𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟏𝟎

10K 585 18
                                    

“Nayra!”

Nama Nayra di laung oleh Farrel. Sesekali matanya melirik jam di pergelangan tangannya.

“Cepat sikitlah bersiap tu. Aku takut lambat aje aku sampai nanti.” Dia mengeluh berat. Perempuan kalau bersiap memang lama eh?

“Ya ya. Dah siaplah ni.” laung Nayra pula. Wanita itu tampak tergesa-gesa menuruni tangga.

Nayra memusingkan badan sebaik sahaja dia berhenti di hadapan Farrel.

How? Cantik tak abaya yang Nayra baru beli ni? Cantik kan? Cantik kan?  Lebih-lebih lagi bila Nayra pakai.” katanya sambil memusingkan badan di hadapan Farrel untuk sekali lagi.

“Kan kan kan kan?” ujarnya lagi sambil mengerdipkan mata di depan Farrel. Sengaja mahu buat comel di hadapan suaminya.

Tak salahkan?

Farrel memandang menyampah.

“Hmm cantik. Dah jom.” balas Farrel dengan suara yang terpaksa. Si lelaki segera melangkah keluar dari rumah.

Nayra mendengus kesal.

Tak ikhlas! Benci!

Nayra berlari kecil mengikut keluar dari rumah itu. Dia menatap Farrel dengan pandangan yang tidak puas hati.

Farrel perasan akan itu tapi lelaki itu lebih memilih untuk tidak melayan. Kalau dilayan mahu mereka akan lebih lambat sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Dari mula perjalanan sehinggalah sekarang, Nayra masih mendiamkan diri. Tidak mengeluarkan sepatah kata pun seperti selalu.

Sesekali ada lah juga Farrel menjeling sekilas ke arah isterinya. Mahu lihat apa yang wanita itu sedang lakukan.

Farrel hela nafas.

“Asal diam? Merajuk?” akhirnya Farrel memulakan bicaranya.

“Tak ada lah. Saja nak diam.”

Farrel ketawa perlahan sambil kepala di geleng. Ya ya aje.

“Eleh cakap jelah merajuk sebab aku tak komen penampilan kau betul-betul tadi. Mengaku jelah Tuan Nayra Alanna.”

Nayra menggigit bibir bawahnya.

“Mana ada lah. Takkanlah nak diam pun tak boleh? Kalau Nayra bising nanti abang complain memekak lah apalah. Tapi bila Nayra diam abang berbunyi juga. Betullah orang kata, nak puaskan hati manusia ni memang susah sangat. Ada saja benda yang dia tidak puas.” ha kan dia sudah mula berleter. Nayra dengan bebelan memang tidak dapat dipisahkan betul.

Farrel menggosok telinga kirinya bila Nayra sudah mula membebel.

“Aduh, yalah. Diam diam jelah kau.” pasrah saja suara Farrel bila membalas.

Nayra menggulingkan bebola matanya seraya mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

Baru beberapa minit diam, suara Farrel kembali kedengaran.

“Tapi Nayra,”

Nayra memusingkan kepala memandang Farrel yang sedang fokus memandu itu. Keningnya turut diangkat.

“Cantik juga kau pakai abaya tapi lebih cantik kalau kau pakai tudung sekali.”

Zzap!

Kata-kata Farrel menusuk terus ke dalam hati Nayra.

Farrel mengerling sebentar ke arah Nayra bila wanita itu sekadar mendiamkan diri. Mungkin sedang tergamam.

“Maaf kalau aku cakap tadi buatkan kau terasa tapi sumpah tak tipu. Kau cantik sangat dan kalau boleh aku nak kau pakai tudung lepas ni.  Jaga aurat supaya lelaki di luar sana tak dapat tengok kecantikan kau yang satu ni.” tangan kiri Farrel naik mengusap kepala isterinya.

FARREL'SWhere stories live. Discover now