BAB 2

695 64 1
                                    

"Arghhh!" Aku menjerit sekuat hati menahan perit. Ya allah, aku tak kuat. 

"Sikit lagi puan. Tarik nafas, hembus. Saya dah boleh nampak kepala bayi," aku menarik nafas dalam. 

"Sikit lagi Sarah, kau boleh buat!" Ayra memberi kata-kata semangat. Tanganku menggengam tangannya kuat.

"Arghhhh!" 

"Sikit lagi Sarah, kau boleh!" 

"Arghhh! Aku tak boleh Ayra, sakit!" Aku menjerit sambil menggeleng. Rasa mahu putus asa mula menyelubungi diri.

"Kau boleh Sarah, kau boleh! Kau tak nak tengok muka anak kau ke, Sarah?" Ayra cuba memberi kekuatan. Sekali lagi aku berusaha dengan segala upaya.

Akhirnya, setelah beberapa jam aku bertarung bayiku selamat dilahirkan. Aku namakannya Nur Alanna Alisha. Aku terbaring lemah di atas katil. Ayra masih setia di sisi mengelap peluh yang membasahi rambut.

"Sarah, kau nak tengok muka bayi kau?" Ayra bertanya teruja. Aku mengangguk seraya tersenyum tawar.

"Comel, macam kau." Ayra memuji. Aku mencium dahi Alanna dengan penuh rasa. Alanna kembali diserahkan kepada Ayra. Dengan berhati-hati, Ayra meletakkan Alanna di tempatnya kembali.

Aku memandang siling. Kepalaku ligat menyusun ayat yang mahu dituturkan sebentar lagi. Dilihat Ayra tidak lepas-lepas dari memandang ke arah Alanna dengan mata yang bersinar. Haih la, sahabat. Aku mungkin takkan sempat untuk lihat kau ada cahaya mata sendiri nanti.

"Ayra... Aku nak minta tolong sesuatu." 

"Apadia?" 

"Aku nak minta tolong kau jagakan anak aku..." Aku menutur lemah.

"Kenapa kau nak pergi mana?" Aku tersenyum.

"Kau jangan cakap kau nak tinggalkan aku. Anak kau baru lahir ni," tanganku menggenggam tangan Ayra.

"Aku nak rehat, tolong jaga Alanna untuk aku."

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now