🅲🅷🅰🅿 7 ✓

30 3 0
                                    

Zahin Qaiser memerhatikan nama-nama yang ditanda di dalam kertas itu dengan teliti.

Telefon bimbit miliknya dicapai sebelum dia menghantar pesanan kepada seseorang.

Usai itu, senarai nama itu diletakkan di tepi lalu dia menyambung kerjanya semula.

Tak lama kemudian, pintu biliknya diketuk sebanyak 3 kali.

"Masuk." izin Zahin dari dalam.

Pintu itu dikuak dari luar dan beberapa orang pelatih lengkap berseragam hitam mula memenuhi ruangan bilik itu.

Terdapat jalur berwarna kuning dan biru pada bahagian bahu para pelatih itu.

"Tuan!" kesemua lapan orang itu menundukkan kepala mereka sedikit ke arah Zahin sebelum mereka berdiri tegak.

"Jadi, sebelum saya mula. Let me check the names first." ujar Zahin. Senarai nama tadi diambil semula sebelum nama-nama itu disebut satu persatu.

"Azfar Rayhan, Urfan Baheen, Leil Al-Farizi, Qaaim Awwab, Qaaid Arshan, Zil Aafiyat, Zaleeq Izfar dan Laiqa Fahara." senarai nama itu ditutup semula.

"Semua ada?" soalnya sambil memandang mereka dengan tatapan tajam.

"Ada tuan!" jawab mereka serentak.

"Good. So, awak tahu kenapa awak ada dekat sini?" soalan itu disahut dengan gelengan kepala mereka.

"Baiklah, saya tak mahu melengahkan masa. So, you all will be assign as Tengku Qayyim security team for his company." jeda. Membiarkan info itu masuk sebelum dia lanjutkan bicara.

"You guys akan lapor diri esok dekat syarikat Tengku Qayyim at 8.00 a.m. Sharp. Siapa yang lambat akan didenda. Understood?" Zahin menyandarkan badannya ke kerusi. Lengan dilipat ke dada.

"Faham tuan!" sahut mereka lantang.

"I believe in you. Jalankan tugasan dengan baik dan amanah. Jaga satu sama lain macam keluarga. Never. I repeat. Never betray me and the other." pesan Zahin tegas.

"Ada soalan?" seorang pelatih dengan jalur kuning mengangkat tangan.

"Yes, Han." tentu saja Zahin mengenali lelaki itu. Azfar Rayhan. Salah seorang pelatih yang telah lama berkhidmat untuk TBP.

Azfar Rayhan itu mempunyai kemahiran dalam judo. Very skilled.

"Pakaian kami macam mana tuan?" soal Azfar membuatkan yang lain turut terfikir.

Zahin mula tersenyum senget. Tahu apa yang akan dia sampaikan ini akan mendapat rungutan dari mereka.

"You guys will be wearing a suit." tutur Zahin dengan senyuman.

Serentak itu, kesemua mereka terus merungut.

"Macam mana kami nak gerak kalau pakai sut. Koyak la nanti." satu suara berbunyi. Pandangan Zahin mula beralih kepadanya.

Jalur biru, junior. Zaleeq Izfar sudah menundukkan kepala. Riak wajahnya sudah kelihatan pasrah.

Zahin simpan senyum. Semua dalam organisasi ini tahu akan sikap Zaleeq. Jejaka yang sudah berusia 26 tahun itu merupakan pencetus masalah terkenal dalam TBP. Well known troublemaker.

Walaupun begitu, kemahiran Zaleeq dalam boxing dan taekwondo agak tinggi. Wathiq Altair dan Elaf turut memuji kemahiran jejaka itu.

Zahin memincingkan mata saat terlihat satu riak yang sangat di kenali di wajah Zaleeq.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zahin's [HIATUS]Where stories live. Discover now