🅲🅷🅰🅿 4 ✓

17 1 0
                                    

"Welcome to my world babe." ucap Zahin dengan senyuman kecil di wajahnya.

"Let's go." ujar Zahin sambil menarik lembut tangan Alfia yang masih terkedu di situ.

Sepanjang perjalanan Alfia dan Zahin, ada beberapa anggota di situ yang berhenti untuk tabik hormat ke arah Zahin. Perlakuan ini lagi menarik perhatian Alfia. Apa jawatan Zahin dalam organisasi ini?

Sampai sahaja mereka di satu pintu berwarna hitam. Tertera satu nama yang membuatkan Alfia tergamam.

'Leader of The Black Panther
Tuan Zahin Qaiser'

"Jom masuk." ajak Zahin sebaik dia menekan kata laluan di pintu tersebut. Sepatutnya dia gunakan kad sahaja. Tapi dia tertinggal di dalam kereta.

"Duduk dulu. Saya nak buat kerja sekejap." ujarnya lalu melangkah ke arah meja kerja yang berada di dalam bilik itu.

Komputer dihidupkan. Cermin mata di dalam laci dibawa keluar lalu dipakai. Dia perlu membuat senarai nama pengawal untuk Tengku Ajwa.

" Ouh ya. Babe." panggil Zahin saat dia teringat sesuatu.

"Your 'Abang Olaf' is here." ujar Zahin membuatkan Alfia teruja. Dia kembali melangkah ke arah Zahin.

Elaf Fayez atau dipanggil Abang Olaf oleh Alfia. Kenapa Olaf? Sebab Alfia nak panggil dia begitu. So ikut saja lah.

Macam mana Alfia kenal? Let just say Elaf tu guru taekwondo Alfia ketika Alfia berumur 19 tahun.

Boleh dikatakan Alfia kenal dengan Elaf dahulu sebelum dia berjumpa dengan Zahin. Dan Alfia menganggap Elaf Fayez itu seperti abangnya sendiri.

"Are you serious?" kata Alfia tak percaya.

"Hmm" sahutnya. Matanya tertumpu pada monitor komputer di hadapannya.

Alfia berdiri lalu melangkah ke arah pintu. Baru sahaja dia hendak membuka pintu. Zahin sudah memanggil.

"Where are you going?" soal Zahin pelik.

"Cari Abang Olaf. Tak nak duduk sini. Bosan." jawab Alfia tanpa rasa bersalah.

"Do you know where to find him?" soal Zahin lagi sambil mengangkat kening.

Alfia terus menayangkan senyuman buat Zahin. Dia bergerak mendekati Zahin di meja kerjanya. Lupa pula.

"Abiy call la dia." ujar Alfia sambil menyucuk bahu Zahin.

"Hurmm" pujuknya lagi. Mata dikelip comel buat sang suami.

"Fine." dengus Zahin. Menyesal pula bagitahu Alfia.

"Ambil telefon abiy dalam beg awak." ujarnya kepada Alfia. Sempat dijeling sang isteri yang kelihatan teruja itu.

Alfia dengan pantas terus bergerak untuk mengambil telefon Zahin di dalam beg tangannya. Telefon itu kemudiannya diserahkan kepada Zahin.

Zahin melihat isterinya sekilas sebelum dia menelefon seseorang.

"Hello Assalamualaikum. Kau dekat mana? Datang bilik aku sekejap. Ada orang nak jumpa." ujar Zahin buat orang itu. Kemudian dia menutup panggilan setelah selesai berbual.

"3 minutes. Dia on the way. Pergi duduk dekat sofa sana dulu." kata Zahin kepada Alfia. Telefon diletakkan di atas meja.

"Okey." ujar Alfia teruja.

Beberapa minit kemudian, bilik kerja Zahin diketuk oleh seseorang.

"Masuk." laung Zahin kuat.

Pintu dikuak dari arah luar. Tubuh tegap seorang jejaka yang lengkap beruniform hitam masuk ke dalam bilik itu. Jalur berwarna putih turut melekat di bahagian bahu baju uniform yang dipakainya.

Zahin's [HIATUS]Where stories live. Discover now