𝐀𝐫𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐚 | Episode 34

32 4 0
                                    

"Mind explain the reason why Fayyan pun you panggil naik meeting?"

"Entahnya. Penting sangat ke sampaikan kau tetiba panggil meeting ni?"

Aku rasa nak lepuk kepala laki bini ni. Menyakitkan hati betul! Aku sudahnya hanya memandang mereka dengan pandangan dingin aku. Aku tengah serius ni walaupun aku tahu dua orang ni memang tengah serius tapi soalan si Adryan menyebabkan aku rasa nak penggal kepala sepupu sendiri. Geram betul aku! Dah jadi bapak anak 3 pun perangai setan dia ada lagi.

"Remember back then? Titik hitam keluarga Fayyan dan juga Raffael?"

Sepi. Aku tahu aku dah sentuh isu sensitif saat ini apabila Emilia dan juga Adryan membalas balik renungan dingin yang aku berikan kepada mereka tadi dengan pandangan yang berkali ganda dingin daripada aku sebentar tadi. Nampak tak betapa sensitif nya topik ini pada mereka? Tidak lupa juga Zariq dan Ezrian yang turut memandang aku seperti mahu menelan aku saat ini kerana telah mengingatkan mereka kembali tentang titik hitam keluarga kami.

"Firstly before I proceed, I apologise sebab panggil secara mengejut meeting for both Fayyan and also Raffael. I just feels like it is something that you guys should know incase something occur in the future later."

"Proceed terus sebelum aku hilang sabar aku dekat sini, Arran William Raffael bin Aizadin."

Aku mengeluh seketika apabila Adryan dah turunkan arahannya kepada aku. Apa? Memanglah aku pegang leader sekarang ini tetapi itu tidak bermaksud yang Adryan mahupun Ezriel tidak ada kuasa langsung dah dalam Raffael. Mereka tetap dipandang sebagai leader Raffael walaupun hakikatnya akulah leader sekarang. Sebab apa? Everything aku libatkan Adryan dan juga Ezriel dalam operasi kami.

"Hasil from apa yang Ayran and Zaquan dapat, we suspected that your uncle is still alive."

Aku pandang anak mata Emilia apabila aku sebut tentang pakcik Emilia. Nampak dahi Emilia berkerut apabila aku berkata begitu. Anak mata aku dikalihkan pula memandang ke arah Adryan saat ini. Dia pun tengah berkerut muka.

"What did you say? Tapi bukannya dia dah mati?"

"Thats the thing. I.. didn't headshot him dulu. Tak sempat bila dia dah larikan diri dulu."

Nampak Adryan pejamkan matanya dan tidak lama kemudian tangan dia menghentak kuat meja meeting dan memandang anak mata aku dengan tajam. Aku tahu dia nak salahkan aku saat ini. Aku pun menyesal tak kejar dia dulu bila Emilia jatuhkan arahan untuk tembak dia.

"Did you know the consequences on what you have done, Arran William Raffael bin Aizadin?"

"Aku tahu tapi--"

"Tapi apanya?! Kau tak nampak depan mata kau sekarang ni?! Dania yang tak bersalah tu jadi mangsa! Masa Emilia jatuhkan arahan dulu, apa yang otak kau fikir?! Itu tugas kau sebagai headhunter!"

Aku hanya diam sepi apabila Adryan memarahi aku saat ini. Betul lah tu. Disebabkan aku tak jalankan tugas aku dengan baik, Dania saat ini yang menjadi mangsa. Aku dapat lihat yang Emilia memegang tangan Adryan yang sedang mengepal penumbuknya di atas meja.

"I know.. Aku tahu. Dan sekarang, tak pasal-pasal Nia pula yang kena tanggung. But, all i wanna ask from all of you is to protect her dalam diam. Itu sahaja. I know korang pun banyak lagi kerja daripada nak kena jaga Dania but.. after what happened, I don't think I can trust our mans to protect her."

"Aku nak kau kahwin dulu dengan dia baru aku dengan lain akan jaga dia macam mana aku jaga keluarga aku. Selagi kau tak kahwin, aku tak ada alasan kukuh untuk jaga Dania."

Adryan dengan itu menarik Emilia keluar daripada bilik mesyuarat ini dengan muka bengisnya. Aku hanya lepaskan keluhan setelah itu. Haih.. macam-macam masalah timbul. Aku hanya lihat kepada Zariq yang masih merenung aku saat ini.

"Kau nak marah apa pula dekat aku?"

"Adik kau. Asal aku tengok kau macam tak terkejut tahu yang kau ada adik?"

"Untuk apa? Terkejut tu memanglah. Yalah, seumur hidup aku, punyalah aku ingatkan aku ni anak tunggal, rupanya ada adik kandung."

"Qistina Izyan Raffael binti Aizadin."

"I know. Aku cuma pelik mana ayah dengan ibu aku sorak dia selama ini. Takkanlah ayah aku ada affair dengan orang lain pula? Kalau ya sekalipun, Qis tak patut letak nama Raffael kalau begitu sebab mak dia bukannya asal keturunan Raffael."

"Nope.. she is, Ran."

Aku terkedu. Apa? Maknanya dia memang adik beradik kandung aku yang seibu dan sebapa?

"Not seibu. She's actually anak isteri no2 ayah kau. But your mother did acknowledge their marriage."

What?!! Ah. Otak aku pening. Oh, plot twist apa lagi Evine tulis ni huhuhu.

"Mana kau tahu pasal ni?"

"Hello~ Qis tu ketua medic Fayyan okey. Of courselah aku tahu! Apa guna aku jadi PA Em kalau tak tahu pasal anak buah sendiri, Ran?"

"But.. why did my father suddenly married her mother? Dan dia kenal ibu aku? Kenapa seumur hidup aku tak pernah tahu aku ada adik?"

"Who know Ran.. Yang itu aku tak boleh nak tolong. Itu dah masuk campur hal peribadi kau dengan Qis. Aku cuma boleh bagitahu sampai situ je. Selebihnya, kau carilah sendiri dan juga kau tanyalah Qis. Qis tu pun selama ni mencari kau, Ran. Mungkin disebabkan kejadian hitam keluarga kita dulu yang menyebabkan dia rasa nak dekat dengan kau."

Aku terdiam. Patutlah sewaktu kami semua menyelamatkan Emilia dan juga ibu Aisyah dahulu, adik aku itu asyik pandang aku sahaja. Aku pula malas nak layan. Sekali dua tereye-contact boleh lah aku nak senyum. Kalau dah berkali-kali memang taklah. Masa itu pula memang aku tak pernah tahu lagi akan kewujudannya sehinggalah aku balik semula ke rumah ibu dan ayah di Pahang. Itu sebabnya aku boleh jumpa dengan Dania sewaktu di Kuantan untuk mencari rumah ibu dan ayah. Siapa sangka yang budak kecil itulah yang tak lama lagi akan jadi suri hati aku.

Aku hanya diam dan Zariq pula bangun daripada kerusi yang didudukinya. Bahu aku ditepuk dua kali sebelum dia beredar dari bilik mesyuarat ini. Aku mengeluh buat sekian kalinya. No wonderlah dekat rumah ibu dengan ayah di Pahang ada gambar Qistina. Rupanya sebab ini? Aku pelik juga sewaktu aku mengemaskini data keluarga aku yang ianya menyatakan bahawa ibu dan ayah aku ada aset di Malaysia.

Agak banyak juga tetapi satu pun aku tak pernah tahu kewujudannya sehinggalah pada waktu itu. Agaknya apa akan jadi kalau aku tak tergerak hati nak kemaskini data keluarga aku? Aku akan tahu ke wujudnya adik aku itu? Dengan Dania mungkin sekadar pertemuan kami di airport itu sahaja memandangkan kami memang terserempak atas sebab aku mencari pewaris sulung Raffael dan juga Fayyan itu hilang dan Adryan sudah membebel dekat semua orang yang anak dara dia hilang. Siapa sangka aku yang kena cop tak reti jaga anak ye hahaha. Aku hanya tersenyum sendiri mengingat kembali memori itu. Lawak lah. Boleh lah jadikan modal untuk mengusik Dania nanti bila dah kahwin hahaha.

Assalamualaikum my dearest nadeliene! Sihat ke semua orang? Saya? Alhamdulillah sihat. Saya minta maaf sebab dah lama sangat ni tak update huhuhu. Maaf sangat sebab saya busy betul. Saya tengah final sebenarnya. Harini saja update sebab last paper saya next week. Sementara nak tunggu next week tu, saya updatelah yang ini dulu ye? Semoga hari-hari para nadeliene saya diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT! Oh ye, nadeliene tu nama panggilan korang ye wahai my beloved readers.

–seketul Evine yang semakin menjadi chipsmore.

Arran's SweetheartWhere stories live. Discover now