DSAS 1

305 9 0
                                    


1: RUMAH TOK ZAHRA- MALAM

Suraya mengambil alat kawalan jauh TV dan terus menekan butang off. Sebal. Perasaannya ketika itu. Laju sahaja dia bangun dari kerusi rotan dan melangkah ke dapur.

"Yang hang pi katup TV ni pasaipa Aya? Tok nak tengok Syafiq dok drama dalam TV." Tok Zahra bingung sekejap melihat tingkah Suraya. Sebelum ini, Suraya yang selalu ingatkan dia untuk menonton lakonan cucu lelaki sulungnya, Syafiq.

"Meluat aih tok, pegang sana pegang sini. Awai dulu elok ja dia berlakon tak dak pegang-pegang. Geli aih Aya tengok." Suraya membalas dari dapur. Tangannya lincah membancuh air kopi untuk Tok kesayangannya.

"Lantak pi kat dia la. Ujian dia la tu. Bukak balik, tok nak tengok."

"Tok nih, teguq la dia sikit. Ni dok biaq. Tak elok aih, malu orang kampung tengok." Suraya masih tidak puas hati.

"Adui hang ni Aya, melalut sampai ke orang kampung pasaipanya. Bukak lekaih." Tok Zahra mengambil alat kawalan jauh TV dan terus dihulurkan kepada Suraya. Suraya berdecit dan kembali menekan butang on. Drama lakonan Syafiq terpapar dilayar mata.

"Tok takkan tak tau orang kampung dok mengata, cucu imam Syariff berlakon sambil dok raba-raba perempuan." Suraya bersuara, kali ini meniru gaya orang kampung membawang tentang mereka. Tok Zahra yang ralit menonton TV ketawa dengan lenggok gaya yang ditiru Suraya.

"Tok tau Aya. Lantaklah depa nak kata kita, kita buleh pahala. Syafiq, tok dah bagitau pak long dah suruh teguq dia. Dia tersilaplah tu. Hang jangan dok emo sangatlah." Tok Zahra membalas.

"Aya ni dok ajaq ngaji anak anak depa, bingit jugak nak dengaq depa mengata kita. Segan pun ada, benda betui."

"Ya ya, sudah tok nak tengok Syafiq ni. Hensem sungguh dalam TV. Macam arwah tok wan hang." Suraya mengerling ke TV, sambil mendengus malas.

"Hensem tok wan banyak lagi tok."

"Tok tau tu." Tok Zahra ketawa, mengusik Suraya. Suraya mencebik. Hampir sepuluh tahun hidup berdua bersama Tok Zahra, sejak kematian ibu abah, sejak tok Zahra jatuh sakit hinggalah kembali sihat seperti sekarang. Suraya sudah masak dengan sikap Tok Zahra yang sangat positif dalam semua perkara, sabar dan sangat tenang orangnya.

"Hang merajuk ka dengan Syafiq?" Tok Zahra menyoal, Suraya yang sedang ralit dengan telefon di tangan mencebik sahaja.

"Merajuk la tu, dia call tok semalam, tanya awat hang tak balas mesej dia. Toksah dok merajuk macam hang awek dia naa, meluat tok tengok." Bidas Tok Zahra, seperti mahu menyerkap sesuatu.

"Awek apanya tok ni. Aya tau Aya ni sapa aih. Aya mana ada merajuk. Syafiq tu kan dah ada awek. Baru dok viral, katanya dah lama depa dua bercinta. Malaih aih kacau pakwe orang, tak pasai kena parang." Balas Suraya bersahaja, menyangkal kata-kata Tok Zahra.

"Laa betui? Siapa dia? Meh tok nak tengok siapa awek dia."

"Ni haa, hat dok berlakon dengan dia haritu, Rose Nana ka nama dia." Suraya menunjukkan gambar yang di google dalam telefonnya. Tok Zahra mengambil telefon tersebut dan menelek gambar yang ada.

"Tak comey mana pun, tapi padanla... manis ja orang dia." Tok Zahra membalas dan menghulur kembali telefon. Suraya mengangguk perlahan.

"Betui hang tak kecewa?" Tok Zahra kembali menyoal dengan jelingan mata penuh makna.

"Ish... tok sengaja la ni kan. Mana ada, Aya dengan Syafiq kan sepupu ja tok." Tok Zahra mengangguk dengan senyuman.

"Tak apalah, tok nak pi lena dah. Hang katup TV. Lepaih tu jangan lupa, esok kita pi subuh kat masjid, balik tu teruih pi merket. Pak long dengan pak ngah nak balik lusa. Ramai tu nak mai sini, kita buat makan-makan sikit." Pesan Tok Zahra sebelum bangun dari kerusi dan melangkah ke bilik tidurnya. 

DALAM SU ADA SYAWhere stories live. Discover now