TSH #2013

49 2 0
                                    

FARIS menyangkut kot makmalnya pada lengan kiri sebelum menggalas beg biru di belakang tubuh. Sempat dia pamit dengan beberapa orang kawannya yang masih berbual berkenaan tugasan mereka. Dia meninggalkan makmal yang digunakan untuk kelas terakhirnya untuk hari ini dan menyusun langkah di koridor bangunan sambil beberapa kali mengerling jam tangan. Dari tingkat tiga bangunan, dia tiba di tingkat paling bawah. Destinasinya adalah taman utama kampus tapi terhalang apabila ditahan seorang gadis muda berbaju kurung pahang warna merah.

Gadis cantik. Agak tinggi, sedikit berisi, berwajah mirip kacukan arab. Melihat kemunculan gadis itu, Faris sekadar angkat kedua-dua kening. Senyum nipis yang terlihat ikhlas terpamer di wajah meski dia tidak mengenali gadis di depannya tika ini.

   "Nama saya Adawiyah," ucap gadis itu sedikit gugup. Jelas kelihatan dia telah mengumpul segala semangat untuk berkata sebaris ayat itu.

Faris angguk, masih tersenyum. "Saya Faris."

Adawiyah yang sudah merah padam kulit muka, memberanikan diri untuk bertentang mata. "Saya tahu. Kita... satu kumpulan tahun lepas."

   "Hmh?" Seperti biasa, kedua-kedua kening Faris terangkat apabila ada sesuatu yang tidak jelas padanya.

   "Minggu orientasi tahun lepas. Kita... satu kumpulan."

   "Oh. Iya? Maaf. Maaf, Adawiyah. Saya tak perasan."

   "Eh Tak apa. Erm... saya sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu awak."

   "Bagitahu... apa tu?" Faris buat-buat tidak mengerti walau sebenarnya dia sudah dapat membaca niat Adawiyah. Lengan yang membawa kot makmal dia alih ke belakang. Satu lagi tangan memegang kemas dua buah buku tebal. Dia diam memberi masa Adawiyah membina kata.

Adawiyah ambil masa dalam beberapa minit. Bahkan dia berhasil menggenggam semangat yang dikumpul kerana Faris terlihat sabar menanti bicaranya. Jadi akhirnya dia tarik nafas dalam. Memandan ke dalam anak mata Faris.

   "Faris. Saya... saya sukakan awak. Tapi! Tapi... saya tak berniat nak paksa awak sukakan saya atau nak buat awak terima perasaan saya. Saya just nak luahkan perasaan saya sebab saya tak tahu sampai bila saya boleh pendam rasa hati saya sendiri. At least, saya akan dapat dengar jawapan awak harini," luahnya jelas dan laju.

Fuh. Nafas lega dia hela sejurus luahan panjang lebar itu. Seakan terlepas dua bongkah batu besar dari bahu. Sekarang cuma ada debaran baru dalam dada. Debaran menanti jawapan. Dilihat Faris cuma mendiamkan diri. Tiada riak marah, jengkel mahupun terkejut. Sukar untuk dia baca.

   "Mm." Faris mengangguk bersama senyuman. "Terima kasih sebab sudi suka saya walaupun saya sendiri tak tahu apa yang awak nampak pada saya."

Dia melepas tawa kecil. Tangan yang memegang buku, dia sentuh belakang kepala sekali. Jujurnya dia malu. Ini 'confession' pertamanya secara empat mata begini. Sebelum ini dia cuma menerima surat layang.

   "Saya berterima kasih tapi saya tak dapat terima perasaan awak. Saya minta maaf."

   "Tak tak tak. Awak tak perlu minta maaf, Faris." Laju Adawiyah yang berambut keriting separas pinggang itu menghayun-hayun dua tangannya. "Saya dah dengar jawapan awak and saya bersyukur sebab awak tak marah saya."

   "Eh. Nak marah kenapa? Ada ke orang marah di-confess?"

Adawiyah ketawa lucu. Mengiakan logika Faris.

Melihat reaksi Adawiyah yang tidak lagi gementar, Faris pun ikutan senyum. "Tak ada sebab saya nak marah. Awak jangan salah faham, Adawiyah. Saya tak boleh terima perasaan awak bukan sebab kekurangan. Walaupun saya tak kenal awak tapi saya dapat rasa awak seorang yang baik. Saya yakin awak akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik daripada saya."

Tanya Sama Hati (slow update)Where stories live. Discover now