Bab Enam 🦋

3.4K 139 2
                                    

Dina memegang dahinya sendiri. Sakit kepala masih menyerang dirinya. Jadi Dina hanya terbaring tanpa berbuat apa-apa.

Membosankan.

Sunyi ja. Mungkin dorang dah balik? hm. Dina membangun kan sedikit badannya dan memposisikan badannya menjadi duduk.

Tangannya meraba-raba sekitarnya. Handphone . Itu yang ia cari.

Diraba-raba katilnya tapi Dina masih tidak jumpa handphone nya. Kemana lah benda tu eh?

Tiba-tiba, pintu bilik Dina terbuka luas. Puan Julia masuk kedalam dengan senyum bahagia. Dina tertanya, kenapa dengan ibu nya itu?

"Lama Dina tidur. Dah bangun rupanya" Kata Puan Julia tersenyum manis dan meletakkan nampan makanan dimeja kecil disebelah katil Dina.

Dina mengerut dahi. Lama?

Dina lantas melirik ke jam yang tergantung di dinding biliknya.

"10 malam.." Puan Julia terkekeh mendengar gumaman Dina. Ia duduk di katil Dina dan mengambil sebuah mangkuk yang berisi bubur.

"Ni, makan dulu. Dari petang Dina tak makan" Kata Puan Julia menyodorkan tangannya yang memegang sudu. Sudu itu digunakan Puan Julia untuk menyuapi Dina.

Dina menjadi kekok seketika. Tak perlulah sampai kena suap bagai. Kan Dina jadi malu..

"Aedina? buka mulut tu. Lenguh tangan ibu" Kata Puan Julia yang masih dengan posisi yang sama. Lantas Dina langsung memasukkan sudu itu kedalam mulutnya.

Puan Julia tersenyum dan menyuapi lagi Dina hingga bubur didalam mangkuk habis tidak tersisa.

"Ibu. Mana handphone Dina?" Tanya Dina yang masih tidak menemui telefon bimbitnya itu.

Puan Julia terlihat baru teringat sesuatu. "Ah! ada dengan ibu. Telefon Dina jatuh kat lantai masa Dina pingsan dekat sofa tu" Kata Puan Julia meletakkan mangkuk yang telah kosong ke meja kecil. Dina mengangguk-angguk mengiyakan.

"Okey, Dina dah makan. Sakit kepala lagi tak?" Kata Puan Julia memegang dahi Dina merasakan panas atau tidak. Tapi Dina tak demam.

"Sikit je"

"Hm, Dina mandilah dulu. Ibu ambil telefon Dina kat bawah kejap. Baju ibu dah letak dekat meja belajar" Sambung Puan Julia bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik Dina.

Dina terdiam seketika. Melamun sebentar lalu ia sadar semula. Ah, mesti Dina busuk.

Dina mengetepikan selimut tebal nya dan mencuba bangun. Walau masih pening, Dina tetap berjalan ke almari untuk mengambil tuala dan masuk kedalam bilik air yang ada di biliknya. Spesial sikit.

10 menit baru Dina selesai mandi. Janganlah tanya kenapa Dina lama sangat mandi. Perempuan,kann. Apalagi fans kpop..tapi Dina tengah pening jadi buang jauh jauh fikirin buruk tu!

Dina keluar dari bilik mandi dengan baju tidur yang telah disarungnya. Lengkap dengan tuala dikepala dan mulut Dina menggumamkan lagu SEVENTEEN. Tentu tahu,bukan?

'Very Nice!' , ini lagu kegemaran Dina!

"Ehmm emm.. Aju nice!" Kata Dina yang seketika melupakan sakit dikelapa nya. Tangan Dina dengan indah bergerak menari tarian Very Nice.

Kaki nya melompat-lompat dengan girang. Di otak Dina seolah ada klip video svt yang sedang menarikan Very Nice dan Dina mengikuti tarian indah tersebut.

Dina duduk di katil dan melepaskan tuala di rambut nya lalu mengampai tualanya di almari nya kembali. Pintu bilik Dina terbuka dan Puan Julia masuk kedalam dengan telefon bimbit yang digenggam nya.

Puan Julia meletakkan telefon bimbit itu pada meja kecil dan melirik ke Dina yang baru saja selesai mengampai tuala nya ke almari.

"Ini telefon kamu. Kalau ada apa-apa, panggil ibu" Kata Puan Julia segera selepas Dina duduk di katilnya.

Dina mengangguk mengiyakan dan Puan Julia pun keluar. Tiada yang ingin ia katakan lagi.

Dina pun bermain dengan telefon bimbitnya. Tapi tak lama Ryu masuk ke pikiran nya.

"Terfikir pula tentang dia. Muka macam mamat korea. Mestilah aku terfikir,kan?.." Kata Dina yang masih terbayang akan betapa sama nya muka Ryu dengan orang korea. Macam lahir di korea saja.

Hei, sangat sangat sama. Hampir je Dina fikir orang korea datang ke Malaysia dan melawat nya. Dina pun fikir dia gila.

Tak lama, Dina membuang jauh jauh pikirannya tentang Ryu tu lalu dia mainkan lagi telefon bimbit nya.

Dina yang kusyuk tengok telefon tidak menyadari bahwa sekarang sudah pukul 12.50 . Bola mata Dina melihat jam di dinding biliknya.

Tak berfikir untuk tidur, Dina tidak peduli dan main telefon nya lagi.

Orang kata, lebih baik tertidur dari pada disuruh tidur. Jadi,

Beberapa menit saja, Dina tertidur dengan kaca mata yang masih dipakai nya dan telefon yang di tepi badan nya.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now