🅲🅷🅰🅿 2 ✓

31 1 0
                                    

Usai selesai solat, Alfia Aiyana meletakkan kepalanya di atas riba Zahin.

"Abiy.." panggil Alfia kepada Zahin yang sedang membaca buku. Sekali-sekala, kepalanya turut diusap oleh Zahin.

"Hm.." gumamnya perlahan. Tangan kiri sibuk mengusap kepala isteri sementara sebelah lagi memegang buku.

"Nak ikut awak pergi kerja boleh?" soal Alfia membuatkan pergerakkan tangan Zahin terbantut. Dia ingin berada dekat dengan suaminya sahaja harini.

"Awak tak kerja harini?" Zahin bertanya pula. Selalunya kalau dia ajak Alfia mesti tak jadi sebab ada urusan dengan client bakery miliknya.

Lagipula sepanjang mereka berkahwin, tak pernah lagi Alfia Aiyana menjejakkan kaki di tempat kerja Zahin Qaiser.

"Saya cuti harini. Saya serah hal client dekat Dalila. It's my cheat day." jawab Alfia sambil menatap Zahin dengan pandangan comel.

"Okay." Zahin membenarkan.

"Betul?" soal Alfia teruja. Dia bangun dari baringannya dengan pantas.

Wajah sang suami ditatap teruja.

"Betul ni?" soalnya ingin kepastian.

"Iya sayang. Awak ikut saya harini." ujar Zahin sambil mencuit hidung isterinya. Comel.

"Yes!" sorak Alfia teruja. Dia berdiri untuk menanggalkan kain telekungnya lalu disangkut di dalam almari.

Setelah itu, dia bergerak keluar dari bilik mereka. Sempat dikucup pipi Zahin sebelum dia keluar.

"Saya nak gosok baju dulu." laungnya dari luar membuatkan Zahin Qaiser tersenyum di tempatnya.

"Haihlah isteri." keluhnya sambil tertawa kecil. Kepala turut digeleng melihat tingkah laku si isteri yang mencuit hati.





The Phantom Hotel

Setiap langkah yang diambil oleh pasangan suami isteri itu menarik perhatian tetamu mahupun pekerja hotel tersebut.

Buat tetamu, tak pelik jika mereka memandang ke arah pasangan suami isteri tersebut.

Tetapi, buat para pekerja itu ya. Sebab mereka tak pernah melihat CEO mereka bergandingan dengan mana-mana perempuan kecuali secretarynya. Jadi pemandangan pagi itu amat menarik perhatian pekerja-pekerja hotel itu.

Alfia Aiyana mengeratkan genggaman tangannya dengan Zahin. Dia berasa gugup dengan pandangan yang dilemparkan oleh pekerja-pekerja di situ.

Zahin yang perasan dengan hal itu hanya membiarkan. Dia hanya menayangkan wajah kosong lalu melangkah ke arah lif yang tersorok dari lif yang lain.

Pandangan pelik dari si isteri dihiraukannya.

Kad untuk mengakses lif dikeluarkan dari poket seluarnya kemudian dilalukan di tempat kad itu. Setelah itu, punat lif itu ditekan sebaik lampu hijau menyala.

Ting!

Pintu lif itu terbuka.

Zahin dan Alfia lantas memasuki lif tersebut.

"Lif ni special ke?" soal Alfia sebaik pintu lif itu ditutup.

" Lif ni, saya buat khas untuk kegunaan saya dan orang-orang tertentu sahaja. Termasuk awak." jelas Zahin sambil menekan butang nombor 30.

Alfia di sebelah mengangguk faham.

"Maksudnya, saya ni special la untuk awak?" polos Alfia bertanya.

Zahin's [HIATUS]Where stories live. Discover now