🅲🅷🅰🅿 1 ✓

41 2 0
                                    

⚠️ TW warning. Abuse scene ahead. Just a little bit. Please skip if you guys can't read it.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

"Mak long.. sakit." rintih seseorang gadis saat berasa dirinya dipukul bertalu-talu tanpa perasaan.

"Dasar budak tak sedar diri!" marah perempuan tua itu. Tubuh anak kecil itu dipukul berulang kali.

"Sakit mak long." lagi dirinya dipukul menggunakan tali pinggang.

"hiks..hikss sakit." mengalir deras air matanya.

"Ayah...Ibu..tolong adik." pintanya berkali-kali.

Tak lama tubuhnya tersentak bagai digerak seseorang.

"Tolong." pintanya. Merayu.

••••End••••

"Awak...awak." jejaka itu menggerak sang isteri yang kian tenggelam di alam mimpi.

Tiba-tiba mata sang isteri terbuka luas. Nafasnya berombak kasar. Air matanya kian turun berjurai-jurai.

"Alfia!" panggil seseorang di sebelahnya.

Mata si dia terus menoleh ke sebelah. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya ke belakang  apabila merasakan jaraknya dengan si jejaka agak dekat.

Dia dapat melihat mata si jejaka yang terpancar riak kecewa saat dia menjarakkan diri.

Tapi bukan itu yang menjadi tumpuannya sekarang.

Dia takut. Nafasnya tersekat bagai dihimpit sesuatu. Mimpi itu lagi.

"Alfia Aiyana binti Hilal Abbas ." seru si jejaka itu bagi mendapatkan perhatian apabila keadaan sang isteri semakin teruk.

Sebaris nama itu membuatkan Alfia Aiyana menoleh semula ke arah si jejaka kembali.

Samar-samar Alfia melihat si jejaka itu memandangkan tiada sekelip cahaya dalam ruangan bilik itu.

Klik!

Bunyi suis lampu ditekan.

Alfia menutup mata saat ruangan itu menjadi terang ekoran lampu dihidupkan.

Perlahan-lahan dia membuka matanya kembali. Susuk jejaka yang berada di hadapannya dipandang.

"Kenal saya tak?" soal jejaka itu lembut.

Dia perlu bersabar. Sedia faham dengan keadaan isterinya.

Alfia Aiyana memerhati segenap wajah jejaka di hadapannya sebelum dia memerhatikan keliling ruangan dalam bilik itu.

Frame gambar yang berada dia atas meja bertentangan dengan katil yang didudukinya menjadi perhatian.

Gambar perkahwinan!

Gambarnya bersama dengan jejaka di hadapannya.

Jari manis di tangan kanannya pula dilihat.

Sebentuk cincin berwarna silver yang bertatahkan batu permata tersarung kemas di jari itu.

Kemudian jari jejaka dihadapannya juga dilihat. Cincin silver kosong juga tersarung di situ.

"Zahin?" soalnya saat dia mengenali susuk jejaka itu.

Lelaki yang sudah menjadi suaminya selama setahun.

Zahin Qaiser mengukirkan senyuman nipis saat mendengar namanya disebut oleh Alfia Aiyana.

Tangannya perlahan diangkat untuk mengusap kepala si isteri.

Namun, Alfia Aiyana menutup matanya erat apabila dia merasakan bahawa dirinya akan dipukul.

Keadaan itu membuatkan perbuatan Zahin terhenti. Dia menutup matanya sekejap. Tangan juga kembali diletakkan di sisinya.

Alfia membuka mata apabila dia tidak merasakan apa-apa kesakitan. Dia melihat Zahin yang tersenyum kelat. Saat itu dia berasa bersalah.

Dia mendekatkan dirinya dengan Zahin dengan berhati-hati. Zahin Qaiser hanya memerhatikan tingkah laku isterinya itu.

Dia tahu apa yang Alfia ingin lakukan. Sememangnya begini kehidupannya bersama Alfia Aiyana sejak setahun yang lepas.

Sekali-sekala Alfia akan bermimpi ngeri. Mimpi yang seakan realiti. Lebih tepat, mimpi ngeri Alfia dalam realiti.

Saat itu, Zahin perlu membiarkan Alfia yang memulakan langkah. Seperti sekarang.

Dia hanya perlu membiarkan. Dia perlu menunjukkan bahawa Alfia boleh mempercayainya.

Tangan Alfia yang menggigil itu menyentuh tangan Zahin dengan berhati-hati lalu tangan itu dibawa ke pipinya.

Senyuman manis terukir di wajah Alfia apabila merasakan pipinya dielus lembut oleh tangan kekar itu tadi. Dia memandang Zahin di hadapan. Mata lelaki itu berubah redup.

Nafas Alfia juga semakin reda. Tidak sesak seperti tadi.

Alfia Aiyana telah didera oleh Mak Long dia sejak Alfia berumur 15 tahun. Hal ini kerana ibu dan bapa Alfia Aiyana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa mereka berdua saat Alfia Aiyana berumur 14 tahun.

Jadi hak penjagaan Alfia Aiyana jatuh kepada Puan Rafina. Setahun selepas ulang tahun kematian ibu dan bapa Alfia Aiyana, penderaan itu bermula.

Penderaan yang bermula hanya kerana Alfia Aiyana enggan mematuhi arahan Puan Rafina iaitu Mak Long kepada Alfia Aiyana.

Arahan yang tidak sepatutnya diberi kepada sesiapa. Tambahan pula, Alfia Aiyana yang masih berumur 15 tahun.

Arahan untuk melayani tetamu Puan Rafina. Lelaki.

Tentu saja gadis itu menolak. Walaupun usianya masih muda, dia telah dididik dengan didikan agama dari ibu dan bapanya. Dia tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Akibat enggan menurut arahan Puan Rafina, dia mula naik tangan dengan Alfia Aiyana.

Penderaan ini ditanggung Alfia Aiyana sehingga dia mencecah usia 22 tahun. Usia di mana dia bertemu dengan Zahin Qaiser. Susuk lelaki pertama yang berjaya membuatnya berasa selamat dan aman.

"Thank you." ujar Alfia perlahan. Air matanya jatuh setitis.

Tak pernah sekali sepanjang perkahwinan mereka, Zahin mengeluh.

Setiap ragam Alfia dilayan dengan penuh kesabaran. Selagi mana permintaan Alfia boleh dilakukan, Zahin akan menurut.

Semua tingkah laku Zahin kian lama membuatkan Alfiah jatuh sayang. Terharu.

Zahin hanya tersenyum nipis kepada isterinya. Tangan yang berada di pipi itu bergerak menghapuskan air mata di wajah Alfia.

"Hug?" soal Zahin sepatah sambil mendepakan tangannya.

Alfia ketawa kecil sebelum dia bergerak ke arah Zahin lalu mendakap tubuh itu. Zahin mengusap lembut belakang badan Alfia Aiyana.

Zahin melihat sekilas jam di dinding.

5.50 a.m. Waktu Subuh dah nak masuk.

"Fia. Awak mandi dulu lepastu ambil wuduk. Kita solat subuh ya." katanya kepada Alfia Aiyana. Dia melepaskan pelukan lalu menyisirkan rambut Alfia ke belakang telinga.

Alfia hanya mengangguk tanpa bersuara. Kaki dijejakkan ke lantai lalu diatur ke arah bilik air.

Tbc

Zahin's [HIATUS]Where stories live. Discover now