BAB 13

683 57 3
                                    

Disaat bahagia mahu menjelma, muncul pula satu lagi derita. Kenapa?! Kenapa perlu kau muncul sekarang?! Tak layakkah aku untuk memegang pangkat bahagia itu?! Kenapa kau terlalu kejam padaku?! Aku juga manusia! Aku juga mahu bahagia! Aku juga berhak untuk bahagia!

Aku benci. Aku benci diri ini. Aku benci diri yang terlalu lemah ini. Aku benci apabila diri diberi pandangan kasihan. Pandangan yang tidak mendatangkan apa-apa. 

Tak sekelumit pun rasa bahagia kau beri. Tak sekali pun peluang kau bekalkan. Apa maumu? Sebegitu hinakah aku... Sehingga kau juga turut membenci ku?

"Apa?! Alanna ni adik saya?!" Hartaz tercengang begitu juga denganku. Aku juga turut sama terkejut. Gila, selama ni majikan aku rupanya abang aku?!

"Paksu jangan main-main paksu." Harraz membahasakan Dato Hilmi sebagai paksu. Dato Hilmi mengangguk lemah.

"Orang yang meniduri ibu Alanna, Sarah... Ialah papa kamu Harraz. Ketika itu Firdaus sudah pun berkahwin dengan mama kamu tapi tak ramai yang tahu." Harraz meraup muka tidak percaya. Aku tersandar ke belakang tidak dapat menerima hakikat. Rogol? 

"Meniduri, paksu?" Harraz tersenyum sinis.

"Kenapa paksu baru bagitahu sekarang?!" 

"Sebab paksu ingat anak Sarah mati bersama dia." Dato Hilmi berbunyi kesal. Harraz menghentak meja. Matanya merah menahan geram.

"Paksu tahu tak, apa yang Alanna hadap selama ni? Dia dicaci, dimaki, didera selama 20 tahun. Tiada sesiapa yang bela dia, atau rawat dia. Makan minum pun tak teratur. Paksu tahu tak Alanna kena jual?! Kenapa paksu tak beritahu saya dari awal? Walaupun paksu tak tahu hidup mati dia sekurang-kurangnya saya akan cuba cari dia. Saya boleh selamatkan dia dari awal! Dia tak perlu hadap sarang maksiat tu selama 2 tahun! Paksu, apa paksu buat ni!" Rasa bersalah mula menghurung diri Harraz. Aku sudah kehilangan kata-kata.

"Sarang maksiat? Alanna, macam mana kamu boleh lepas sampai ke situ?" Dato Hilmi bertanya.

"Saya dijual."Dato Hilmi mengucap panjang.

"Siapa yang jual awak?" Sudah lama Fayyadh memendam, akhirnya terluah juga soalan itu.

"Manusia-manusia yang dera dia, mereka yang jual dia! Puas hati paksu sekarang?!" Harraz masih menyalahkan Dato Hilmi. Dato Hilmi sudah tertunduk merenung lantai.

"Ya allah, Alanna..." Fayyadh menekup mulut. Tidak disangka sebegitu teruk layanan mereka kepada Alanna, hanya kerana dia anak luar nikah...

"Alanna, maafkan aku." 

"Maafkan pakcik."

"Dan maafkan saya juga." 

Aku terkebil-kebil sendiri. Ini dah kenapa semua datang minta maaf serentak ni?

"Hah, dah kenapa pulak..."

"Maafkan pakcik sebab pakcik tak pernah cuba cari kamu."

"Sebab papa, kau menderita. Maaf sebab aku tak jadi abang kau yang baik."

"Dan awak..." Aku memandang Fayyadh yang hanya diam tidak berkutik.

"14 tahun yang lalu... Sayalah yang panggil awak anak haram tu," aku terkedu. Dato Hilmi membulatkan mata. 

"Kau panggil dia apa?!" Harraz mahu menumbuk Fayyadh namun cepat-cepat aku menghalang.

"Awak?" Fayyadh mengangguk.

"Balkoni sekolah, SK Tasek Mutiara. Awak tumbuk saya sehingga gigi saya patah." Fayyadh ketawa sinis.

"4 tahun lalu, reban ayam. Saya yang selamatkan awak," sekali lagi aku terkedu.

"Aku, dia. Kami takkan bertemu lagi di masa hadapan..." Kata-kata itu kembali terngiang-ngiang di kepala.

"Kau ni memang-" Harraz berlari dan terus menumbuk pipi Fayyadh.

"Harraz!" Dato Hilmi menjerit.

"Tergamak kau panggil budak yang tak berdosa ni sebagai anak haram. Apa kau tahu pasal anak haram hah?! Kau fikir diaorang memang meminta ke nak dilahirkan ke dunia sebagai anak haram? Kau fikir kau bagus sangat ke sampai nak panggil dia macam tu!" Sekali lagi Harraz melepaskan buah geramnya ke pipi Fayyadh. Fayyadh hanya diam menerima hukuman.

Air mata yang tadinya tidak mampu aku titiskan kini menitik ke pipi. Aku tersandar ke sofa. Memandang kosong Harraz yang sudah menitiskan air mata sambil menarik koler baju Fayyadh. Juga, pandanganku kosong saat menatap mata merah Fayyadh, dari raut wajahnya begitu jelas terpapar yang dia teramat kesal dengan kelakuannya dulu.

"Sebab ni ke, awak beria nak dekat dengan saya Fayyadh?" Aku bertanya. Namun Fayyadh hanya diam. Tahulah jawapannya. Aku tertawa sinis. Lucu apabila mengenangkan rentetan hidup yang kucar-kacir. Sudahlah... Lagipun hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku hidup.

"Ada... Lagi satu berita yang perlu paksu sampaikan." Fayyadh dan Harraz mengalihkan pandangan ke arah Dato Hilmi. Manakala aku? Hanya mampu tersandar sambil tersenyum kerana aku sudah tahu apakah ia.

"Tentang Alanna. Doktor sahkan dia menghidap tumor otak tahap empat dan sedang dalam keadaan kritikal. Pembedahan boleh dilakukan namun peluangnya sangat tipis dan Alanna sendiri yang tidak mahu dibedah." Harraz memandang ke arahku.

"Alanna..."

"Saya ada lebih kurang lagi 1 bulan sahaja untuk hidup, Harraz..." Aku faham apa yang mahu ditanyakan. Kenapa aku tak mahu pembedahan.

"Tapi, kita masih boleh cuba." Harraz tetap mahu memujuk namun aku menggelengkan kepala.

"Untuk apa saya hidup Harraz? Saya dah penat. Dari kecil hingga ke besar saya di dera. Setiap hari saya berharap, saya berdoa tuhan tolonglah ambil nyawa saya. Saya dah tak sanggup. Sekarang dia dah beri kesempatan kenapa saya nak sia-siakan?" Harraz terkedu.

"Kau ada aku, Alanna..." Aku menggeleng.

"Maafkan saya, Harraz. Terima kasih sebab sudi terima saya sebagai adik awak tapi saya sendiri tak sudi terima diri saya untuk terus hidup."

"Jadi kau nak habiskan sisa masa kau yang ada ni dengan cipta kenangan baru, macam tu?" Aku mengangguk.

"Tipu kalau saya cakap, hati saya tak terluka selepas semua kebenaran terbongkar. Tipu kalau saya cakap, hati saya tak sakit lepas dapat tau orang yang cuba baik dengan saya rupanya ada niat lain. Dan tipu kalau saya cakap, saya tak terasa bila dapat tau rupanya saya masih ada darah daging yang hidup di dunia. Tapi saya abaikan, dan saya maafkan. Saya tak nak fikir apa-apa. Saya nak teruskan hari-hari biasa dan cipta kenangan baru yang terakhir. Saya nak pergi dengan tenang. Tolong faham saya, Harraz... Fayyadh... Dan Dato Hilmi." Dato Hilmi mengangguk perlahan sambil menahan sebak. Harraz mengigit bibir. Dinding ditumbuk melepaskan geram.

"Saya akan ikut cakap awak, Alanna." Fayyadh akhirnya bersuara.

"Kalau itulah permintaan awak, saya akan tunaikan. Beritahu saya apa yang awak mahu, saya akan berikan. Asalkan awak sudi maafkan saya." Fayyadh bersuara lagi. Aku tersenyum. Fayyadh nampaknya ikhlas memohon maaf kepadaku. Aku memandang Harraz.

"Disebabkan sebelum ni aku tak tau aku ada adik, maafkan aku sebab lambat. Aku akan cuba jadi abang yang terbaik untuk kau." Harraz bertutur lemah. Dan terakhir, aku memandang Dato Hilmi.

"Pakcik akan cuba..." Aku tersenyum.

"Terima kasih semua... Saya hargai sangat, dan ya saya maafkan semua orang. Cuma permintaan pertama saya... Saya nak lawat kubur ibu dan ayah saya," mereka berpandangan sesama sendiri.

"Esok aku bawa." Harraz bersuara. Aku mengangguk.

"Terima kasih."



𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now