DSAS 12

86 9 0
                                    


12. BALAI POLIS – 11.00 MALAM

Tok Zahra terduduk di kerusi. Risau benar keadaan Suraya yang entah di mana. Imam Musa masih membuat laporan. Firdaus yang menyaksikan kejadian sudah menceritakan semuanya. Tok Zahra rasa bersalah. Sepatutnya, seperti biasa dia akan bersama-sama Suraya ke surau dan Tok Zahra akan menemani Suraya sehingga selesai kelas mengaji. Tetapi malam ini, kepala pening, Suraya suruh dia berehat sahaja di rumah.

Sedang melayan kekesalan di hati. Telinga tuanya mendengar suara bising-bising. Sekumpulan manusia masuk ke balai tersebut dan matanya yang masih tajam menangkap wajah Haris yang tunduk dengan seorang lagi rakannya. Tidak lama kemudian wajah Suraya kelihatan.

"Suraya?" Panggil Tok Zahra yang telah pun tegak berdiri. Imam Musa juga kalih memandang.

"Ustazah Suraya, ayah..." Firdaus memaklumkan.

"Tok..." Suraya terus sahaja berlari ke dalam pelukan Tok Zahra. Suraya menangis semahunya.

"Aya okay sayang?" Soal Tok Zahra, memegang wajah Suraya dan membelek seluruh tubuh Suraya. Ada koyakan di baju, Tok Zahra terus menarik Suraya ke dalam pelukan kembali. Dalam hati, Tok Zahra berdoa agar tiada yang buruk menimpa cucunya.

"Kami menerima laporan awam berkenaan kes khalwat di Hotel. Jadi bagi menjalankan tugas kami ke tempat yang dinyatakan. Sampai di sana, kami naik hairan dengar jeritan meminta tolong dan bunyi bising. Nak tak nak, kami minta pihak hotel bukakan pintu. Bila buka, si mangsa ni terus menerpa kami maklumkan dia kena culik oleh dua lelaki itu." Wakil pihak jabatan agama membuat laporan.

"Kami tak boleh terus tahan lelaki tu, sebab laporan kami terima lain. Jadi, kami tahan mereka semua dan buat siasatan di situ. Memang lelaki –lelaki tu bengang dan tersasul yang mereka sendiri telefon kami buat laporan berkenaan kes khalwat. Sebab itu kami tahan dan bawa mereka ke sini." Mereka mengakhiri laporan.

Pihak polis telah pun menahan reman Haris dan rakannya. Suraya juga diminta membuat laporan berkenaan apa yang berlaku. Semasa membuat laporan, air mata Suraya mengalir perlahan. Apa yang berlaku hari ini merupakan episod paling hitam dalam hidupnya. Dan, ia membuat Suraya rindu ibu dan ayahnya.

"Tok... Aya harap tok rahsia apa yang jadi malam ni dari keluarga kita, terutamanya Syafiq."

"Awat pulak Aya?"

"Aya malu, Aya tak mau depa tau. Cukup takat malam ni ja." Suraya meminta sebelum mereka masuk ke bilik masing-masing. Tok Zahra memandang Suraya penuh belas, lalu dianggukkan kepalanya perlahan-lahan.

DALAM SU ADA SYAWhere stories live. Discover now