BAB 17

624 49 3
                                    

Hari ketiga kami berada di sini. Aku termangu sendiri di beranda rumah.

"Jauh termenung." Fayyadh menegur. Dia mengambil tempat di kerusi yang berada di sebelahku. Jarak kami hanya terhalang dengan meja kecil di tengah.

"Fikir apa?" Fayyadh bertanya lagi.

"Tak ada apa. Cuma tiba-tiba rasa rindu tu menyusup dalam hati."

"Biasalah tu. Saya pun rindukan mama kadang-kadang."

"Kenapa dengan mama awak?" 

"Dia dah tak ada. Kemalangan kereta. Langgar lari," aku diam. Pandanganku berubah menjadi kasihan.

"Jangan lah tengok saya dengan pandangan kesian macam tu. Saya tak suka. Saya tak suka bila orang kesiankan saya. Dia membawa aura macam saya ni terlalu lemah." Fayyadh ketawa kecil. Aku hanya melepaskan nafas berat. 

"Tapikan Alanna," aku kembali mengalihkan pandanganku kepadanya.

"Saya bukan nak cakap saya bagus, tapi hidup ini... Kalau awak rasa ujian awak dah berat, ujian orang sekeliling awak lagi berat sebenarnya," aku berkerut.

"Awak nak cakap saya ni tak reti bersyukur ke apa?" Aku mengusik. 

"Ehh bukan. Saya tengah cuba bagi kata-kata semangat pada awak. Kalau awak selalu mengeluh awak penat, awak tanya tuhan kenapa awak perlu hadap semua ni saya nak awak selalu ingat. Ujian kita memang tak sama dengan orang lain, dan kita sebenarnya tak ada hak untuk cakap ujian yang kita alami ni berat sehingga tak ada sesiapa boleh faham. Kadang-kadang kita tak tahu, orang yang tengah dengar kita meluah tu sebenarnya ujian dia lagi teruk dari yang kita sangka. Kita rasa dia bahagia, hidup lengkap tapi kita tak duduk dekat tempat dia kita cuma mampu bercakap. Tapi sama juga dengan orang yang mendengar. Diaorang tak ada hak untuk cakap kita ni lemah dan banding-bandingkan diri diaorang dengan kita. Orang yang dengar tu cuma mampu cakap bukan merasa. Jadi sebenarnya semua orang sama sahaja. Setiap ujian semuanya berat. Bezanya cara kita hadap dan redha," panjang lebar Fayyadh meluahkan isi hatinya. Aku tahu dia bukan mahu memberi aku kata-kata semangat namun lebih kepada luahan hati. Aku tersenyum sendiri.

"Awak kalau rasa nak meluah, awak cakap saja lah Fayyadh. Saya boleh dengar."

"Eh, mana ada. Saya okay saja lah," aku ketawa perlahan. 

"Kalau ada orang sudi mendengar luahan awak, janganlah pula awak menolak Fayyadh. Awak tak tahu, mungkin ketika itu si pendengar cuba menjadi seseorang yang lebih baik dengan membantu. Tapi niat baik dia ditolak, tak apalah kalau macam tu. Cuma yang kadang saya tak puas hatinya... Sudahla niat baik kita ditolak, awak persalahkan lagi orang sekeliling seolah-olah tiada siapa yang mahu membantu awak. Tak ke nampak kebodohannya di situ?" Fayyadh meletuskan ketawanya yang ditahan.

"Ada juga eh, manusia perangai macam tu..." Fayyadh menuturnya dengan sisa tawa yang masih belum habis. Aku hanya tersenyum.

"Itu saya..." Tawanya terhenti.

"Dulu, itulah yang saya fikirkan. Saya salahkan keadaan sekeliling. Saya salahkan tuhan. Tapi bila saya fikir balik, ujian yang saya alami sebenarnya baru sikit. Jika nak dibandingkan dengan orang lain, yang rumah mereka dibom macam yang diluar negara saya rasa mungkin saya sendiri yang akhiri hidup saya..." Aku pura-pura ketawa.

"Tapi kau tetap kuat, Alanna." Harraz tiba-tiba muncul entah dari mana mencelah.

"Kalau aku jadi kau, aku takkan sanggup bersabar menahan segala rasa. Didera, dimaki, dipukul. Hanya orang yang tuhan nak angkat darjatnya sahaja mampu menghadapi ujian-ujian berat macam tu," aku tersenyum tipis. 

"Ujian saya macam tu, Harraz. Ujian awak dan Fayyadh pula cara lain. Kita ini sama sahaja." 

"Assalamualaikum!" Satu suara tiba-tiba mengejutkan kami dari terus bercakap tentang perasaan. Kami memandang ke arah sesama sendiri.

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now