Bab Dua 🦋

6K 206 1
                                    

PUAN HAZLIN bengang melihat tingkah anaknya yang semakin mengada-ada . Susah sangat nak atur anak bongsu sorang ni. Ada aje masalah dibuat nya.

"Apalagi yang kau buat kat sekolah tu,Rayyan?" Menggantikan ibunda nya , REN bertanya dan menatap dalam pupil mata adik nya.

Rayyan mendiamkan diri. Macam lah tak kenal Rayyan. Perangai yang nakal. Nakal dia bukan main. Selalu aje ada masalah disiplin yang dibuat Rayyan. Ponteng lah , merokok lah , rambut panjang lah , bergaduh lah. Banyak betul.

"Kalau awak cakap macam tu dengan adik awak ni. Dia takkan ambil peduli pun lah!" Kata PUAN ANALIKA . Berang Puan Analika dibuat nya apabila mendapat kabar bahawa anak nya dipukul oleh Rayyan. Rasa nak ketuk kepala Rayyan ni.

"Panggil papa. Biar papa sendiri yang uruskan budak ni" Balas Puan Hazlin kepada Ren. Lantas kata nya dituruti dan Ren masuk kedalam rumah mencari ayahnya.

"Maafkan anak saya. Dia kurang berpendidikan sampai selalu buat masalah. Maafkan anak saya" Puan Hazlin membongkok meminta maaf. Bersamaan ia memegang tangan Rayyan dan memaksa Rayyan untuk membongkok juga. Disebelah Puan Analika ada HAZEQ , kononnya mangsa buli Rayyan.

Rayyan menjeling Hazeq apabila bertembung mata. Talam dua. Kutuk Rayyan dalam hati. Senang hati dia reka cerita macam tu je.

"Maa.. dia.. jeling" Kata Hazeq mengadu pada Puan Analika dengan nada manja serta takut yang dibuat-buat. Rayyan makin menjeling Hazeq. Pengadu betul. Jantan ke betina? Kutuk Rayyan lagi dalam hati.

Puan Analika memberi lirikan sinis pada Rayyan yang datar saja muka nya. Rayyan makin berang apabila Hazeq membisikkan sesuatu pada Puan Analika yang pasti itu bukan benda baik untuknya.

"Anak saya sampai takut nak pergi sekolah sebab awak tau! Pindah sekolah je lah!" Bentak Puan Analika apabila amarahnya dikemuncak selepas dibisik oleh Hazeq. Entah apa yang dibisik lelaki itu.

"Puan,anak saya yang bersalah. Maafkan lah anak saya! maafkan Rayyan ye,Hazeq?" Puan Hazlin sampai melutut meminta maaf mewakili Rayyan yang enggan. Melihat ibunda nya bersungguh meminta maaf, Rayyan acuh tak acuh. Sekali ia tegaskan, Hazeq yang bersalah dalam hal ini!

Mereka patutnya dengar dari pihak lainnya. Bukan satu pihak je! Memang buruklah nama pihak satu lagi. Ni lepas dengar pengaduan bodoh Hazeq dah naik pitam? Tua pun bodoh. Kutuk Rayyan lagi. Yang bermasuk untuk ibundanya juga . Fikir buat macamtu Rayyan luluh ah?

Nanti masa dorang balik ha kene kurung lah dia dalam bilik. Pastu kena maki. Pikir tak hafal lah tu. Rayyan memandang tempat lain apabila Puan Hazlin menarik bajunya.

"Tapi..Rayyan macam tak sudi je!" Kata Hazeq sedikit menaikkan nada suaranya.

BUGH!

"BODOH PERGI MATI!" Rayyan yang sudah tiada kesabaran lagi langsung menumbuk Hazeq hingga lelaki itu tersungkur dan memaki hamun Hazeq.

"RAYYAN!" Bentak Puan Hazlin terkejut akan keganasan Rayyan yang tiba-tiba. Ren baru saja tiba dengan papa nya.

Ren selaku abang langsung menarik adiknya dan menahan Rayyan untuk tidak belasah Hazeq lagi.

"Otak tak boleh fikir ke orang tua?!  anak dengan mak sama je! SAMA SAMA BODOH! PUAKA!" Tengking Rayyan memberontak dalam tahanan Ren. Tangannya gatal ingin menumbuk anak mak ni.

Plak!

TUAN HAZMAN menampar pipi Rayyan apabila Rayyan berkata kurang ajar pada Hazeq dan Puan Analika. "Who teach you say like that , Rayyan Zhaffrey?!" Marah Tuan Hazman menengking anak bongsu nya. Makin teruk perangai Rayyan ni.

Rayyan ketawa kecil apabila ditampar begitu kuat hingga hujung bibirnya sedikit berdarah. Puan Hazlin terkejut hingga memegang muka Rayyan.

Rayyan dengan cepat mengelak dari ibunda nya menyentuh diri nya. Dia juga berhasil melepaskan diri dari Ren dan menjarak kan diri. Hazeq dan Puan Analika masih disana.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now