BAB 7

632 55 1
                                    

"Alanna..." Harraz memanggil aku. Aku melangkah mendekatinya.

"Lagi beberapa minit ni kawan-kawan aku nak datang. Aku tahu kau kena buli dengan pekerja lain. Tapi maaf aku cakap, aku terpaksa minta tolong kau malam ni. Kau seorang sahaja yang tahu nak layan kami. Aku akan suruh pekerja lain tidur, kau boleh buatkan?" Dia bertanya lembut. Aku hanya diam tidak berkutik. Entah itu satu pujian, pujukkan atau arahan. Aku sendiri tidak tahu.

"Ya, tuan..." Lambat-lambat aku membalas. Harraz mengangguk.

"Baik kau boleh masuk dan sedia apa yang patut," aku mengangguk dan terus menuju ke dapur. Dya awal-awal dah tidur, tenang sikit rasa tiada yang menjerit-jerit memberi arahan. Pekerja lain? Tak payah tunggu arahan Harraz untuk tidur, diaorang dah curi tulang terlebih dahulu. Tinggal lah aku seorang diri menyiapkan semua kerja.

Setelah selesai menghidang, aku kembali ke dapur dan termenung sambil memotong buah.

"Argh..." Aku melihat jari yang sudah berdarah. Agak dalam hirisan yang aku hasilkan. Darah menitik-nitik keluar dengan agak banyak. Cepat-cepat aku membuka pili air dan membersihkan jari. Rasa pedih yang menyucuk aku tahan.

"Banyaknya darah keluar..." Aku mengomel sendiri. Walau sudah dibasuh berkali-kali, bahagian yang terkena pisau itu agak dalam. Aku mencapai tisu dan melekapkannya dengan harapan darah itu akan berhenti.

"Darah keluar banyak tu, setakat tisu je tak jadi apa-apa..." Satu suara menegur dari belakang. Aku mengalihkan pandangan dan kami saling bertentang mata. Dia menuju ke arahku seraya membuka kabinet dapur yang berada tepat di atas kepala.

Haruman parfum yang dipakai menyucuk hidung. Kedudukan kami agak dekat. Aku menunduk sedikit untuk mengelak dari kepalaku mengenai tangannya. Peti pertolongan cemas atau first aid di ambil. Dia membuka peti itu dan mencari kapas dan pembalut. Jari aku ditarik kasar, dia membalut jari tanpa tunggu keizinan dari aku. Aku hanya berkerut menahan pedih apabila jariku ditekan dengan ubat.

"Dah. Lain kali kalau terpotong jari, lepas basuh terus balut. Darah keluar banyak macam tu setakat basuh dan lap guna tisu tak jadi apa," aku menunduk.

"Ya, baik..." Ucapku perlahan. Dia berlalu kembali ke ruang tamu tanpa melihat ke arahku. 

"Harraz..." Harraz mengangkat kepala.

"Aku guna first aid kau tadi, ada pekerja kau cedera." 

"Siapa?" Lelaki itu mengangkat bahu. Harraz menoleh ke arahku, cepat-cepat aku melarikan diri di sebalik dinding.

"Ohh, Alanna. Dia memang macam tu, selalu termenung masa buat kerja. Entah apa dia fikir pun aku tak tahu. First aid tu pun aku sedia memang sebab utamanya, dia. Dya pun selalu marah-marah dia." Harraz menuturnya selamba.

"Alanna?" Harraz mengangguk.

"Apa nama penuh dia?" 

"Alanna Alisha," lelaki itu mengerutkan dahi.

"Mana kau jumpa-"

"Fayyadh, kau kalau berminat dengan dia cakap jelah. Jangan la tanya macam si Harraz ni culik budak Alanna tu." Malique menyampuk sekaligus memotong bicara Fayyadh. 

"Kenapa kau tanya?" Harraz bertanya sangsi.

"Tak adalah... Aku rasa macam pernah dengar nama Alanna ni. Tapi tak ingat dekat mana." Fayyadh menjawab. Aku hanya memasang telinga. Baru sahaja mahu membuka langkah masuk ke bilik namaku sudah dipanggil.

"Alanna, datang sini kejap." Harraz memanggilku ke ruang tamu. Aku berjalan ke arah mereka sambil menunduk.

"Saya nak tanya, awak dulu tinggal dekat mana?" Fayyadh bersuara. Matanya tajam sahaja memandang ke arahku.

"Kampung Tasek Mutiara, tuan..." Fayyadh dan Harraz saling berpandangan.

"Saya dulu pun pernah tinggal dekat situ... Tapi kenapa kita tak pernah jumpa eh? Siapa ibu bapa awak?" Aku menelan liur.

"Saya tak ada ibu bapa..." Perlahan sahaja aku menjawab namun cukup untuk membuat masing-masing terkedu.

"Err, tak apalah. Alanna, kau boleh pergi rehat. Nanti aku kemas barang-barang ni," aku mengangguk. Baru sahaja aku mahu berlalu tiba-tiba langkahku terhenti. Aku kembali menoleh ke belakang.

"Tuan Harraz..." Harraz memandang ke arahku.

"Esok saya nak minta izin keluar. Ada tempat dan barang yang perlu saya beli," aku menuturnya dengan penuh berhati-hati.

"Oh, okay. Kau ada duit?" Aku mengangguk. Harraz mengambil dompet dan mencapai beberapa keping not RM100 dan dihulurkan kepadaku.

"Anggap upah untuk hari ni," aku terkedu. Banyaknya, tak hairanlah memang perangai orang kaya...

"Ambik Alanna, sebelum aku bagi cara kasar..." Aku mengambil duit itu secara terpaksa. Malu sebenarnya namun aku tebalkan muka, dari dia paksa ambil lagi malu. Aku berlalu ke bilik tanpa memandang ke belakang.

"Kau ni Harraz, kasar sangat dengan pekerja kau tapi nak tunjuk baik." Fayyadh menegur. Harraz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku pum tak faham dengan diri aku ni kadang-kadang. Ada masa aku rasa nak marah dia, ada masa aku kesian tengok dia. Kalau tak, takkan la aku nak beli dia." 

"Beli?" Harraz mengangguk, kemudian menggeleng pula.

"Macam mana eh, aku jumpa dia dekat lorong kelab malam hampir-hampir kena rogol dengan entah lelaki mana. Aku malas nak gaduh jadi aku setel cara baik. Aku bagi duit dan dia blah macam tu ja. Lama juga aku tenung Alanna masa tu fikir nak tinggal dekat mana, akhirnya dapat idea kerja dengan aku ja." Fayyadh hanya diam mendengar penerangan Harraz yang tidak dipinta. Lama dia merenung Harraz sambil kepalanya melayang memikirkan hal lain.

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now