Bab Lima 🦋

3.8K 156 4
                                    

Puan Julia kesana kesini kerana terlalu bahagia. Puan Julia pasti yang Dina akan terima perjodohan ini. Sebab apa?

Sebab muka Ryu lah! Puan Julia tahu kalau anaknya ingin sangat menyukai SEVENTEEN maka ia menggunakan muka Ryu untuk buat Dina menyetujui perjodohan yang sungguh tiba-tiba.

Puan Julia awalnya terkejut apabila melihat muka Ryu yang hampir serupa dengan salah satu anggota boyband SEVENTEEN. Maka ia berusaha keras untuk mendapatkan perhatian keluarga Ryu dan berjaya!

Bukan serupa, cuma ada iras lahh.

Setidaknya dia ada menantu yang handsome nak mampos! Hore!

Sebenarnya, Puan Julia boleh saja menguruskan perusahaan nya yang hampir bangkrut tapi selepas melihat anak Puan Hazlin yang handsome semacam sampai muka pun hampir sama dengan kpop kpop tu kan , ha Puan Julia mula lah ada rancangan menjodohkan anak keduanya, Dina .

Berani ke Dina tolak calon suami yang macam Ryu? Puan Julia yang sebagai ibunya pun berani bertaruh yang Dina akan menerimanya. Hehe..

Puan Hazlin sampai pening tengok Puan Julia yang hulur-hilir. Apalagi Tuan Nazmi yang penat menegur isteri tercintanya ini.

"Duduklah dulu,Julia. Pening kepala Lin tengok Ju kesana kesini tau" Kata Puan Hazlin. Puan Julia hanya tersenyum dan duduk disebelah Tuan Nazmi.

Tiba-tiba , "IBU OH IBU!" Aduh, siapa lah yang panggil Puan Julia ni?

"Ha ibu kat ruang tamu!"

Usai saja Puan Julia berkata seperti itu,Eryn datang kesana dengan membawa tablet.

"Kenapa?" Bingung Puan Julia apabila Eryn turun dan membawa tablet .

"Nenek call" Ujar Eryn menunjuk muka Ibu kepada Puan Julia disana. Sedang bervideo call. Puan Julia tersenyum lalu ia bangun dan mendekat ke Eryn.

Tablet Eryn diambilnya dan disapalah ibu Puan Julia itu. "Ah bu. Kenapa bu call ni?" Tanya Puan Julia memandang muka ibunya di tablet itu.

"Aik? bukan anak Lia ke yang call ibu?" Dengar saja itu, Puan Julia memandang Eryn. Eryn lantas menggeleng dan menunjukkan dahinya. Bermakna ibu Puan julia lupa bahawa ibu nya lah yang telefon dahulu.

Ibu Puan Julia mengidap amnesia jadi macam tu lah. Kalau tak faham amnesia tu ape boleh search google.

"Iya lah. Ibu ada nak apa-apa ke?" Tanya Puan Julia lagi. Ibunya yaitu , NEK MIRALA .

Sebab dah ada cucu panggil Nek jelah.

Nek Mira membuat muka berfikir dengan jari didagu. Puan Julia menggeleng dan menunggu jawaban ibunya.

"Aha! Tak ada yang penting pun. Bila nak balik rumah? rindu ibu dengan cucu-cucu ibu tu" Ujar Nek Mira selepas diam beberapa saat.

Puan Julia hanya tersenyum dan mengangkat kedua bahunya menandakan tidak tahu lagi. "Belum fikir lagi bu. Nanti kalau Lia dah tak busy sangat. Lia datanglah jenguk ibu" Kata Puan Julia masih dengan senyum dibibirnya. Nek Mira mengangguk disemberang sana dan membuat tangan okay.

"Hm, Ibu tengok Aeryn saja . Mana Eman dengan Dina? Cucu kebanggaan nenek mana?" Puan Julia tertawa kecil mendengar cucu kebanggaan. Hayya..

"Biasalah bu budak sekarang. Dalam bilik lah. Tidur makan tidur makan. Itu aje yang dibuatnye haha" Kata Puan Julia lagi. Nek Mira mengangguk lagi. Puan Julia memandang Aeryn dan mengembalikan tablet itu kepada pemiliknya.

"Ibu ada kerja nek. Eryn tutup call eh" Ujar Eryn . Jarinya sudah bersedia menekan tombol merah. Nek Mira mengangguk dan panggilan itu terputus sepihak kerana Eryn menutupnya lebih dahulu.

Aeryn langsung pergi tanpa berkata apa-apa. Budak zaman sekarang ckck.

Puan Julia menoleh kepada Puan Hazlin yang sedang berborak dengan suaminya. Puan Hazlin juga ikut menoleh menyadari bahawa Puan Julia memandangnya.

"Ah. Jadi, perkhawinan ini tetap dijalankan?" Puan Julia mengangguk sebagai jawaban pada soalan Puan Hazlin. "Tak apa ke? lagipun masa depan Dina mungkin akan terjejas" Ragu Puan Hazlin. Kalau ia yang jadi ibu Dina mungkin ia tidak akan menjodohkan anaknya dengan anak orang lain.

Dina masih muda. Banyak hal yang masih boleh dilakukan di masa mudanya. Sambung belajar dan sebagainya. Ryu, anaknya pula sudah dewasa dan memegang sebuah perusahaan jadi Puan Hazlin tidak terlalu risau. Tapi Dina? bahkan umurnya masih 18. Akan genap 4 bulan akan datang.

Puan Hazlin yang risau akan Dina pulak dah. Hayo..

"Dina akan faham. Ju kenal anak Ju. Walaupun degil, Dina tak pernah buat Ju kecewa. Apalagi pernah tolak permintaan Ju. Tak pernah. Ju yakin" Puan Julia tersenyum dengan penuh keyakinan. Malah Puan Hazlin yang merasa ragu.

"Ryu, telefon dua adik kamu datang sini. Mereka berdua perlu tahu" Ryu mengangguk dan mencari handphone yang ia letakkan di kocek.

Puan Hazlin melihat Ryu yang berjalan menjauh sembari jari nya lincah mengetik nama kedua adiknya.

Puan Julia pula sibuk berbual dengan suaminya. Mungkin sedang terbayang akan Dina yang menerima perjodohan ini. Boleh saja Puan Hazlin membatalkan tapi entah kenapa Ryu malah setuju saja. Padahal yang akan jadi isteri nya masih anak muda berumur belasan.

"Begini sajalah. Kami sekeluarga akan pulang dahulu. Anak kami yang lain mesti taknak datang. Mesti malas punya" Kata Puan Hazlin kepada Puan Julia selepas berdiam diri beberapa saat. Ryu juga baru datang kesana dan mengatakan bahawa adiknya suruh pulang saja. Malas katanya.

Puan Julia melirik suaminya lalu mengangguk. "Kalau begitu , baiklah" Puan Julia berdiri disusul lainnya.

Tangan Puan Julia dan Puan Hazlin bersatu dan bersalaman. Ryu sekadar membungkuk. Matanya melirik sebentar kearah tangga.

Puan Julia menghantar Puan Hazlin dan suaminya keluar dari rumah. Ryu sudah keluar dulu. Untuk menghidupkan kereta mereka.

"Jumpa lagi ye Ju" Ujar Puan Hazlin melambai kearah Puan Julia dan disambut baik oleh Puan Julia.

Puan Hazlin masuk kekereta. Kereta itu dipandu oleh Ryu. Kedua orang tuanya di kerusi belakang dan Ryu yang memandu.Sebaik saja Puan Hazlin pergi , Puan Julia segera menutup pagar dan pintu rumah.

MATCHED LOVE [REST]Kde žijí příběhy. Začni objevovat