Bab Empat 🦋

3.8K 163 9
                                    

Angin dingin menyapa kulit putih Dina yang terbaring lemah di katilnya. Disekeliling katilnya banyak orang yang mengelilingi dirinya.

Puan Julia , duduk memegang tangan Dina. "Yakin ke? anak awak sakit kan?" Ujar wanita paruh baya yang tak jauh dari Puan Julia.

Puan Julia menoleh kepada wanita itu. "Company Julia.. atau Dina? .. Julia tak tahulah , Hazlin. Serabut betul" Kata Julia masih memandang wajah pucat Julia.

PUAN HAZLIN menghela nafas. Ia mengelus punggung Puan Julia memberi semangat kepada kawan lamanya itu.

"Kalau Dina sakit sangat, kita batalkan je. Hazlin tahu siapa yang boleh tolong company Julia tu selain Hazlin."

Puan Julia menoleh pada Puan Hazlin dan kelihatan berfikir. Company Puan Julia hampir bangkrup tapi anak dia pulak macam ni..

Puan Julia menggeleng. Entah apa yang difikir wanita itu.Puan Hazlin menghela nafas dan memandang suaminya seketika. Anak mereka duduk di sofa memerhatikan sekeliling.

"Kita bincang kat luar. Biarkan Dina rehat dulu" Candang Tuan Nazmi lalu disetujui semua orang. Puan Hazlin dan Tuan Hazman menyuruh anak mereka untuk tetap disana menjaga Dina.

Ryu,anak sulung hanya mengangguk dan memainkan handphone nya lagi.

Puan Julia dan Puan Hazlin keluar dari bilik begitu juga suami mereka. Ryu ditinggalkan di bilik Dina untuk menjaga jika Dina terbangun.

Ryu bangun dari duduknya dan menghampiri katil Dina. Dikerusi sebelah katil Ryu duduki. Matanya lekat memandang wajah pucat Dina. "Jumpa lagi" Kata Ryu singkat. Mengingat bahawa ia pernah bertemu Dina sebelumnya tanpa sengaja.

Ryu diam saja tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Makin lama makin membosankan. Terlalu bosan, Ryu bangun dan mula melihat-lihat bilik Dina. Ia pergi ke meja belajar Dina. Ada rak buku,ada highlighter dan banyak lagi. Ryu tak sengaja melirik ke kotak besar di atas meja belajar Dina.

Ehem.

Buat pengetahuan Ryu tak macam tu ye. Takyah nak berharap Ryu akan ambil dan tengok dalamnya.

Tangan Ryu langsung mencapai kotak itu kerana rasa ingin tahu. Ryu menoleh memandang Dina seketika. Merasa baik-baik saja, Ryu sedikit menggoncangkan kotak kayu tersebut.

TUK TUK!

Bunyi seperti sesuatu bertabrakan terdengar. Ryu makin nak tahu. Hm..

Kepo lah Ryu ni.

Ryu memegang besi kayu itu. Jika ia tarik maka kotak kayu akan terbuka. Jap..

kenapa gugup lak ni? pertanda ada bom ke ni?

Ryu menarik besi itu dan kotak itu terbuka dengan cepat. Banyak isi didalam kotak itu. Gambar,buku,keychain dan banyak lagi.

Sebuah gambar dipegangnya. 12 lelaki didalam gambar itu. Kedua belas nya tersenyum melambai didalam gambar. Ryu berkerut. Sape pulak ni?

Jap..

Pakwe Dina ke? BANYAK NYE?!

Jap jap ade lagi..

Ni 7 orang..

Ni 8 orang..

Ni 5 orang..

Ni 13 orang..

Yang ni..

1 , 2 , 3 ,4 , 5 , 6..

23?!

BUAYA BETINA KE?!

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now