BAB 7

677 35 4
                                    

"Sayang tolong carikan abang baju boleh? Abang nak mandi dulu" Kata Thaqif.

Dia membuka bajunya dihadapanku tanpa segan silu. Aku pula yang malu. Aku pun apa lagi. Memang aku terus memusing badanku ke belakang daripada menghadapnya. Tak reti nak warning dulu ke dia ni?

"Sayang dengar tak ni?" Tanya Thaqif lagi apabila soalannya itu tidak dijawab oleh Rania.

Dia mengambil tuala dan meletakkannya di atas bahu. Dia terus memusingkan badannya menghadap Rania. Tersenyum dia apabila melihat Rania membelakanginya. Malulah tu.

"Ha i-iyalah. Saya ambilkan" Jawabku tergagap gagap. Itu je ke sebab dia panggil aku? Tapi okaylah daripada dia ajak mandi macam pagi tadi. Pagi tadi? Dah jangan diingatkan!

"Kenapa pandang belakang?" Tanya Thaqif. Aku hanya menggigit bibirku. Geram! Dah tahu ditanya lagi.

"Dah dah pergi mandi. Kesian mama papa tunggu kita dekat bawah" Kataku. Mungkin kalau aku kata begitu dia akan terus mandi. Ternyata fikiranku silap.

Secara tiba tiba dia berada dihadapanku lalu mendepakan tangannya. Mataku hanya terkelip kelip memandangnya. Apa pula ni?

"Hug me" Katanya.

"A-abang mandilah cepat. Nanti mama papa tunggu kita" Hirauku. Saja buat tidak nampak. Macamlah lepas mandi tak boleh peluk. Mengada betullah dia ni.

"No. Peluk abang dulu. Baru abang mandi. Lagi lambat sayang nak peluk abang lagi lambatlah kita turun" Katanya sambil tersenyum senget. Dia dengan ugutan sangatlah kamceng. Tak dapat dipisahkan kerana dia tahu isterinya akan menuruti juga apa yang dia inginkan.

"Ma-mana boleh macam tu!" Aku memeluk tubuhku. Suka sangat ugut ugut tau!

"Siapa kata tak boleh?" Dia mengangkat keningnya.

"Just a hug sayang. Nothing more" Katanya lagi. Meyakinkanku bahawa kami akan hanya berpelukkan. Tidak lebih dan tidak kurang.

"Fine!" Aku berdehem sebelum melangkah kearahnya. Mengalah.

See? Thaqif tersenyum kemenangan ketika itu.

Jantungku ketika itu tidak perlu cakaplah. Bila bila je boleh meletus dan meletup. Berdebar sangat.

Dengan perlahan lahan aku melangkah kearahnya. Memang saja buat begitu. Biar dia tunggu. Mana tahu tiba tiba dia ubah fikiran. Mungkin dengan itu dia mandi.

Sekali lagi fikiranku meleset. Disebabkan aku melangkah terlalu perlahan jadi dia terus menarik lenganku. Geramlah tu aku jalan lambat sangat.

"Memang jalan macam kura kura eh?" Ejeknya. Aku hanya tersenyum. Saja nak sakitkan hati dia.

"Oh abang tahu kenapa sayang jalan macam tu. Sebab nak lama lama dengan abangkan? Faham faham. Tak sangka nakal juga sayang ni" Dia mengangguk kepalanya sambil tersenyum manis.

Tercengang aku dibuatnya. Macam tu sekali dia fikir? Seriously abang?

"Jangan nak perasan eh! Tak ada maknanya. Dahlah saya nak turun"  Belum sempat aku berpaling terus dia memeluk tubuhku.

"Nak pergi mana? Kan abang suruh peluk abang" Dia meletakkan kepalanya di atas kepalaku. Menyelesakan lagi pelukan itu.

"Na-nak pergi keluarlah" Jawabku. Semakin laju jantungku berdegup. Dahlah dia peluk aku tanpa berpakaian.

"Tunggu sekejap. I need to charge my energy" Pelukan semakin dieratkan. Aku hanya membiarkan sahaja. Aku tahu dia suka skinship sebegini.

Seminit.. Dua minit.. Tiga minit.. Empat minit.. Lima minit.. Semakin lenguh kakiku berdiri. Dia tak lenguh ke? Best sangat ke peluk aku sampai kaki tak rasa lenguh ni?

MY LOVE [IN EDITING]Where stories live. Discover now