Arran William Raffael's POV
Aku mengeluh panjang melihat situasi di hadapan aku saat ini. Emilia dan juga Adryan on the way nak bunuh adik-beradik tiri aku. Aduhai. Aku picit pelipis kepala buat seketika sebelum melangkah mendekati mereka. Aku angkat muka dan pandang suami isteri itu.
"Go. I can handle this."
"Hell no!"
"Em... please..."
"No waylah Arran William Raffael bin Aizadin."
Aku lepaskan keluhan lagi. Aku tak akan boleh pujuk mereka berdua saat ini apabila mereka berdua sudah keras kepala seperti sekarang. Aku pandang pula ke arah abang tiri dan juga adik beradik tiri aku yang sebaya dengan aku.
"Por qué estás aquí? Dónde están mummy y Sya? [Why are you here? Where are mummy and Sya?]"
"Podrías por favor no traerle ningún problema a Skyler? [Could you please not bring Skyler any trouble?]"
Aku kerutkan dahi aku saat ini apabila abang tiri aku berkata begitu. Aku pandang pula Emilia dan juga Adryan yang turut sama pelik seperti aku. Sejak bila pula Raffael bawa masalah kepada Skyler ni? Setahu aku kuasa Raffael di Sepanyol bukannya kuat mana pun memandangkan keluarga Skyler yang takluki dunia underworld Sepanyol. Nak katakan aku? Aku memanglah lahir dekat Sepanyol tapi aku bukannya keluarga Skyler walaupun mereka ialah keluarga tiri aku dan satu-satunya keluarga yang aku ada saat ini. Tapi masalahnya apa benda masalah yang aku berikan kepada Skyler sedangkan urusan keluarga di Sepanyol langsung tidak pernah aku ambil tahu.
"Dania."
Mendengar nama Dania keluarga daripada mulut Noah menyebabkan aku tahu dah apa masalah itu. Apa masalah musuh keluarga kami sekarang ini? Kau dendam dengan aku, dengan aku sahajalah! Janganlah libatkan keluarga aku yang lain, yang tak ada kaitan dengan Nia! Ish! Menyampah betul lah aku dengan antagonis kali ini. Dulu arwah aunty Effa, sekarang siapa pula?
"Kenapa tak ignore je?"
"Ignore? Kau fikir dia apa, Arran?"
Aku pandang anak mata abang tiri aku, Asher. Baru aku tahu kenapa Sya secara tiba-tiba sahaja telefon aku semalam mengatakan bahawa Asher dan Noah on the way ke US. Aku pada mula itu pelik juga untuk apa mereka sanggup ke sini sedangkan Sepanyol dengan Amerika Syarikat jauh. Rupanya, ini... Ada juga aku bertanyakan kepada Sya tentang ini tetapi Sya cakap dia tak tahu. Yang dia tahu, abang-abangnya nak datang US untuk berjumpa dengan aku. Mummy pula risau sebab takut abang tiri aku itu dan Noah nak cari gaduh pula dengan aku. Rupa-rupanya ini.
"Aku nak kau kahwin dengan dia."
"What? Ingat masalah ni boleh selesai kalau kahwin dengan dia ke, along?"
"Kau fikir aku kisah? Tengok daripada gaya budak tu pun aku tahu dia jenis jaga batas, Arran. Kau fikir aku tak tahu yang masa kau dapat ugutan beberapa minggu yang lepas then kau bawa dia duduk sekali dekat rumah keluarga Raffael?"
Aku. terkedu.
Begitu juga dengan Emilia dan Adryan. How? Macam mana abang tiri aku tahu? Sedangkan semasa aku bawa Dania duduk sekali dengan kami di kawasan peribadi Raffael dahulu hanya kami sekeluarga yang tahu. Aduh, taknaklah ada yang belot dah. Cukuplah arwah aunty Effa dengan mamat tak guna tu dulu yang belot keluarga. Penatlah aku.
"Aku suruh kau kahwin dengan dia untuk ada sebab kukuh kau jaga dia, Arran. Bukan saja-saja. Jaga batas kau. Ini mummy tak tahu. Kau nak aku bagitahu mummy ke?"
Aku diam dan hanya hembuskan nafas. Kahwin? Memang aku ada ajak Dania untuk berkahwin dengan aku tetapi, mahukah si Dania tu nak kahwin pada usia dia muda? Pada saat dia mahu meneroka dunia ini sebelum bergelar isteri orang? Aku ajak dia kahwin dahulu pun dia cop aku gila. Ish, tak mahulah aku! Aku memang nak kahwin dengan dia tetapi bukannya atas sebab ini. Tolonglah. Aku trauma tengok Emilia dengan Adryan dahulu.
YOU ARE READING
Arran's Sweetheart
Romance[Second book of Fael's series] "And then I met you, and slowly but all at once my whole world began to change." -ARRAN WILLIAM & HILYA DANIA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untu...