Jam 11 pagi.
Surat Damia yang diberikan oleh Puan Ariana itu masih belum lagi dibuka. Sungguh dia takut untuk membaca surat daripada isterinya itu.
" Okay Rayyan , kalau kau nak tahu apa mia tulis dalam surat tu. Kau kena buka. " Kata Rayyan perlahan. Dia terus mengambil surat itu yang berada di atas meja. Dia membuka surat itu dengan perlahan lahan. Matanya itu sudah mula berkaca.
Assalamualaikum suamiku....
Bila hubby baca surat ni , mia dah takde di sisi hubby. Mia minta maaf. Mia bukan sengaja nak tinggalkan hubby , tapi mia perlukan masa. Jangan risau , mia selamat je dekat sini. Mia tak lari jauh pun hubby. Mia ada je dekat Malaysia ni. Kalau hubby betul betul sayangkan dan cintakan mia , please jangan cari mia. Mia harap , hubby hormat keputusan mia ni. Maafkan mia hubby. Mia terpaksa lakukan semua ni untuk anak kita. Maafkan semua salah silap mia. Halalkan makan minum mia sepanjang mia bersama dengan hubby. Hubby jangan lupa makan tau. Mia taknak hubby sakit. Satu je yang mia nak hubby tahu , mia sayangkan hubby !
Salam sayang ,
Your wifeRayyan sudah pun menangis teresak esak apabila membaca surat daripada isterinya itu.
" Mana sayang pergi ? Siapa yang buat sayang macam ni ? " Tanya Rayyan.
" Hiks , hiks "
" Balik la sayang. I still need you. "
" Ya Allah kau lindungilah isteriku dan anakku walau di mana sahaja mereka berada. Jaga kan lah mereka untukku ya Allah. "
***
Akhirnya Puan Ariana dan Tuan Uwais selamat tiba di negeri Terengganu.
" Kita nak pergi mana ni abang ? " Laju Puan Ariana bertanya.
" Haih tanya abang pulak ? Bukan ke love dah bagitahu dekat mak Anis tu yang kita nak datang harini. " Jawab Tuan Uwais. Kepalanya digelenggkan.
Puan Ariana tersengih.
" Kejap love tengok " kata Puan Ariana yang masih lagi tersengih.
Tuan Uwais hanya menangguk.
Beberapa minit kemudian...
" Love telefon Zayn la suruh dia ambil. " Kata Puan Ariana.
" Tak payah. Biar abang je yang call. " Laju Tuan Uwais membalas.
" Ha yelah. " Puan Ariana menangguk.
5 minit kemudian....
" Tuan , Puan ! " Panggil zayn.
" Ha dah sampai pun " kata Tuan Uwais.
" Minta maaf Tuan , Puan lewat sikit. Jalan jem tadi. " Kata Zayn tersengih.
" Mana ada lewat. Dah cepat ni. Boleh kita pergi ? " Jawab Tuan Uwais.
" Boleh. " Zayn menangguk. Dia terus menangkat bagasi milik majikannya itu.
15 minit kemudian...
" Kita dah sampai tuan , puan " kata Zayn.
Tuan Uwais hanya menangguk.
" Assalamualaikum " kata Tuan Uwais.
" Waalaikumussalam. " Jawab mak Timah.
" Ha sampai pun. Jemput la naik " kata mak Timah.
Tuan Uwais dan Puan Ariana menangguk. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah.
" Siapa ni bonda ? " Laju Anis bertanya. Keningnya diangkat.
YOU ARE READING
𝘊𝘌𝘖 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘔𝘳 𝘗𝘪𝘭𝘰𝘵
RomanceSpin off She's The One. Status : Complete 𝘉𝘖𝘖𝘒 | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya. Seorang lelaki mempunyai perwatakkan dingin dan kacak. Soft spoken dan sweet talker apabila bersama...