𝐀𝐫𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐚 | Episode 5

97 8 10
                                    

Nur Hilya Dania's POV

"Ya Allah! Rindunya masakan mak!"

Mak aku hanya tergelak apabila aku betul-betul menghayati ikan tenggiri masak tempoyak yang kami berdua masak tengahari tadi. Sesungguhnya dekat sana tak boleh masak lauk seperti ini ye. Kau nak aku kena buang kolej? Mahunya duduk dalam longkang aku nanti kalau masak tempoyak dekat kolej tu. Dasar rasist betul dengan durian!

"Makan tu beringat. Yang sakitnya nanti siapa?"

"Alah takpe. Orang duk rumah kan? Mak ada nak jaga orang. Duk sana ye lah kena jaga diri sendiri."

Oh nak tahu sebab apa? Aku sejak dua menjak ini tak berapa boleh nak makan apa yang aku selalu makan masa kecil dulu. Mak aku cakap mungkin sebab dalam keturunan kami memang begitu. Mak aku pun pernah cerita yang dia sama macam aku, asal makan itu je, alergik, asal makan ini je, alergik tapi bila dah kahwin, hilang semua tu. Tapi agak-agaklah kan, semata-mata kau kahwin sebab nak makan macam biasa balik?

Tapi mak aku cakap aku ni mengada! Manja! Yelah, asal balik rumah je, macam-macam penyakit keluar. Aku pernah sekali tu demam sampai dekat tiga hari padahal aku biasanya kalau demam, paling lama pun sehari setengah. Kenapa sehari setengah? Sebab sis ada nurse yang menjaga diri sis dirumah ye. Siapa lagi kalau bukan mak aku. Aku duduk sana, tak ada pun nak demam bagai. Paling teruk pun selesema sahaja sebabkan cuaca yang terlalu sejuk.

"Ada mesej Zu dengan Wannur ke?"

"Gitu-gitu je. Tapi ingat sementara Zu pun cuti, orang pun ada sini, Wannur pun tengah cuti, ingatkan nak juga keluar dengan diaorang. Boleh?"

Aku pandang pula ke arah mak aku walaupun tangan aku masih lagi menyumbat nasi ke dalam mulut untuk meminta izinnya. Apa? Walaupun aku dah besar, dah masuk umur 23 tahun untuk tahun ini tetapi selagi mana aku belum berkahwin, aku masih lagi di bawah tanggungjawab mak ayah aku dan wajib lagi-lagi anak perempuan untuk minta izin mak ayah kalau nak keluar.

"Pergilah. Ada duit ke nak keluar tu?"

"Ada tu adalah juga. Setakat nak keluar tu insyaAllah ada. Kalau nak berjoli lebih-lebih tu takleh ah."

Aku bangun untuk membasuh pinggan setelah selesai meratah isi ikan tenggiri yang masih ada walaupun aku dah habiskan nasi. Kalau ikutkan hati, nak je aku menambah nasi tetapi aku dah habiskan nasi dulu jadinya tak eloklah pula kalau nak pergi tambah nasi. Jadinya, malam nanti lah pula aku makan walaupun sekarang sudah menginjak kepada waktu petang. Aku memang begini. Makan tengahari pada waktu makan malam dan makan malam pada waktu minum malam. Kadang tu aku pernah makan nasi pukul 1 pagi sebab lapar sangat.

"Zu dengan Wannur cuti sampai bila?"

"Orang mesej haritu, diaorang cakap sampai 30 haribulan nanti."

"Lagi tiga minggu lah maknanya?"

"Haah. Itu yang orang nak ajak diaorang keluar tu."

Aku kalihkan pandangan aku ke arah abah yang baru sahaja pulang daripada kerja sambil menjawab salam yang diberikannya. Aku kembali berborak dengan mak aku setelah itu. Melihat abah yang sedang mengambil tuala di ampaian tuala menyebabkan aku bersuara bertanyakan kepada abah.

"Bah. Orang nak keluar dengan Zu dengan Wannur nanti boleh?"

"Nak pergi mana?"

"Entahlah. Ingatkan nak pergi daki Bukit Panorama."

"Bila?"

"Tengoklah dulu. Orang takdan lagi nak mesej diaorang. Maklumlah, masing-masing busy mengalahkan perdana menteri."

Aku teringat pula kenangan kami bertiga sewaktu sekolah menengah dahulu. Konon nak challenge diri, hidup gaya sihat. Tiap dua minggu, pergi daki Bukit Panorama. Ha kau, pertama kali pergi, tak sampai 500 meter dah turun balik lepastu pergi melepak dekat Teluk Chempedak, makan McD. Molek misi nak buang lemak eh tiba jadi misi menambahkan lemak pula. Namun, kenangan itulah yang paling manis buat kami bertiga. Sampai sekarang aku masih ingat kenangan itu.

Arran's SweetheartWhere stories live. Discover now