𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟐𝟔

7.2K 450 29
                                    

Ting!

Berduyun-duyun mesej baru yang masuk. Nayra yang sedang melayan cerita itu terasa terganggu sekali. Akibat tidak tahan, dia lantas mencapai telefon yang berada di sebelahnya.

Mesej dari Sheila iaitu adik sepupunya dibuka.

Berkerut seribu dia melihat mesej dan gambar yang dihantar oleh Sheila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berkerut seribu dia melihat mesej dan gambar yang dihantar oleh Sheila. Walaupun gambar itu diambil dari arah belakang tapi Nayra masih dapat mengecam figura tersebut.

Itu, Farrel.

Setelah lama dia perhatikan mesej itu, Nayra kembali mencampak telefon miliknya di sisi.

Mesej dari adik sepupunya dibiarkan saja tanpa ada rasa mahu balas. Biarlah mesej itu.

Buat masa sekarang dia tidak mahu ambil peduli. Yang dia tahu, dia mahu layan cerita kartun miliknya.

-

"Assalamualaikum,"

Salam dari Farrel dibalas oleh Nayra. Nayra yang baru turun dari tingkat atas itu terus tersenyum melihat suaminya yang kini sudah pulang ke rumah.

"Lambatnya," meleret Nayra berkata. Muncungnya sudah sedepa ke depan.

Farrel menarik sengih seraya mengelus kepala isterinya. "Nak buat macam mana. Mak Uda tetiba suruh aku temankan Anis pergi beli barang. Terpaksalah aku ikutkan. Hmm sorry wife,"

Nayra juga menyengih.

"Saja je. Nayra dah tahu dah abang beli barang." Tanpa sedar dia terlanjur kata. Langsung saja ujarannya itu membuatkan Farrel mengerut dahi.

"Macam mana tahu."

Nayra mengemam bibir. Takkanlah dia mahu buka mulut mengatakan yang Sheila yang beritahu dia.

“Nayra,” meleret suara Farrel menyebut nama isterinya.

Nayra hela nafas.

Nak tak nak dia harus berterus terang juga dengan Farrel.

“Hm Sheila yang bagi tahu,” jawab Nayra sambil menundukkan kepalanya. Dia bermain dengan jari jemarinya.

“Macam mana dia tahu?”

“Sheila dengan Mak Ngah pergi beli barang juga so dia terperasan abang,”

Farrel angguk kepala tanda mengerti. Lalu tangan Farrel merangkul pinggang isterinya mendekat.

Jealous?

Kening Nayra bertaut.

“Maksud abang?”

Jealous ke aku keluar beli barang dengan Anis?”

Nayra menggeleng kecil. “Buat apa cemburu. Cemburu tidak tentu pasal itu boleh merosakkan hubungan kita. Lagipun abang bukannya ada hati dekat sepupu abang tu pun,” ujar Nayra dengan penuh yakin. Dia sangat yakin yang Farrel tiada perasaan sama sekali dengan Anis.

FARREL'SWhere stories live. Discover now