matamu 1

2 0 0
                                    

"Klang kluang ktang ktung shhhhhhhhiiiiiiii".... alunan bunyi dari seorang lelaki tengah memasak.

"Bang, nasi goreng tomyam 1 tak nak Siam hehehehe". Ujar Salah seorang pelangan yang sedang memesan kepada susuk tubuh lelaki yang sedang menyiapkan pesanan pelangang

"Baik" jawab sepatah dengan keadaan tenang walaupun sedang sibuk.

Dari jauh seberang jalan, akmal melihat nu'man yang sibuk memasak. Dia melihat nu'man kerja . Matanya melihat sekeliling tapak nu'man berniaga. Motor beroda tiga yang bersambung dengan pondok kecil beroda Kiri kanan

Pondok kecil tu sebagai tempat memasak. Motornya berteduh dibawah pohon pokok besar yang redup, digunankan sebagai payung alam semula jadi. pelangan tidak banyak pada tengah hari walaupun sudah masuk waktu rehat bagi orang yang berkerja.

Akmal hanya tersenyum. Dalam hatinya lega kerana nu'man kerja bersungguh-sungguh, walaupun bersendirian sahaja, akamal gegas melintas jalan menuju ke warung bergerak nu'man.

"Man. Macamana niaga hari ni? Okay ke?" Kata akmal kepada nu'man sambil melihat nu'man yang masih memasak

"Alhamdulillah biasa-biasa ja. Boleh la" ujar nu'man sambil mengangkat kuali yang berisi nasi lalu menuang kedalam kertas pembalut makanan

"Takpa aku bungkuskan, kau ada order lain kan nk masak " laju akmal menolong nu'man dengan membungkuskan nasi pelangan

"Tq, beb sorry susah-susah kn kau ja"  kata nu'man lalu laju memotong sayur-sayur lalu sambung memasak pesanan untuk pelangan seterusnya

"Aku okay ja. Kau sorang mana sempat. Ok bang dah siap" akmal menghulurkan bungkuskan makanan kepada pelangan

"Tq bang. Saya dah qr tadi " balas pelangan tersebut

"Alright, ok bang hati-hati" sahut akmal kepada pelangan tersebut yang berlaku pergi

"Nah" kata nu'man kepada akmal sambil meletakan makanan ke pembalut nasi

"Mokkk laju nya kau masak" terkejut akmal tak sampai berapa minit bungkus nasi , nu'man sudah siap pesanan kedua.

"Ahhh tu customer tetap, dia order tak nak Siam. Which mean takda ayam daging sotong. Sayur saja" jelas nu'man kepada akmal yang sedang membungkuskan nasi

"I see patut la laju semacam. Terkejut aku hahaha. Ok bang nasi goreng tak nak Siam siap" hulur akmal kepada pelangan tersebut

"Ok bang terima kasih. Selamat-selamat" dengan laju pelangan tetap nu'man gerak meninggalkan warung nu'man

Nu'man terus kemas-kemas barang. Dan membersihakan sedikit alatan yang Kotor. Dan menyimpan berapa bahan masak kedalam bekas ais Oren. Akmal duduk dikerusi kayu panjang berhadapan dengan tempat memasak nu'man.

"Panas tengah hari ni, aku pasang ekon keta bagi sejuk pun rasa panas." Akmal memulakan perbualan kosong bersama kawanya nu'man

"Ye panas, aku ikat kain kt kepala ni pun kain basah. Bagi sejuk kepala" balas nu'man

"Haaa makan ubat tak, tengkuk kau sakit lagi ke?" Mata akmal melihat tengkuk nu'man yang berbekas melecet. Fikiranya mula teringat peristiwa tersebut

Sudah hampir dua minggu peristiwa nu'man cuba membunuh diri dengan mengantungkan dirinya. kebetulan akmal tergerak hati, memang ingin melawat nu'man. Nu'man dan akmal kawan masa di politeknik dahulu. Tapi nu'man berhenti belajar kerana faktor miskin ,Dan duit perlu di dahulukan untuk adik-adiknya belajar, akan tetapi semangat nu'man untuk sambung belajar Masih tebal.

Bertahun-bertahun kerja untuk simpan duit belajar, akan tetapi duit Masih tidak cukup kerana seiring dengan tahun adik-adiknya membesar,mereka sambung belajar. Ibunya merupakan  ibu tunggal,kerja sebagai tukang masak di kolej. Gajinya tidak mampu membayar yuran adik-adiknya . Nu'man berkorban menolong ibunya.

Sampai satu tahap akmal abis belajar degree Dan kerja, nu'man Masih ditahap tersebut. Menyebabkan dia mula hilang semangat untuk mengejar cita-citanya. Semakin dia mengejar, semakin jauh cita-cita tersebut meninggalkan nya.

Akmal juga kawan serumah semasa belajar bersama di politeknik dahulu. Akmal teringat akan nu'man cuba untuk menziarahinya. Akmal tahu akan masalah keluarga nu'man kerana nu'man pernah meluahkannya. Nu'man tinggal sendirian jauh dari keluarganya

Akmal datang ke rumah sewa nu'man . Akmal melihat jemuran semua kain putih ,dia tidak selesa Dan rasa ada perkara buruk akan berlaku. Dia melulu berlaku masuk kedalam rumah. Mujur rumah tidak kunci memudahkan akmal masuk. Matanya terkejut ketakutan melihat batang tubuh sedang tergantung bawahnya, penuh kertas-kertas yang di curankan lilin. Tubuh sedang bergayut

"Nu'man, WOIIIIIIIII TOLONGGGGGGGGG , TOLONGGGGGGGGG" raung akmal sekuat-kuatnya sambil memgang kaki nu'man lalu menolak tubuh keatas supaya tidak megantung tubuh nu'man

Jiran-jiran sekeliling mula keluar Dan datang melihat mencari suara lolongan Dari akmal. Dan suasana menjadi kecoh ,ada yang mula menelefon polis Dan ambulan. Akmal menagis sambil memgang tubuh nu'man

"Klank" bunyi mung berisi air barli panas dihidangkan dihadapan akmal . Mematikan lamunan akmal tentang peristiwa hitam tersebut.

"Nah, air barli bagi sejuk badan Mal.. jangan minum air sejuk time panas ni sakit tekak" kata nu'man yang masih tidak menjawab soalan akmal

"Aik aku tanya tengkuk kau bukan tekak aku" sambil mengambil mung lalu mengirupnya

Diam seketika nu'man lalu mengkukirkan senyuman. Matanya memandang akmal.

"Alhamdulillah ok je rasa pedih gatal-gatal sikit , sebab tak letak krim tu rasanya tapi ubat than sakit dah makan pagi tadi" Ujar nu'man sambil mengosok tengkuknya

"Jangan stop amik ubat, dah abis cakap nanti aku amik ubat baru,kamu tu sakit" Bebel pendek kepada nu'man kemudian menyambung percakapanya " nanti aku bagi buku-buku agama Syarah fatul bari imam ibn Hajar al-Asqalani ,senang nak paham aku belikan hadis 40 imam nawawi. Ahh lupa bidayah wan nihayah karya ibn katsir baca semua ni bagi berilmu sikit" ayat akmal Masih berlapik tapi memang dia nak kawanya berilmu dalam agamanya supaya tidak ambil keputusan kedua bunuh diri

"Tq belikan , nantikan belikan buku prof zamir mohyedin dia pakar fizik " nu'man cuba mengambil kesempatan atas itu

"Yo lahh ikut kau la ,nanti bagi je list buku kau nak" sambut akmal

Akmal sangkat akrab dengan nu'man ketika belajar dahulu kerana akmal anak yatim. Dan nu'man mejaga makan minum akmal kerana nu'man saja yang pandai masak. Baginya apalah sangat atas permintaan nu'man

"Bang, nasi goreng budak ada tak" Tiba-tiba suara pelangan memecahkan perbualan mereka berdua

"Ada bang, abang nak sayur tak" balas nu'man kepada pelangan tersebut

"Anak abang tak makan sayur tapi ada sup kosong tak? Budak tu selera ada sup" kata pelangan tersebut

"Ada-ada. Abang boleh lepak dalam kereta abang nanti saya hantar bila dah siap" tanpa membuang masa nu'man membuka api Dan memasak

Akmal melihat nu'man, dia Diam dalam hatinya berkata 'apa yang kau Cuba buat. Ada sesuatu yang kau sorok'

Akmal Masih ingat peristiwa ketika akmal menyelamatkan nu'man membunuh diri. Sebenarnya ada cerita mistik yang akmal tidak cerita kepada nu'man .  Ketika nu'man mengantungkan dirinya rambut nu'man berwarna putih, bebola matanya hitam Dan anak mata berwarna merah. Dan setiap kertas yang dililin ada mantera .

.

.

.

.

.

'aku tahu kau Cuba sesuata yang gila, yang kau buat tanpa semua orang tahu'

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: May 02, 2023 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

MATAMUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora