Bab Satu 🦋

13.7K 282 6
                                    

Penat rasanya.Lagi penat apabila nak pikir tentang result exam.Hah entah berapa A lah agaknya eh.AERYN terdiam membisu apabila memikirkan tentang exam tu.Tengah sedap si gadis melamun tiba-tiba bahu Aeryn dipukul kuat.Dia punya kuat tu tak boleh bawa bincang.

Aeryn terkejut akan pukulan dibahunya yang sangat tiba-tiba lalu ia menoleh tangannya bersiap akan meninju pelaku yang memukulnya.

"Wohh,tenang rileks!" Ucap AEDINA,kakak beza dua tahun dengan Eryn .Dina menurunkan tangan Eryn dan duduk disebelah adiknya.Eryn sudah menjeling kakaknya lalu kembali termenung.

"Kau buat apa? termenung je." Eryn menggeleng dan hanya termenung.Tidak mendapatkan jawaban yang dia mahu, Dina sedikit berdiri dan "Bu! Anak ibu ni termenung bu! dia pikir pakwe dia bu!" Jerit Dina lalu dia berdiri dan bersiap akan berlari.Tangan Dina juga telah mencapai gagang pintu.

"Bapak kau lah!" Jerit Eryn apabila tangannya tidak berhasil mencapai Dina yang sudah lari dulu.Kakak nya itu tahu bagaimana amukan Eryn.Wuish,rasanya nak buat Dina mengacau Eryn berkali-kali.

"Bapak aku bapak kau jugak! HAHAHA" Dina sedikit menunjukkan kepala nya dari sebalik pintu kerana ia tahu Eryn takkan keluar dari bilik walau apapun yang berlaku.Dina terkejut apabila Eryn mendekati nya dan hampir menangkap diri nya jika ia tidak segera menarik kepalanya. Kalau tak,hah gugurlah rambut kesayangan dia ni kene tarik ngan Eryn

"Kau anak pungut!" Jerit Eryn kerana kesal apabila ia tidak berjaya menarik rambut kakaknya."Kau pun! hohoho!" Dina menari kesenangan apabila berjaya membuat Eryn marah dengan kelakuannya.

"Ibu!! tengok lah Dina nih!" Jerit Eryn sembari tangannya bergerak membaling bantal kepada Dina yang berhasil mengelak.Dah hafal dah si Dina dengan Eryn bila marah."Ibu tengok je! elolololo!" Amarah Eryn makin dipuncak apabila Dina mengeluarkan lidahnya mengejek Eryn.Happy betul Dina bila tengok Eryn marah.

"Dina,sudah lah kacau adikmu tu" Jerit Julia, Ibu kepada Dina dan Eryn. Puan Julia menjerit dari dapur. Dina makin tergelak apabila ia hanya ditegur. Puas betul Dina. "Bu tengoklah dia ni bu. Gelak pulak kau!" Dina sampai terjatuh memegang perutnya kerana sakit perut sebab banyak sangat gelak.

"Kakak Dina. Dia tu kakak kamu!" Jerit Puan Julia lagi apabila mendengar jeritan Eryn yang tengah geram. Makin geram si Eryn apabila Puan Julia malah memarahinya kerana tidak memanggil sebutan 'kakak' . Dina malah tergolek-golek kat lantai sebab gelak.Sampai dah takde suara dah Dina bila gelak.

"Kau..HAHA kau kene faham. Aku ni anak kesayangan HAHAHAHA!" Dina bangun dari tergoleknya dan berlari ke tangga pergi ke bilik tidurnya apabila puas mengejek adiknya.Eryn baling bantal walaupun tidak kena kerana Dina berhasil lari dulu. "Ibu! tengoklah Dina niii!" Ucap Eryn sembari berjalan pergi kedapur. "Ryn,kamu marahpun kene hormat kakak kamu. Lagi tua kan" Eryn merasa jengkel sebab mak dia ni asyik-asyik bela dak Dina tu. Hormat konon. Beza dua tahun je kot!

Dina menari senang sambil berjalan ke biliknya. "Senangnya dalam hati! Bila mak kau backup kau! Erynn~ always lonelyy" Dina menggoyangkan pinggulnya kekanan lalu kekiri. Tak ingat umur betul Dina ni. Dina membuka pintu biliknya lalu masuk kedalam.

Tangannya mencapai suis lampu dan membuka lampu lalu mencapai suis kipas. Selesai melakukannya, Dina duduk di katil dan mengambil telefon bimbitnya.Ia membuka aplibkasi 'TikTok' dan mencari video ayangnya.

"OMOOOO! WHYYY U SO CUTE BABI- eh baby." Dina menepuk mulutnya sendiri dan sambung melihat video HOSHI ,yang sedang sibuk menghoranghae kan fans dia. Aedina Amaeldyia, gadis berumur 17 tahun yang meminati group boyband SEVENTEEN . Walau umurnya 17 tahun tapi perangai Dina betul-betul macam bias dia. Langka betul.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now