DSAS 6

102 5 0
                                    

6: RUMAH TOK ZAHRA – SUBUH

Lampu dibuka. Semuanya. Yang lena tidur, berpisat-pisat mata. Ada yang masih berkelubung tak sedar, tak terjaga. Suraya yang turut terjaga dek cahaya terang mula menggosok-gosok matanya. Memandang ke atas baru tersedar dia tidur di ruang tengah. Langsung kalut untuk bangun, terasa kakinya dihempap berat.

"Tok!!!!!" Jerit Suraya di subuh hari. Terkejut habis seisi rumah.

"Hang pasaipa jerit pagi buta ni." Syafiq yang terkejut jaga dengan jeritan Suraya terus membidas.

"Hang ni la pasaipa tidoq sini!" Ujar Suraya geram, kaki Syafiq yang menghempap kakinya ditepis laju dan kuat.

"Allahuakbar! Aya awat hang lena tang ni. Anak dara sorang ni. Yang syafiq ni pun hang pi lena sebelah dia pasaipa?!" Marah Tok Zahra melihat apa yang berlaku.

"Tok yang suruh saya lena sini kan?" Syafiq membela diri.

"Aya tak dak tempat nak lena, tu lena sini. Ni dia ni bila masa balik sini. Lepas tu gatai lena sebelah Aya." Ujar Suraya sambil membetulkan tudung yang dipakai sepanjang malam.

"Mana aku tau hang kat situ. Hang ingat aku kebuloq ka nak lena sebelah hang." Bidas Syafiq,berpura-pura.

"Aku nikah hampa dua sat lagi baru ada akai! Dah pi mandi, siap kita nak jemaah." Tok Zahra tegas. Terdiam kedua-duanya. Yang lain memandang sahaja tak mahu masuk campur.

"Saya suka mak kalau Aya menantu saya." Mak Long membisik kepada Tok Zahra semasa menghampar sejadah untuk solat jemaah.

"Mengarut." Balas Tok Zahra membalas. Mak Long dan Mak Ngah saling tersenyum.

Suraya membawa ikan bilis untuk dikopek isi perutnya ke pangkin di belakang dapur. Tempat kegemarannya untuk buat kerja. Baru sahaja melabuh duduk, sudah ada yang turut serta.

"Meh aku tolong." Syafiq mula bersila untuk membantu. Suraya menarik semua bekas ke arahnya.

"La pasaipa?"

"Sat lagi habis kuku hang rosak. Tu tengok tu, berkilat." Suraya mencebik mengejek. Syafiq mendengus sambil membelek jarinya.

"Orang sponsor aku buat ja. Hang ni cari pasai." Suraya menjungkit bahu.

"Tak payah la wahai artis popular, sat lagi tertosok tulang ikan bilis ni ke jari mu. Habis aku dimarahi oleh die-hard fans hang." Suraya sengaja memerli Syafiq.

"Aku picit hidung hang sat lagi, hang baru tau."

"H-A-R-A-M... no touching." Suraya menggerakkan jari telunjuknya ke arah Syafiq, membuat Syafiq panas hati. Banyak pula bahan Suraya untuk membahannya.

"Hang kui gemok noh, malam tadi hang lena berdengkuq macam reta api." Suraya terpempan. Biaq betui!

"Toksah muhong aku yang tidoq macam puteri okay. Selagi tok tak hingaq pasai aku berdengkoq, hang tak boleh nak muhong aku." Suraya membela diri. Syafiq mencebik, kalah.

"Tapi hang gemok la ni."

"Ya la aku bukan Rose Anna nak kena jaga body." Suraya menjeling dan menjungkit hujung kening. Syafiq ketawa.

"Pasai dia la hang merajuk dengan aku?"

"Bila masa aku merajuk dengan hang? Buang masa..." Suraya menafikan.

"Hang tak balas mesej aku pun." Syafiq menyoal lagi sambil tangan turut membantu mengopek ikan bilis.

"Malaslah, aku ni tak nak jadi salah faham pulak hang dengan Rose."

"Tudia... Rose Anna. Bila masa pulak aku dengan dia ni?"

"Walaupun aku dok kampung, reja ajaq budak ngaji saja, aku tetap ikut perkembangan terkini ya. Aku baca dalam Facebook la." Syafiq ketawa. Suraya mencebik.

"Tu nama dia gosip. G-O-S-I-P. Aku tak mau aih dekat dia. Kawan artis ja." Syafiq cuba menjelaskan.

"Yalah tu. Tok kata okay hampa dua, padan."

"Tudia... tok pun ikut join gosip terkini. Parah!" Syafiq ketawa lagi.

"Dah siap ke Aya kopek ikan bilis tu. Nak siap dah masak sarapan ni ha..." Laung Mak Long dari pintu dapur.

"Siap-siap dah Mak Long. Sat Aya bawak." Suraya mengemas pangkin.

"Aku masuk dulu naa... sat lagi sarapan sama-sama."

"Aku suka sembang dengan hang, rasa terubat rindu." Syafiq mengusik.

"Padia hang ni melalut." Suraya mengerut kening.

"Hang tak rindu dekat aku ke Aya?" Kening Suraya kian tercantum.

"Pelik hang ni? Jangan feeling sangat okay."

"Rindu sepupu sendiri pun salah ka?"

"Tak salah aih. Ya-lah rindu sangat. Aku masuk dulu." Jawab Suraya dengan gelengan kepala sebelum masuk ke dapur. Syafiq memandang Suraya tak lepas, dengan senyuman yang terukir. Andai Suraya tahu, terbalaskah rasa hati?

DALAM SU ADA SYAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant