua. "

"Ish! Kau tak tahu ke itu hanyalah bunga-bunga nak diculik?"

"Punyalah budak tu tadi nak jual anak kau dekat kaunter."

"Jual anak aku?!!!"

"Kau ni. Agak-agaklah. Dia nak jual sebab dia tak tahu nak cari mana kita semua aduhai. Cuba berfikir di luar kotak sedikit eh salah kau memang sentisa fikir luar kotak tapi cuba fikir benda logik sikit."

Sudahnya aku kena baling kertas bungkusan McD itu oleh Adryan apabila aku mengutuknya. Telefon aku yang berbunyi dengan kontak nama anak buah kami menyebabkan aku memberitahu kepada keluarga di hadapan aku ini yang kami patut bergerak sekarang. Sampai sahaja di pintu masuk yang dikatakan oleh anak buah aku, aku terus ke arahnya apabila melihat yang Zay hanya mengambil kami menggunakan kereta Honda HRV. Ini mana muat dong!

"Zay. Aku dah cakapkan angkut dua biji kereta?"

"Tuan Muda Ayran tengah on the way dengan kawan dia. Saya ingatkan dia dah sampai dulu."

Aku tercengang dengar nama Ayran meluncur laju keluar daripada mulut Zay. Aku pandang pula ke arah Adryan yang masih terpinga-pinga seperti aku. Masakan tidaknya? Ayranlah orang yang paling taknak turun Malaysia sekali semasa aku dengan Adryan duk bertekak tentang hal ini di rumah uncle Arfan. Eh tup-tup dia muncul dulu daripada kami? Aku syak si Ezrian tu kawan yang Zay maksudkan.

"Kakak cantik!!"

Aku berpaling ke arah Mia yang tiba-tiba sahaja menjerit memanggil seseorang sambil melambai-lambai ke arahnya. Aku menoleh ke arah budak perempuan yang menganggap aku Adryan beberapa puluh minit yang lepas. Nampak muka dia seperti terkejut melihat ke arah aku namun dia segera lambai ke arah Mia sebelum menaiki kereta yang sedang hon ke arahnya. Aku agak itu kereta milik keluarganya.

"Woi! Kau pandang awek tu macam nak telan Ran!"

Aku tersedak apabila sepupu aku tiba-tiba menerjah aku. Dahlah tak bagi salam ke apa ke. Terus di woi kan aku. Mana lah aku tak tersedak. Aku tepuk belakang badannya apabila aku dah menghadap dia dan ianya mendatangkan makian daripada dia sebab aku tertamparnya dengan kuat. Sebelum sempat aku menanyakan tentang keberadaannya di sini, Adryan terlebih dahulu membuka mulut untuk menanyakan adiknya.

"Kau apahal ada dekat sini? Kau turun dengan siapa?"

"Papalah bebel! Dia cakap sepatutnya aku kena ikut Arran sekali memandangkan nanti along dengan abang Ez dah nak pencen. Jadinya disinilah ku berdiri~"

"Aku tanya kau turun dengan siapa?"

"Tu~ Makhluk tak guna sorang lagi tu~"

Kami semua menoleh ke arah Ezrian yang elok duduk di atas bumper depan kereta Honda CRV Adryan. Dah agak. Dia tak akan semangat tiba-tiba walaupun dah banyak kali kena bebel dengan uncle Arfan. Aku syak Ezrian tu tarik Zaquan turun sekali. Ha baguslah semua turun. Lepastu dekat US, siapa jaga? Kini, suara Emilia pula yang mencelah.

"Kau tarik Zaq sekali ke, Ez?"

"Yelah. Mana boleh tinggal kekasih gelap aku seorang tu. Nanti aku nak salahkan siapa kalau ada masalah jadi?"

Nampak tak yang adik Emilia pun sama naik je hauk dia dengan Ayran? Kalau bergabung dua orang itu, disaster lah jawabnya. Ranap dunia ni dapat ke budak dua orang itu. Aku nampak Emilia menggelengkan kepalanya apabila mendengar jawapan daripada adiknya. Aku pandang pula ke arah Adryan untuk menanti keputusan daripadanya. Melihatnya yang memandang aku tanpa sebarang reaksi menyebabkan aku faham apa yang dia nak suruh aku buat.

"Fine. Pergilah balik dulu. Aku settlekan kemudian."

Adryan bergerak ke arah Zay sambil memimpin tangan Mia. Bagasi mereka aku dah asingkan dengan bagasi aku lalu aku berjalan pula ke arah Aidan setelah mengangkat bagasi aku masuk ke dalam bonet kereta yang dipandu oleh Ayran ke sini.

"Aidan nak ikut mummy daddy or you wanna come with me?"

"Nak balik. Aidan penat."

"Okey then. Have a good rest balik nanti, little champ."

Aku menggosokkan kepala Aidan setelah itu lalu aku mencubit seketika pipi Aariz yang tembam itu. Aku geram betul dengan anak bongsu Emilia dengan Adryan ini. Dia terlalu comel!

"You ni! Nanti dia nangis bukannya you yang kena pujuk!"

Aku hanya gelak apabila melihat muka cemberut Emilia yang mahu memarahi aku kerana mengusik anak bongsunya. Siapa sangka daripada awal yang Emilia akan menjadi sebahagian daripada Raffael walaupun bukannya sebagai isteri Ezriel. Aku melihat Adryan tengah nak bebelkan Emilia apabila Emilia merungut dekat dia yang dia taknak angkat bagasi sebab Aariz tu taknak berenggang dengan dia.

"Bagilah Zay pegang kejap anak tu."

"Taknak! Kaulah angkat. Be a man, man!"

Dengan itu aku nampak Emilia menjelirkan lidahnya sebelum dia berlari masuk ke dalam kereta apabila Adryan sudah berura-ura nak naikkan kaki dia untuk sepak Emilia. Aku hanya gelengkan kepala melihat pasangan itu. Haih lah. Aku dah cakap, budak dua orang tu mana pernah nak matang kalau dah berkepit berdua tapi itulah indahnya perkahwinan mereka. Adryan memang dah ditakdirkan untuk Emilia untuk bimbing dia menjadi wanita yang baik.

Kalau kau tanya aku tentang perkara yang aku dapat melalui perkahwinan Emilia dan juga Adryan, aku akan jawab yang true love do exist. I mean, look at them. The way that both of them look at each other.

"Woi! Menung apa lagi tu?! Cepat lah! Kau fikir aku tak panas ke siak?!"

Pekikan daripada Ezrian menyebabkan aku menggulingkan bebola mata aku setelah tersedar daripada lamunan. Inilah sebab mengapa Adryan suruh aku naik dengan diaorang. Sebab budak dua orang tu bising! Penat aku melayan mulut kepoh si Ayran tu. Ezrian tu boleh lah lagi nak diam. Mohon doakan agar aku balik rumah bertiga dengan mereka bukannya aku seorang ataupun berdua. Risau kena campak dalam gaung nanti.p

Arran's SweetheartTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang