BAB 9

780 33 3
                                    

Tet. Tet. Tet. Tet. Tet.

Bunyi alarm. Menunjukkan pukul 4 pagi.

Thaqif menggosok kedua dua matanya. Dia terbangun apabila terdengar bunyi jam tidurnya berbunyi. Dia terus mematikan jam tersebut. Tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang tidur lena.

Patutlah dadanya rasa berat semacam rupanya Rania tidur di dada bidangnya. Manakala lengan Rania pula berada di atas perutnya. Isterinya memeluk erat tubuhnya ketika itu.

Thaqif hanya memerhatikan sahaja wajah isterinya. Daripada dahi yang licin jatuh pula pada kening wanita itu. Memerhati pula mata yang terkatup dan bulu mata yang panjang dan lebat. Selepas itu jatuh pula pada hidung mancung isterinya itu.

Matanya memandang pula kearah kedua dua belah pipi gebu itu lalu memandang bibir mugil wanita itu. Semua cantik terletak. Tiada satu pun cacat cela padanya.

Tidak cukup dengan itu dia mengusap pula pipi dan mulut isterinya. Tempat yang paling dia gemar untuk usap dan kucup.

Setelah 30 minit menatap wajah Rania tanpa gangguan dia terus mengejutkan wanita itu. Kejut secara perlahan lahan. Tidak mahu isterinya terkejut.

"Sayang bangun" Ujar Thaqif dengan lembut. Dia mengusap lengan isterinya dengan perlahan. Melihat wajah Rania yang tidur lena itu membuatkan dia tidak sampai hati pula mahu mengejutkan wanita itu. Tapi kalau tidak dikejutkan nanti mereka terlepas solat subuh pula.

"Nyenyak betul sayang abang ni tidur. Penat sangat ke hm?" Terbit senyuman nakal di wajah itu.

Rania masih memejamkan matanya.

"Sayang? Bangun bangun. Kita tak solat subuh ni. Nanti terlepas pula" Ujar Thaqif sekali lagi.

"Hm?" Nyahut Rania dengan perlahan.

"Bangunlah dulu. Nanti lepas solat subuh sayang sambunglah balik tidur tu"

Rania menggosokkan mata beberapa kali lalu terus duduk di atas katil. Badannya disandarkan di kepala katil.

Rania perasan mata Thaqif tidak berkelip memandang kearahnya. Dia jadi hairan. Jadi dia menatap wajah lelaki itu dengan jelas. Oh bukan. Dia silap. Dia ingatkan Thaqif memandang wajahnya. Rupanya bukan. Mata lelaki itu menunjukkan dia memandang bawah daripada wajahnya. Dia pun turut memandang ke arah tersebut.

"Abang pandang ap-" Apabila Rania memandang ke bawah terus dia mengambil selimut menutup dadanya yang terdedah itu. Sumpah dia tak perasan! Ya Allah.

Patutlah Thaqif pandang tak berkelip. Terkejut agaknya. Dasar suami gatal! Tapi yang dia pun boleh lupa kenapa? Aduhai tak cover langsung. Buat malu je.

"A-abang ni tak malu ke?" Merah pipinya ketika itu. Dia hanya menundukkan wajahnya. Malu? Soalan apa kau tanya ni Rania? Kenapa dia pula yang nak malu? Kau yang sepatutnya malu.

Thaqif menggelengkan kepalanya. Malu? Nak malu buat apa?

"Nak kena malu ke?" Thaqif mengeluarkan suara huskynya. Sempat dia tersengih nakal.

"Rezeki di pagi hari sayang.. Bukan selalu sayang bagi abang tengok. Free pula tu" Tawanya. Makin menjadi jadi dia mahu menyakat wanita itu. Suka dia melihat wajah merah isterinya. Malu malu kucing.

Rania yang malu itu hanya mengemam bibirnya. Tidak mampu berkata apa apa. Rasa mahu sorokkan diri sahaja. Malu teramat!

Sebelum bangun sempat Thaqif menyelitkan rambut Rania di tepi telinga lalu mengucup lembut pipi wanita itu. Dia mendekatkan wajahnya pada telinga Rania.

"Tak payah malu sayang. Abang dah tengok lebih daripada itu dah. Last night remember?" Kata Thaqif. Sempat dia menyakat wanita itu. Dia bangun lalu terus masuk ke dalam bilik air. Tidak mahu lama lama di situ. Takut nanti dia pula yang tergoda dengan isterinya.

MY LOVE [IN EDITING]Where stories live. Discover now