DSAS 4

111 4 0
                                    


4. RUMAH TOK ZAHRA- MALAM

Masing-masing diam menikmati makan malam yang disediakan bersama-sama. Dapur tidak muat, jadinya makan tengah hari dan malam semuanya di ruang tengah rumah. Rumah Tok Zahra tidak besar, hanya dua bilik dan satu bilik air, di luar!

"Syafiq balik tak?" Soal Tok Zahra, sedang semua asyik menjamu selera.

"Tak tau la kat dia mak, semalam Long dah bagitau nak balik sini. Dia kata dia reja kat Johor nu." Pak Long berhenti sejenak, meneguk air.

"Kalau dia balik muncui la kat pintu tu sat lagi. Kalau dak, tak daklah." Tok Zahra sekadar mengangguk.

"Ni Aya, Syafiq kata Aya merajuk dengan dia, awat aih hampa dua ni?" Mak Long mencelah. Tersedak Suraya dengan soalan yang lebih kurang sama dengan Tok Zahra haritu.

"Mana ada aih. Elok ja. Dia tu pun, Aya tak balas mesej ja, pulun pi habaq semua orang." Bebel Suraya, yang lain cuma tersenyum sahaja dengan jawapan jujur Suraya.

"Haaa abang dengan kakak bercinta eh?" Asyikin, anak Pak Long menambah. Membuat semua mata memandang ke arah Suraya yang mula cuak.

"Tudia aih, lagi muhong. Syikin tak baca ka gosip pasai abang? Tengah hangat bercintakan?" Suraya mengerling Asyikin yang menekup menahan ketawa.

"Betul betul betul, Zairi pun ada baca gosip abang tu, dengan Rose Anna. Fuhh! Untung, Rose Anna tu segak." Zairi anak sulung Pak Ngah menambah lagi.

"Hang ni, hat tu pandai. Haa, kakak dengan Rose Anna mana lagi segak?" Tok Zahra yang sudah mencuci tangan menyoal sambil mengelap mulut. Zairi memandang Suraya yang tersengih.

"Kalau ikut Zairi la kan, kakak kalau make up sikit, perghhh! 10 kali lagi lawa dari Rose Anna." Jawapan Zairi membuatkan semua ketawa. Tok Zahra hanya menggeleng dengan senyuman.

"Hang nak apa Zairi? Puji melambung kakak malam ni?" Suraya menyoal sambil kening diangkat beberapa kali.

"Kek lapis indulgence satu!" Jawab Zairi dengan nada lagu 'Hutang Drama Band'.

"Wokeh!"

"Cantik!"

Anak-anak semua berkumpul di ruang tengah rumah. Bermain games dalam telefon masing-masing. Anak Pak Long, empat orang. Syafiq yang sulung, Asyikin, Syahid, Asyiq. Anak Pak Ngah juga 4 orang tapi semua lelaki, Zairi yang sulung, Zaki, Zaid dan Ziad kembar seiras. Suraya anak tunggal kepada anak bongsu Tok Zahra.

Ibu ayah berkumpul dengan Tok Zahra di dapur. Menikmati kopi 'o' panas air tangan Suraya. Suraya pula, sibuk mengemas kembali dapur. Kalut-kalut, segan untuk berada dengan orang-orang tua yang seakan mempunyai perbincangan yang berat.

"Apa cerita sebenaqnya mak?" Pak Long menyoal, Pak Ngah mengangguk kepala seakan menyoal yang sama.

"Macam ni, Haris anak si Kalsom tu suka sangat kut dekat si Aya kita ni. Mak rasa dah kali ketiga dia dok tanya nak pinang Aya jadi bini dia."

"Haa baguih la tu, Aya pun dah 28 tahun kan." Pak Long mencelah.

"Masalahnya...." Pak Ngah mengerling ke arah Suraya yang tegak berdiri di belakang mereka.

"Aya tak suka Haris. Mai orang lain Aya buleh pikiaq nak istikarah ka apa. Haris, Aya tak mau." Terus sahaja Suraya melangkah naik ke bilik setelah tegas menyatakan keputusannya.

"Lahhh pasaipa tak mau?" Pak Long menyoal.

"Aku pun tak tau." Jawab Pak Ngah.

"Mak dok rasa ada apa-apa hat dia tak suka la tu, sebab Haris dengan Aya dulu satu sekolah, satu kelas."

"Tapi saya pun tak setuju kalau anak Kalsom." Mak Long mencelah. Tok Zahra mengerut dahi.

"Pasaipa?" Pak Long menyoal lagi.

"Awat abang tak tau pulak perangai Kalsom? Aya tu budak baik, suruh apa pun buat. Taat. Kalsom bukan mak mertua hat baik bagi saya." Jujur sahaja Mak Long menyuara pendapatnya.

"Ya, saya pun setuju kalau hal Kalsom. Ingat masa Aya tolak pinangan kedua depa haritu, menyumpah dia dekat Aya. Tu belum ada apa-apa lagi." Mak Ngah menambah.

"Pulak dah. Tak pa la lagutu mak. Biaq saya jumpa Haris saya bagitau yang Aya tak mau. Habaq ja lah Aya dah ada pilihan hati. Muhong pi la, senang cerita." Pak Long membuat keputusan.

"Kalau dah lagutu hampa kata, mak ikut saja. Mak pun rimas dia dok mai tanya." Tok Zahra sekadar bersetuju.

"Esok-esok kita pi jumpa dia la noh Long." Pak Ngah menambah, sebelum semua bersurai mahu merehat diri.

Di ruang tengah rumah, Suraya sedang sibuk membahagi ruang tidur untuk anak-anak lelaki Pak Long dan Pak Ngah. Yang perempuan akan tidur di biliknya dengan Mak Long dan Mak Ngah. Suraya akan tidur di bilik Tok Zahra.

Suraya turun ke dapur setelah menyiapkan tempat tidur dan menutup lampu. Tekaknya terasa mahu minum air panas. Laju sahaja tangannya membancuh air milo panas. Sambil membelek Facebook, dia menikmati kehangatan air milo.

+++ dah tidur ke?+++

Satu mesej whatapps diterima, dihantar oleh Syafiq. Suraya membaca tetapi tidak membalas. Sejak-sejak viral kisah cinta Syafiq dan Rose Anna, seboleh-bolehnya dia mahu mengelak dari terus rapat dengan sepupunya itu. Tidaklah hatinya menyimpan rasa, cuma dia merasakan dia perlu jarakkan hubungan yang terlalu rapat itu.

+++see u soon my sweet cousin. I miss u+++

Satu lagi diterima dari orang yang sama. Suraya sekadar tersenyum hambar. Sungguh dia juga rindu, rindu berkongsi cerita, berkongsi rasa. Hampir setahun tak bersua muka.

Setelah selesai, Suraya bingkas naik ke bilik Tok Zahra untuk tidur. Jam sudah ke angka tengah malam. Pintu bilik Tok Zahra di tolak perlahan tetapi tersekat. Suraya menjengok ke dalam, mahu melihat apa yang menyebabkan pintu tidak boleh dibuka.

" Ya Allah, bertuah punya kembaq. Hampa elok lena tempat aku." Suraya membebel, tetapi seakan membisikan ke diri sendiri. Geram tapi tak boleh nak buat apa, kembar Zaid dan Ziad sudah pun hanyut dibuai mimpi. Suraya memandang ke ruang tengah, mencari ruang untuk tidur.

"Nasib hang la Aya, lena sajalah." 

DALAM SU ADA SYAWhere stories live. Discover now