11

5.9K 45 3
                                    

Semua benda jadi kucar kacir dalam hidup aku. Balik dari bercuti hari tu, dapat berita kurang baik dari syarikat aku bekerja. Syarikat tu kena kurangkan pekerja dan terpaksa buang orang yang diorang rasa masih boleh survive kalau tak kerja. Maksudnya pekerja perempuan lah yang akan kena buang, yang mana suami pun bekerja tu semua kena buang termasuk yang menulis ni ha.

Aku cerita kat husband aku, dia cakap ʻʻEloklah tu, baby boleh rehat kat rumah. Anak kan dah sekolah, kalau bosan buat bisnes online je. Saya bagi duit poket dua kali gandaʼʼ huh! Husband memang suka aku duduk rumah jadi bibik sepenuh masa.

Aku tak nak, aku dari habis sekolah terus kerja tau cari duit. Masa aku belajar dulu pun aku kerja dengan kedai photostat kat universiti. Aku seronok dapat duit hasil kerja keras aku, husband aku memang bergaji besar dan mampu bagi aku nafkah. Tapi tak syok lah pakai duit orang. Faham kan?

Lunch hour tu aku dengan kawan aku yang akan kena buang ni carilah jawatan kosong dekat dengan mall office. Ye tahu, tempat Ali kerja jugak. Aku tengah fokus ni, dok tengok jawatan kosong bahagian office lah kan. Siap dah bawak dengan resume sekali.

Kitorang jumpa lah jawatan yang sesuai, semua bagi resume macam desperate sangat dah wei. Terus bos situ panggil interview on the spot. Korang boleh bayangkan huru hara hidup kitorang bila bos terus panggil temuduga. 😂 Bila dah selesai, bos situ cakap nanti dia akan call yang layak sahaja. Ni kitorang tawakal je.

Baru ada selera nak makan, baru teringat perut belum diisi lagi. Kami memang dah kebulur time ni, bagi nasi seperiuk boleh habis rasanya. Tapi untuk makan empat orang lah, kitorang bukan pelahap. Lempang kang! Jadi destinasi kami fast food sebelah restoran Ali. Tak padan nak kena berhenti kerja, makan fast food. Mahal lah kan, kalau kedai biasa boleh dapat nasi, sayur dan ikan, lima ringgit.

Yang peliknya, jantung aku tak laju pulak datang sini hari ni. Aku dah boleh lupakan Ali ke? Ke Ali yang dah tak nak dengan aku? Aku duduk menghadap restoran Ali. Tak nampak pun kelibat dia, memang sah dia takde. Cuti lah kot, wife dia pun masih kat sini. Lagi tiga hari baru wife dia balik negara diorang. Haa, biarlah.

Aku dah unblock nombor Ali. Jadi tengah makan sambil gelak terbahak tu, aku call Ali. Aku mengada kan? Konon aku nak beritahu dia yang aku kat mall ni. Lama jugak aku tak tengok muka Ali. Aku takut aku lupa wajah Ali. Sorrylah kalau korang tak puas hati dengan aku. Aku nak Ali tu terus suka kat aku dan inginkan aku. Pernah tak rasa, bila ada orang suka kita dan terkejar-kejar nak dapatkan kita. Rasa diri ni laku lagi kan? Rasa seronok? Macam best kan? Ke perasan cantik? Sila lempang aku.

Oh lupa, aku call Ali tadi kan? Bila dah dering dua kali aku putuskan talian. Konon macam aku tertekan nombor dia lah. Boleh dah terima anugerah pelakon terhebat. Aku check phone, nak tengok dia call aku balik tak? Sadly no.

Mood swings. Aku cakap kat kawan aku ʻʻkorang balik lah office dulu, aku malas nak masuk dah lahʼʼ macam company tu atok aku punya pulak kan. Jangan ikut perangai aku ni tau.

Kawan pun tanya ʻʻKo kenapa, Ana? Tadi bukan main lagi ko mengilai tetiba pulak takde mood. Ko ABC eyh?ʼʼ ABC tu period lah. Baru aku teringat dengan period aku sepatutnya hari ini. Mungkin jugak mood swings sebab nak ABC.

ʻʻAku stress!ʼʼ eyh eyh, terkuat pulak. Tersedak kawan aku dengar suara jantan aku keluar. Nasib baik kawan aku ni takde sakit jantung. Sorry gangs. Aku tinggal diorang yang tengah makan tu. Makanan aku beli pun aku tak sentuh. Aku bawak diri ke tandas, konon nak flashback saat bersama Ali kat tandas tu. Mengada!

Aku duduk kat kerusi tu, waktu kerja memang sunyi sini. Aku cuba tenangkan fikiran. Kenapa lah aki perlu rasa cemburu dengan wife Ali? Dia kan wife, memang lah Ali perlu berikan dia perhatian lebih. Bukan beri perhatian kat aku, aku siapa? Muka tak malu. Aku pejam mata, dan berharap bila aku bukak mata nanti semua akan ok. Phone aku berdering.

Ali yang call aku, jantung aku laju balik. Apa yang kau buat kat aku ni mamat foreigner?

ʻʻAre you okay? Iʼm sorryʼʼ suara dia risau. Kesian kat dia tau, dia call aku kena sembunyi tak nak wife dia perasan. Sehari sekali je dia call, itu pun masa aku kat office. Dia akan cari masa antara itu untuk call aku. Kalau aku dh balik rumah aku block number dia. Mampus lah dia dial nombor aku, memang tak akan masuk.

ʻʻIʼm here, at mall. Can you come?ʼʼ hoi minah ni mengadanya. Sila pupus perempuan macam ni. Aku tahu wife dia ada, tapi aku nak jugak dia datang sini jumpa aku. Apa kena dengan aku ni?

ʻʻLike now? You know I canʼtʼʼ Ali pernah beritahu aku yang dia belajar english. Wife dia pun tegur dia dah pandai bahasa english sikit.

ʻʻYes! Or you will never see me again. I'll change my number after thisʼʼ

ʻʻNo you wonʼtʼʼ

ʻʻYes I willʼʼ

ʻʻI'll come. Give me 10 minutesʼʼ

Haa... Boleh pun, tak kesah lah wife dia ada ke tak. Kalau aku cakap dia kena datang jumpa aku, dia kena jumpa jugak. Yes! Aku berjaya pisahkan dia dengan wife dia sekejap hari ni. Hati aku berdebar lagi tau, aku tak reply pun whatsapp husband aku. Yang aku tahu sekarang nak jumpa Ali dulu. Husband balik nanti boleh jumpa. Gampang punya perangai.

Kurang dari 10 minit, Ali dah ada depan aku. Aku tak tahu dia tinggal dekat mana, aku tak kesah pun jauh ke dekat tempat tinggal dia. Sekarang dia dah sampai, aku nak buat apa lagi? Aku membatukan diri, tak bercakap dengan dia.

Dia pegang tangan aku, aku tepis. Aku berpeluk tubuh, tak nak bagi dia pegang tangan aku konon. Apa yang aku nak dari Ali ni sebenarnya? Aku pandang dia tepat kat mata, lepas tu aku melangkah pergi dari situ. Baru dia langkah terus dia peluk aku. Macam dia buat anak dia peluk yang pegang kepala tu lah. Bila dia peluk baru aku rasa lega. Ooh yes, this is what I want from you. Dia bawak aku ke kereta dia untuk bercakap lah. Sesi dialog.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now