Bab Sepuluh 🦋

3.3K 120 2
                                    

"Julia! Awak sedar tak ni? kenapa? kenapa buat macam tu?"

Puan Hazlin membentak. Wajah nya memerah dan tangan nya digenggam hingga menjadi penumbuk. Rasa amarah nya memuncak apabila Julia pulang ke rumah dan beritahu siapa gadis yang Puan Hazlin lihat.

Dina, Eryn juga Eman disuruh naik dan Puan Julia juga Puan Hazlin berbicara empat mata didalam sebuah bilik.

"Ju.. Ju tiada pilihan.."

"Ju.. sayangkan anak Ju.. sangat-sangat.."

"Sayang? kenapa buang budak tu?!"

Puan Hazlin makin berang. Sayang? apa yang Julia merepek kan sekarang ni. Sanggup dia..

"Tak! Ju tak buang! cuma.."

"Cuma apa, Julia?!"

Suara Puan Hazlin bergema didalam bilik. Puan Julia makin terdesak. Dia tak tahu kena bagi alasan apa. Semua alasan yang dia fikirkan.. semuanya tak munasabah.

"Julia, budak tu masih anak Ju. Masih darah daging Ju."

"Dia cacat pun.. masih anak Ju. Perlu ke.. buang budak tu? Perlu, ke?!"

Julia menunduk. Dia diam tak membela diri. Perbuatan nya memang gila. Dia juga menyesal apa yang dia buat.

"Kenapa? Ju kata Ju sayang. Kenapa buang budak tu? Masa tu.. budak tu 5 tahun! entah masih hidup ke tak.."

"Budak tu.. tak tahu apa-apa masa tu. Berani Ju.."

"Ju yakin masih hidup. Ju sayang.. Ju tak nak Dina.. Eryn.. Eman.. tahu tentang budak tu.. Ju takut.. Deena diolokkan, diejek.."

"Julia, Deena tu kakak kembar Dina. Tak baik pisahkan kembar Ju.. dah berapa tahun? bertahun-tahun mereka berpisah. Dina tak tahu dia ada kakak kembar. Dan, Deena tak tahu adik dia akan kahwin."

"Mungkin, Deena juga tak tahu ada adik kembar."

Julia terduduk di sofa mendengar perkataan Hazlin. Dada nya sakit. Ditepuk-tepuk dadanya. Dia tak peduli. Rasa sakit yang dia rasakan tak sebesar rasa sakit Deena rasakan.

Adeena Amaeldyia. Kembar kepada Aedina Amaeldyia. Mereka berbeza 5 menit. Walau kembar, tentu ada perbezaan. Dan perbezaan antara kedua nya terlalu besar hingga dipisahkan.

Deena, si gadis cacat. Deena tak boleh bercakap walau dia berumur 5 tahun saat itu. Tak boleh berjalan dengan sempurna. Deena dijuluki OKU.

Kata doktor, Deena boleh dirawat namun mengambil masa. Tapi , Julia berputus asa begitu awal. Adeena dibuang oleh ibunya. Adeena dihantar ke hospital sakit jiwa dan dia berbohong kepada Adeena yang dia akan kembali.

Julia tak nak Dina dan anaknya yang lain terjangkit atau bergaul dengan Deena. Kata lain, Julia inginkan anak yang sempurna. Bukan cacat seperti Deena.

Kebenaran itu dia sembunyikan dan tak berani dia ungkapkan. Julia berharap Deena kekal hidup walau Julia membuang anak itu.

"Adeena Amaeldyia. Tentu dia dah besar. Anak ibu yang paling comel.. mesti dah besar.."  Air mata Julia menetes. Julia menunduk dan mula menangis. Hazlin hanya melihat dan menghembus nafas kasar.

"Entah hidup ke tak. Salah kau Julia. Budak tu boleh dirawat dan jadi anak normal. Kenapa kau putus asa awal sangat?"

"Kenapa aku putus asa waktu tu. Lin tak fikir perasaan Ju? Lin tak tahu perasaan seorang ibu bila dapat tahu anak dia cacat?!"

"Perlu ke seorang ibu buang anak sendiri? Dia kembar Aedina! Adik kepada Aeman dan kakak kepada Aeryn! mereka boleh bahagia kalau Ju tak putus asa. Deena boleh tengok Dina kahwin kalau Ju tak putus asa!"

"Deena boleh tengok abang dia bertunang kalau Ju tak putus asa. Tapi, Ju.. putus asa."

Julia berdiri dari terduduk nya. Wanita itu melangkah ke sebuah almari yang terdapat di hujung ruangan. Almari itu berhabuk seolah tidak pernah disentuh atau dibersihkan.

Julia membuka almari itu. Banyak bingkai diisi dengan gambar seorang bayi didalam almari. Ada dua orang bayi dengan wajah sama saling berpelukan dan tertawa riang.

Satu bingkai dikeluarkan. Bayi didalam gambar tidak tertawa. Hanya duduk diam dan merenung. Julia memandang gambar itu dengan mata bengkak nya.

Wajah bayi itu diusap lalu bingkai tersebut dibawa ke pelukan Julia. Dalam hitungan detik, Julia kembali menangis. Kali ini lebih tersedu dan kuat dari sebelumnya.

Hazlin melihat gambar bayi-bayi itu. Tentu itu keempat anak Julia yang masih kecil. Namun , Hazlin yakini gambar Adeena hanya satu. Iaitu, yang sedang dipeluk oleh Julia sekarang.

"Ibu minta maaf.."

"Ibu hilang akal..ibu nak kan yang sempurna. Ibu sayang Adeena. Sayang sangat. Tapi, cara sayang ibu lain.."

"Maafkan ibu, Adeena Amaeldyia. Gadis kecil ibu.."

Hazlin menepuk punggung Julia. Dia diam tak bersuara. Dia juga kecewa. Hazlin kawan rapat kepada Julia. Dia kecewa kerana kawan nya seperti itu. Tak pernah, dia sangka kan.. Julia akan berbuat keterlaluan seperti itu.

"Ju.. cuba cari balik Adeena. Selepas 7 tahun, Ju cari balik. Kerana, Dina nampak gambar Adeena. Ju nak mereka saling kenal. Tapi, Adeena tiada di hospital yang Ju hantar dia masa kecil."

Kata Julia selepas dia berdiam diri dan menangis. Hazlin mendengar dengan seksama dan memberi Julia meneruskan nya.

"Nurse kat sana cakap, Adeena dah diambil. Dia kata, seorang perempuan mengaku yang Adeena itu anak dia. Dan, Adeena dibawa balik."

"Julia marah. Ju mengaku yang Ju ibu kandung Adeena. Tapi mereka cakap, perempuan itu ada sijil lahir dan pelbagai nya yang milik Adeena."

"Akhirnya, Ju pulang dengan tangan kosong. Ya, sijil lahir Adeena yang Ju simpan.. hilang. Ju.."

Ucapan Julia berhenti seketika. Dia menarik nafas dan menahan air mata yang memaksa keluar.

"Ju.. tak dapat buktikan.. yang Ju ni ibu kandung Adeena."

Lagi sekali, air mata Julia keluar dengan deras dan Julia menangis dengan tersedu-sedu. Hazlin menarik Julia ke pelukan nya dan memeluk Julia. Menenangkan Julia dan menepuk punggung Julia.

"Shh, Ju masih boleh cari. Cari Adeena di seluruh Malaysia. Disetiap sekolah Menengah, cari nama Adeena."

"Tapi, Adeena dah habis sekolah. Aedina juga dah habis.." Kata Julia dengan nada amat perlahan. Untungnya Hazlin tidak pekak dan dengar apa yang dikatakan Julia.

"Hazlin tahu. Tapi, itu satu satu nya petunjuk untuk temukan Adeena. Julia, tebus kesalahan Ju dan minta maaf kepada Adeena."

Julia mengangguk dipelukan Hazlin. Hazlin mengusap pipi Julia dan mengelap air mata Hazlin sebelum berkata lagi.

"Jangan disebabkan kita seorang ibu, kita tak perlu minta maaf. Ya, malu. Tapi, kita kena fikirkan perasaan anak kita. Hazlin kena macam tu, Julia pun kena."

"Julia, tak semua anak kuat. Tapi, Adeena kuat. Dia tetap bertahan tujuh tahun dan menunggu Julia ambil dia. Adeena mesti percaya perempuan tu ibu dia. Sebab apa? sebab janji palsu Julia."

"Jadi tolong, jangan buat perkara sama lagi. Terima anak Julia seadanya. Tak kisah dia OKU ke normal ke , terima anak Julia. Jangan macam ni."

"Allah takkan maafkan kita kalau kita buat macam tu."

Dengan nasihat dari Hazlin, Julia makin merasa bersalah dan mengangguk cepat. Tertanam di hatinya untuk menemukan Adeena. Sebelum perkahwinan Aedina dan Ryu.

Julia akan pastikan Aedina dan Adeena berkenalan dan mengetahui satu sama lain dahulu. Julia akan pastikan Adeena melihat perkahwinan adik nya.

Walaupun telah meninggal, Julia tetap akan lakukan. Dengan nama Allah, Julia berjanji.

Takkan Julia lupakan atau mungkiri.

Ya Allah , jikalau hamba lupa akan janji hamba. Hukumlah hamba dengan seberat manapun ujian. Hamba menerima nya selapang dada dan mengharungi nya tanpa rengutan.

Berdoa lah Julia. Janji nya dipegang oleh Allah. Akan Julia tepati. Kali ini, bukan janji palsu.

"Julia akan bawa Adeena balik. Itu janji Julia."

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now