FARREL's | PROLOG

21.5K 719 40
                                    

Anak mata hitam milik Nayra tidak lepas menatap si lelaki yang segak berpakaian baju melayu berwarna putih yang sedang duduk bersila menghadap tok kadi itu.

Bibirnya melekuk senyuman tipis.

Sekejap saja lagi, gelaran lelaki itu akan menjadi suami orang. Kuatkah dia mahu melihat lelaki yang sudah lama dia cinta berkahwin dengan perempuan pilihan si lelaki itu sendiri?

Ikutkan hati, dia tidak mahu langsung menghadirkan dirinya di majlis nikah lelaki itu. Tapi bila dirinya didesak oleh mama dan papanya, terpaksalah juga dia gagahkan diri untuk hadir.

“Pengantin perempuan dah sampai ke? Kenapa lama sangat pihak pengantin perempuan mahu datang?” suara tok kadi mulai kedengaran.

Nayra pula langsung melilaukan matanya. Benar juga, pengantin perempuan dan keluarganya masih tidak kelihatan sehingga sekarang.

“Sebentar, biar saya buat panggilan telefon sekejap.” Farrel berkata dan lantas bangun dari duduknya. Lelaki itu keluar dari masjid tersebut.

Anak mata Nayra hanya mengikut sahaja ke mana Farrel pergi.

“Mama, mama rasa ada benda yang terjadi ke?” Nayra bertanya kepada Hafiya iaitu mamanya sendiri.

Hafiya angkat bahu.

“Mama tak pastilah, sayang.”

Baru sahaja dia bertindak ingin bangun dari tempatnya tapi tiba-tiba sahaja lengannya ditarik oleh Hafiya.

“Nayra nak ke mana?” Hafiya bertanya dengan suara bisiknya.

“Nayra nak pergi dekat abang Farrel. Nak ambil tahu,” jawabnya dan lantas mendapat gelengan kepala dari Hafiya.

“Tak perlulah. Nayra tak perlu ambil tahu masalah orang. Nayra duduk saja dekat sisi mama ni,” jawab Hafiya melarang anaknya buat demikian.

Dalam prinsip Nayra, larangan adalah satu perintah buatnya.

“Sekejap je. Mama duduk sini diam-diam,” ujarnya. Dia malah menyuruh mamanya sendiri yang duduk diam-diam.

Dia berdiri di sebalik dinding untuk mencuri dengar perbualan Farrel.

“You dekat mana?” suara garau milik Farrel mulai menerpa masuk ke gegendang telinga Nayra.

“You gila ke, Alia? Semua orang tengah tunggu you tahu tak?” suara Farrel agak sedang marah.

Nayra yang mendengar itu langsung terasa ingin mengetahui lebih. Apa yang dikatakan oleh Alia sehingga menyebabkan Farrel marah.

“Kenapa ni, Farrel?” suara Hazel iaitu mummy Farrel mulai menyapa gegendang telinga Nayra.

Hembusan nafas keluh yang terhasil dari Farrel sebelum lelaki itu menjawab pertanyaan mummy nya.

“My, Alia kata dia belum bersedia lagi mahu kahwin dengan Farrel. Dia jawab call Farrel tadi my,”

Melopong luas mulut Nayra bila mendengar respon yang diberikan oleh Farrel kepada Hazel itu.

Belum bersedia?

Gila!

Kalau belum bersedia kenapa perlu beri harapan pada abang Farrel?

“Apa masalah Alia ni, Farrel? Kalau belum bersedia, sepatutnya dari awal lagi dia cakap. Ini benda semua dah sedia tiba-tiba kata tak bersedia pula? Ada masalah hidup ke apa tunang you ni Farrel?”

Dapatlah Nayra agak yang sekarang ni mummy Farrel sedang menahan amarahnya. Kalau kena dekat dia pun tentu mamanya juga akan marah begitu.

“Habis macam mana ni Farrel?” Hazel kembali bertanya.

FARREL'SWhere stories live. Discover now